Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

RUMAH

0 comments

Cukup susah untuk mencari rumah sewa bagi warga marhen seperti saya ni hari ini. Sewanya mahal dan akan bertambah mahal. Kadang-kadang saya fikir juga, beruntungnya menjadi anak orang kaya. Tak payah susah-susah nak cari rumah, segalanya sudah diuruskan. 10 bilik, 20 bilik semudah ABC. Ini kita nak cari rumah sewa dua bilik pun payah. Ha ha ha

Bagi saya rumah asal ada kemudahan asas itu sudah mencukupi, menjadi tempat kita berteduh dari hujan dan panas. Ini nak cari rumah sewa pun susah.

Tuan rumah sudah menjual rumah yang saya sewa dengan kadar harga yang tidaklah mahal sangat. Pun saya tidak mampu untuk membeli. Mahu tak mahu terpaksa cari rumah lain. Alhamdulillah dapat juga akhirnya.

Itulah bila saya bersembang-sembang dengan kawan saya beberapa hari yang lalu. Kata saya kawan saya itu beruntung kerana berjaya memiliki dua buah rumah yang mana sebuah telah disewakan kepada penyewa. Orang yang punya rumah ni bagi saya orang yang mampulah.

Saya agak pincang sikit dalam bab-bab beringat ni. Ni dah tua baru nak beringat. Pengajarannya itulah, kita kena beringat untuk anak cucu kita juga. Tapi tak apalah, benda yang lepas kita nak kenang pun tak guna juga.


GILA? HA HA HA

0 comments

Gila – Subjek yang menarik untuk diceritakan sebenarnya. Saya kenal orang gila sejak zaman sekolah saya di kampung lagi. Di kampung saya ada seorang brader yang mendapat penyakit gila babi setelah menurun nombor ekor di tasik Gangga, Bruas Perak sana. Khabarnya dia nampak tuan puteri menjelma dari tasik dan selepas itu wayarnya putus. Brader ni akan merayau-rayau di pekan Bruas. Brader ni memang gila dan semua masyararakat memahami dan menerima dia seadanya.

Seorang lagi kawan sekampung yang lebih tua dari saya. Dia ni asalnya dari golongan tabligh. Sewaktu dia mendalami ilmu ugama di pondok, saya ada bertemu dengannya. Memang bersih dan bercahaya mukanya waktu itu. selepas beberapa lama, saya betemu dengannya dalam keadaan yang menyedihkan. Wayarnya putus dan selepas itu keadaan mentalnya kadang-kadang ok, kadang-kadang k.o. Nak dijadikan cerita brader yang gila babi ni tadi dengan kawan saya bekas pengikut tabligh yang mengalami sakit mental ni tadi pernah datang ke rumah saya di kampung pada pukul 1 pagi. Memang haru..saya pun suspen juga. Ha ha ha

Pun kawan saya ni tadi kita boleh maafkan juga keadaannya kerana dia memang sakit mental. Pernah sewaktu dia dalam keadaan ok, saya bersembang-sembang dengannya..katanya dia boleh nampak roh dia keluar masuk dari badannya.

Sewaktu musim-musim saya di Pasar Seni lagi banyaklah golongan yang macam tak putus tapi putus, golongan gila isim dan golongan wali yang saya jumpa. Entahlah, bagi saya mereka ni golongan yang istimewa sebenarnya. Ada yang sewaktu saya sedang berbusking, datang bersujud depan saya setelah tawaf berpuluh kali di bangunan Pasar Seni. Ada yang macam gila, rupa-rupanya pegawai polis(SB) dan berbagai lagilah.

Yang saya faham tentang orang gila adalah mereka ini memang tak waras dan tinggal di kemuncak kebahagiaan. Sebab musababnya itulah, bila-mana masalah itu bertahta di minda sehingga susah untuk kita enyahkan, kita akan mengalami murung yang hebat. Selanjutnya bilamana putus, terhurailah segala kekusutan dan bermulalah episod baru yang pada saya hanya Dialah yang lwbih mengetahui dari apa yang kita tahu.

