Notes: untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Al-fatihah..Os(Mohd Firdaus Yusoff)

2 comments

Gua kenal Os(arwah) lama juga, 1990 dulu..berambut panjang..dan ada menonton dia perform dengan grup anderground Assault?(gua tak ingat nama band). Arwah ni sebenarnya tergolong antara budak yang bijak, dia student STAR(Sekolah Tengku Abdul Rahman) Ipoh. Muka dia pun muka budak bijak dan kreatif. Bila arwah pilih muzik jadi sebahagian dari hidup dia, itulah harga yang perlu di bayar, bergantung pada jalan mana yang di pilih. Ada yang berjaya dan terkenal, banyak duit, popular dan glamour, ada yang tersangkut di celah-celah ranting kehidupan. Itu jalan yan kita pilih. Gua pun pilih apa yang gua suka, dan arwah pun begitu juga. Lepas tu Os tubuhkan grup Naked Butterfly, 2 orang anggota Naked Butterfly bekas musician gua, si Mamal dan Chemat. Band gua dulu ‘Society’. Dan gua pun taklah rapat sangat dengan Os masa tu atau sebelum tu. Lepas tu arwah tubuhkan Republic of Brickfield dengan Aru.

Arwah ni antara pemuzik yang sangat kreatif antara yang gua kenal. Dan kami jadi agak rapat bila sama-sama pilih karier yang sama, menjadi busker atau street musician, cuma arwah semasa dia jadi busker, dia dah jadi penagih yang tegar, itu sebab dia busking, sebab boleh dapat cash money untuk beli ubat. Gua tak ada masaalah dengan arwah samaada di penagih atau tidak, sebab itu jalan yang dia pilih, dan gua tak boleh nak kata penagih dadah itu jahat, cuma mereka itu golongan yang sakit. Itu saja. But yang pastinya gua memang hormat arwah sebagai seorang manusia dan jalan hidupnya.

Ada satu part yang gua tak boleh lupa..dulu tahun 2004-2005 gua selalulah busking di Jalan Alor, Bukit Bintang. Kadang-kadang gua busking dengan arwah dan kawan-kawan lain di CM.
Arwah selepas dia busking di CM akan ke Petaling Street atau Jalan Alor untuk busking. Sebab kos untuk membeli ubat bukanlah murah, perlu wang yang sangat banyak. Tu sebab gua boleh katakan orang yang jadi penagih ni golongan orang yang banyak duit sahaja. Busker tak sepatutnya menjadi penagih, itu pendapat gua. Sebab Busker adalah dari golongan Marhaen. Itu kenyataan. Jadi untuk mendapat wang yang banyak, arwah akan bekerja keras mencari duit. Jadi selalunya arwah akan busking pukul 7pm di Jalan Alor. Turn gua pukul 8, jadi bila gua sampai biasanya kita akan lepak di kedai mamak, dibelakang tu ada pot untuk lepak. Sebiasanya mood arwah masa tu agak ceria, sebab masa gua sampai dia sedang mengira hasil collection busking..ha ha ha..selalulah dia cakap..”banyak aku dapat hari ni Meor”. Jadi mood dia memang best masa tu.

Pernah gua tanya, “kalau kau clean, kau busking tak Os?”

Dia cakap..”kalau aku clean, aku tak akan busking Meor”

Dan selepas itu Os pun menjalani hidup sebagaimana yang telah di takdirkan untuknya. Sehinggalah dia di cekup dalam satu operasi di CM.

Lama selepas itu gua pun berpindah ke Ipoh untuk satu episod dan musim yang baru bagi mevariasikan watak hidup gua sebagai seorang pelakon di mukabumi ini. Os pulak menjalani rawatan di Pusat Pengasih.

Tak lama lepas tu gua jumpa dia di CM setelah hampir setahun kami tak berjumpa. Apa yang gua nampak adalah keceriaan di wajah beliau. Fizikal pun dah berbeza, muka pun dah berisi, arwah sudah berhenti dari menajdi penagih dan bekerja di Langkawi sebagai musician dan sound engineer untuk live band di sana. Itu berita yang gua rasa sangat best. Ingat lagi kalau di CM dulu di bulan puasa pun arwah akan busking juga, walaupun tempat busking diorang buat khemah untuk peniaga berniaga di situ..ha ha..

