Notes:
isnin yang mendung..2/6/08
redup,mendung..
jangan suka bercerita pasal dunia sangat,nanti kita akan dihampakannya,dunia itu hidup..hidup itu kepentingan,kepentingan itu nafsu,nafsu itu tempat diamnya iblis,iblis itu dari spesis malaikat,cuma bak kata abdullah jones…”iblis mana ada yang baik hati”..hehe,ya betul tuan..cuma iblis itu pun pelengkap pada isi cerita dunia,watak penting waktu diasal kejadian dulu…bukanlah mengiyakan..cuma kita hidup punya watak masing-masing..kita boleh pilih apa yang kita mahu..semuanya pilihan,dan semuanya takdir juga..bila kita kata takdir..kita pun sepatutnya tahu itu Tuhanlah yang empunya segala cerita..
hidup mesti terus..kepentingan asal beralasan itu pun ibadah…makanan untuk ‘raga’(jasmani)…
*belilah majalah ‘KONSEP’,ada gambar Amy Search covernya..ada artikel aku(Busker bukan pengemis)didalamnya…yang pasti kandungan dalam majalah ni ok ,tak der cerita-cerita mengarut dan melalut..Amy pun meatured,sesuai dengan umur dan tahap intelektuatinya..so,harga untuk senaskah majalah ni rm 4.50 sahaja…apa nak buat ,harga kertas makin mahal…hehe
iblis dan malaikat…
malam semalam,mamat Khalid hos untuk satu aktiviti kesenian YKP,bercerita tentang filem,visi dan ahsiknya dia dengan dunia filem,dan short filemnya kelakar juga,hehe..banyak orang ketawa,kecuali aku..sebab,tak boleh nak concentrate jumpa kawan..rahmat harun,yang baru balik dari Indonesia,bercerita pulak pasal Sawong Jabo(folk artist) yang dia jumpa disana,act jabo lebih dalam permainannya dari Fals..dan rahmat akan kesana lagi dalam masa terdekat,mungkin suaranya masih diperlukan dan didengar disana dari disini..disini mediumnya kecil..dan kita sedang berusaha untuk membesarkan volume,supaya dapat didengar diseluruh negeri..dengar satu hal,untuk membentuk kefahaman pulak satu hal,,,hakikatnya ramai orang tidak suka pada subjek kebenaran..walau kebenaran itu subjektif,interprasi individu tentang apa yang difahamnya..kebenaran yang sedang kita faham adalah kebenaran yang ada dicorong-corong radio dan tivi,juga diakhbar-akhbar perdana mahupun alternatif..apa nak buat,kita selalu lambat dalam banyak hal,indie music baru orang nak dengar,sebab yang bagus itu bukan rupa,tapi suara,suara yang bagus tidak semestinya tom jones atau jamal..vokalis hujan pun sedap juga,,sebab dia jujur dengan suaranya…dan terkini,,,suara dan keserabaian itu satu fesyen,kita boleh tgk band-band indie berposing..macam natural..hahahaha….but at least lebih bagus la dari dunia mainstream yang statik dan lapuk ditelan zaman…
dan berjumpa juga dengan art fadhil,singaporean folk artist yang bermastautin di luar negara..aku suka group dia dulu(raushanfikir)dengan lagu hit..ali malas…ali maknanya mewakili orang melayu la,,yang malas dan suka berangan…yang sukakan hollywood dan bollywood…hahaha..marilah kita sama-sama teruskan kemalasan dan angan-angan kita..
dan kamal sabran ,seperti biasa,ada juga..biasalah dengan video cam nya,tekun meledani dunia keartisannya..semakin sibuk berkarya hasil kejujuran,dan Tuhan suka orang yang disukanya..
kalau kita selalu berfikir negatif dan kita boleh tau niat kita yang tidak baik tentang sesuatu itu..itu iblis..kalau sebaliknya ..itu malaikat..iblis pun dari spesis malaikat,,pelengkap takdir..dan kita kena jadi orang yang baik hati,bukan busuk hati..buangkan prasangka..bersolat untuk buangkan elemen yang tidak baik dalam diri,,bukan untuk ganjaran..baru Tuhan suka..wallahualam..
aku sedang menjaga perjalanan nafas yang sedang turun dan naik ni.sebelum perkhidmatan ditamatkan..hehe
kerja…kerja…kerja…
hari ni kerja,semalam kerja..esok?
hari ni jumaat,semalam khamis..esok?sabtu
semalam..siapa yang tentukan hari?hari ni siapa yg tentukan hari dan waktu?manusia..dengan akal yang dikurnia Tuhan,manusia membentuk kehidupann dan tamadun…dan seperti fitrahnya setiap yang ada dimukabumi ini,segalanya akan lenyap sekelip mata..diwaktu itu masih pentingkah waktu..?