Orang gila ni bagi saya adalah mereka yang tidak boleh berfikir secara waras tentang hal-hal dunia. Mereka boleh makan duit dan taburkan duit malah berbogel di tengah jalan. Tapi kalau masih waras dan sedar tentang apa yang kita lakukan, itu bukan gila melainkan mengada-ngada.


USIA, WAKTU DAN KETIKA

0 comments

Dari bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa maka kita pun menginjak ke usia tua. Usia adalah permainan yang bukan mainan, yang bukan kita boleh bolak-balikkan. Tidak ada orang akan kekal untuk selamanya muda.

Baru-baru ini sewaktu saya berbusking di KL Sentral, seorang brader yang minat album saya yang ke-3, ‘itu padang…aku di situ’datang menonton saya berlagu. Katanya dia dan kawan-kawannya di UITM beberapa tahun dulu cukup suka dengan album tersebut. Brader itu agak sedih melihat keadaan saya yang semakin bermur mungkin. Itu sudah 8 tahun berlalu, tahun 2003. Impaknya album itu masih didengar sehingga ke hari ini. Itu musim eksperimen saya dalam berkarya.

Masa memang cepat berlalu, kita jangan tertipu dengan janji-janji alam maya ini. Hari ini bukanlah semalam, atau esok. Hari ini saya sedang meniti hari demi hari dengan lapang dada, mudah-mudahan. Kenyataannya saya mungkin dalam kategori ‘tua’. Ha ha ha…pun jika dapat menerimanya dengan lapang dada, kita akan lebih relaks.

Anak-anak membesar di depan mata saya dan saya sedang melalui musim-musim bahagia sebagai seorang lelaki, suami dan ayah kepada 4 orang anak. Kita tidak perlu berkeluh-kesah tentang takdir dan permainannya. Esok-esok mungkin saya akan menjadi datuk andai masih ada nyawa. Inilah kehidupan dan inilah kenyataan.

Di sekeliling kita terlalu banyak ragam dan kerenah manusiawi yang mahu tak mahu kita kenalah layan kerana itulah tujuan kita di zahirkan ke mukabumi ini.

Semalam sewaktu saya busking, seorang warga asing mungkin pelancung dari India atau Bangladesh begitu hairan melihat saya berlagu dan bermuzik, di tenungnya muka saya. Mula-mula dari jarak jauh, kemudian semakin mendekat dan akhirnya betul-betul dekat dengan muka saya. Ha ha ha…Saya buat tak tahu saja, atau mungkin dia sedang mabuk. Siang tadi pelancung dari India atau Bangladesh itu datang lagi melintas di depan saya dan kali ini dia senyum pulak dan saya pun senyumlah. Ianya hanyalah faktor waktu dan ketika. Setiap hari saya melalui pengalaman yang berbeza, banyak jenis manusia yang saya jumpa. Beberapa hari lepas seorang brader berketurunan India muslim yang sedang mabuk datang menari-nari sambil saya berlagu. Namanya Alias dan akhirnya dia mintak rm 1 dari saya untuk membeli tiket keretapi. Ha ha ha…

Esok? Saya pun tak tahu apa akan jadi. Ha ha

I met my love by the gas works wall
Dreamed a dream by the old canal
I Kissed my girl by the factory wall
Dirty old town
Dirty old town

Clouds are drifting across the moon
Cats are prowling on their beat
Spring’s a girl from the streets at night
Dirty old town
Dirty old town

I Heard a siren from the docks
Saw a train set the night on fire
I Smelled the spring on the smoky wind
Dirty old town
Dirty old town

I’m gonna make me a big sharp axe
Shining steel tempered in the fire
I’ll chop you down like an old dead tree
Dirty old town
Dirty old town

I met my love by the gas works wall
Dreamed a dream by the old canal
I kissed my girl by the factory wall
Dirty old town
Dirty old town
Dirty old town
Dirty old town


Page 11 of 142« First...910111213203040...Last »