Dan yang terbaru adalah semalam, bila gua baca blog Nan Blues, gua terkejut. Arwah dah kritikal dan di masukkan ke ICU hospital Sungai Buloh, masaalah paru-paru. Pukul 3.30 arwah menghembuskan nafas akhir. Gua termenung kejap. Cepat masa berlalu, bila-bila masa kita akan pergi. Apa lagi yang boleh gua cakap..selain innalillah…

Apapun arwah sudahpun menjalani watak dan tanggungjawabnya dalam kehidupan yang tak pernah kita duga ini. Al-fatihah..


Carilah dia, di dunia yang tak nampak di mata.

1 comment

Itulah yang terbaik,walau kamu tidak setuju, gagah-gagahkan juga untuk cuba bersetuju, tatkala kebanyakan kita tidak bersedia untuk menuju ke dia, tatkala kita takut akan subjek kehilangan dan kemusnahan, tatkala kita lebih suka tidur di tilam yang empuk, makanan tersedia enak dan nyaman versi kita, tatkala kita bersolat dalam tertib dan penuh adab, dia pun datang. Adakah kamu bersedia untuk itu? Dia bukanlah sekadar kata-kata atau nama..

Carilah dia, di dunia yang tak nampak di mata, itu kata-kata yang tertulis dalam kitab ‘musyawarrah burung’ karya Farid’uddin Attar..ini karya beliau yang terbaik bagi gua, cari dan bacalah untuk kita menuju ke subjek kesempurnaan versi kita. Terbaik sebab bahasanya terlalu indah dan bermakna, ceritanya di olah sangat menarik.

Gua medengar cerita tentang buku/kita itu sudah lama..dan dapat dalam bebrapa tahun lepas..versi inggerisnya ‘birds conference..tapi tak menarik sgt dan terlalu intelektual..apabila di terjemahkan ke bahasa Indonesia, ianya jadi menarik dan berjiwa.
Tak banyak orang yang baca cuba terjemahkan makna kata-katanya dalam kehidupan ini, mereka hanya sekadar membaca dan letakkan di rak buku, sebab ianya tentang kebenaran hakiki. Kebenaran hakiki itu umpama kita bercerita tentang perjalanan darah, kita melihat jantung, hati dan limpa..ianya bukanlah indah, tapi itulah kebenaran. Ianya bukan tentang rupa paras yang cantik menawan, atau yang indah-indah belaka..ianya tentang dunia yang tak nampak di mata.

Gua sedang mempraktikalkannya dalam kehidupan ini..gua mahu pulang dalam keadaan dan suasana yang redup..maknanya gua yang tunggu dan nampak dia datang..itu sebab wajib bagi kita belajar mengenal..belajar mengenal bermakna kita bersetuju dengan alam ini dan menerima seadanya, bukannya hal-hal tentang dunia yang mahu itu ini. Dunia ini penuh dengan mimpi yang tak sampai dan kadang menghampakan..Kalau kita belajar tasauf, kita bukannya belajar bagaimana untuk membodek Tuhan semesta alam..Kita bukannya penonton yang menonton kehebatan si pemain bola, ianya tentang kita yang sedang bermain bola. Kitalah sebahagian dari ceritanya. Kalau kita kata kita bertarikat tapi masih kemaruk tentang subjek haloba dan dunia yang penuh nafsu nafsi. gua tidak berminat..mungkin betul pada mereka, ya masing-masing kita punya cerita. Bini gua lagi tinggi ilmu dia dari gua, thats ok for me, walaupun dia tak banyak tahu, tapi mungkin kejujuran atau level mengenal dia yang hanya di tahap itu, dan Tuhan bersetuju, sedangkan gua yang menyelongkar isi dalam dan luar, pun masih di reject, jadi apa yang gua boloeh cakap lagi?ha ha ha…
Karma demi karma telah dan sedang gua lalui, kebahagiaan atau musibah ianya perjalanan, adakah gua mengeluh dan merungut? Ianya umpama kita makan yang enak atau pahitnya hanya di kerongkong dan lidah, bila sampai ke perut menjadi najis.

Selainnya?..ianya hanyalah watak dan kerja kita di dunia ini…


Hari yang sempurna

3 comments

Semalam adalah hari yang paling sempurna untuk gua, antara sekian banyak hari yang sempurna yang gua lalui. Sempurna yang gua maksudkan bukanlah syorga atau keseronokan..hahaha..ianya adalah hari yang tak best pada pandangan mata dan akal. Tapi gua kena layan juga walau tak best..maka gua pun berketawalah sepanjang malam kerananya..
ha ha ha..

Semalam siang jumpa kawan baik, bersembang-sembang pasal hal-hal yang heavy dan falsafah yang berat-berat, selalunya gitulah..bila cerita yang berat-berat, akan datang lah cerita untuk kita yang berat-berat juga..bila malam, gua nak berjumpa dengan kawan, nak kasi stock album..DRUR..dengan kereta gua..sebelum tu busking pun best juga, banyak cd terjual, rezeki bagus..hahaha..so malam gua drive dengan kereta gua kat ‘duke’ highway..tiba-tiba kereta buat hal pulak..adoi…enjin dah macam bunyi motorbot je, langsung tersadai tepi jalan..highway duke..tak boleh buat apa, terpaksa panggil tro-truck datang angkut kereta..jadi duit busking untuk hari semalam memang di peruntukkan untuk bayar tro-truck dan isi minyak kereta..sepanjang gua melepak tepi highway sementara menunggu tro truck sampai..gua pun memandang ke langit, yang berlapis-lapis..sehinggalah ada jawapan di situ..jawapannya ..” so what?”
ha ha ha….

*kalau banyak tahu sangat pun masaalah juga..lebih baik tak tahu..tapi masaalah itu hanyalah hal dan perihal dunia..itulah kesempurnaan..bagi gua le, orang lain mungkin lain fahamnya..


Tujuan sama, jalan lain-lain

3 comments

Dulu masa gua kerja di Yamaha Music, showroom kitorang di Starhill shopping complex..di lobi akan ada persembahan musik jazz oleh gend-geng Dato Mokhzani..diorang akan mula persembahan dalam pukul 8 malam gitu le..dan di luar Starhill shopping complex ada sebuah club juga, yang mana ada pemuzik-pemuzik berjiwa rock n roll akan perform di situ…dan kebanyakan musician berjiwa rock n roll ni..gua kenal..dan ada yang member baik gua juga, sebab ye lah, diorang selalu datang showroom, untuk beli drumstick, spectrum, tali gitar..gitulah..

Jadi di waktu petang, gua biasanya melepask di kedai mamak belakang KL Plaza..juga musician yang berjiwa rock n roll… jadi gua tengok, dari segi gaya..yang jenis rock n roll ni memang rock n roll betul..hahaha..datang melepak, cara lepak, cara diorang memandang alam maya ni, cara mereka sedut rokok, macam muka tak mandi, memang berserabai…hahaha..tapi cool beb!!…Berbeza sungguh dengan gegng-geng yang main muzik jazz , diorang datang dengan senyuman, berpakaian kemas, coat, baju putih, hisap rokok pun ada style…tapi lepak kedai mamak juga..pendekata kemas dan berdisiplinlah ..jadi bila gua tengok , gua ketawa sendiri..tapi tak ada maksud apa-apapun…bukannya gua kata kalau rock n roll tu gua tak suka..sebab gua pun lebih kurang itu juga, dan diorang member gua…hahha…dan gua juga tak kata yang main jazz tu best atau tak best…ianya cuma panorama…kita manusia ni, sama je..tujuan kita ke situ juga, cuma jalan saja berbeza…hehe


Too much love will kill you…

0 comments

Gua jarang berenggang dengan anak-anak. Rutin hidup gua, bila balik dari kerja biasanya anak-anak akan sambut, dan itulah kehidupan gua, yang biasa-biasa saja, yang bahagianya bukan dimata, tapi di jiwa. Jadi dalam 2 hari lepas gua berenggang dengan anak-anak, dalam sehari gua rasa tak seronok sangat, tidur malam pun tak lena, dan di sini gua boleh faham perasaan seorang bapa yang kalau perjalanan dan ketentuannya terpaksa berpisah dengan anak-anak.

Betul, bagaimanapun kita perlu rasional dalam banyak hal, letakkan kasih sayang itu di jiwa, gendong anak-anak itu kemana-kemana, sebab mereka ada dalam jiwa kita. Mereka adalah semangat untuk kita terus hidup. terlalu berharap akan mengecewakan jika apa yang di harap tidak kesampaian..Jadi menghargai nilai kasih-sayang itu lebih baik, walau kita tidak memiliki. Rasa ingin memiliki sebab kita selalu fikir yang hidup ini kita punya, walhal kita hanya di pinjamkan saja segala nikmat yang ada, ianya amanah dan tanggungjawab.

Jadi kita kena belajar untuk bersedia..bersedia untuk kehilangan..


Page 2 of 52«12345»...Last »