Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

ANAK-ANAK KITA

0 comments

Saya semakin malas dalam semusim dua ini untuk update blog Pestajiwa ni. Saban malam saya perlu menulis dan berkisah untuk beberapa portal online. Pendekata siang malam kerja.

Menulis yang tulisan kita dibayar menuntut kita banyak buat homework dan research walau topik-topik yang saya tulis kebanyakannya berkisah tentang muzik dan kehidupan, yang memanglah tidak ada masalah untuk saya kerana saya faham apa yang nak saya tulis, tapi perlu juga bahan rujukan dan fakta.

Kalau dulu kalau boleh hari-hari saya akan update blog sebab dah macam satu kewajipan pula. Musim ini jadual penuh. Siang kerja, malam menulis. Tulis blog ni kita tak fikir apa pun, apa yang terlintas saja…

Anak saya yang sulung, Kamelia akan menduduki peperiksaan SPM dalam waktu terdekat ini. Sebagai seorang ayah juga ibunya, kami berdoa apa saja yang terbaik untuknya. Yang paling penting dalam menghadapi musim peperiksaan adalah ketenangan. Apa saja pun perlu berserta ketenangan.

Mengadap Tuhan perlu dalam keadaan jiwa yang tenang, kita makan perlu tenang, kita menyanyi perlu tenang juga..apa saja yang melibatkan hal ehwal kehidupan kita perlu tenang selalu.

segala cerita sudah pun tertulis…jadi mengapa perlu gusar? Kita gusar kerana sifat kita yang begitu. Untuk menghilangkan gusar bukanlah suatu yang mudah…Kita hanya manusia yang sudah dibekalkan akal dan fikiran berserta jiwa, jadi dalam menuju kesempurnaan memang perlu melalui banyak proses sebenarnya…

Anak saya yang no 2, Adam pula kata ibunya, semakin cool…anak saya itu semakin sensitif, tak boleh ditegur sikit..apa boleh buat, beliau ahli syurga. Kata kakak ipar saya Adam yang paling awal masuk syurga. selepas itu barulah kami.

Nafsu menjadikan kita selalu dan kadang terlalu menurut kehendak kehidupan dan dunia, berbanding Adam. Anak saya itu memang makan minum, makan

dan pakai…tapi itu seperti keadaan bayi yang tinggal dan hidup dalam kandungan ibunya, fitrah, berbanding kita . Itulah seperti saya kata, antara rm 1 atau rm 1 juta, tidak ada makna apa pun pada dia, berbanding kita.

Beza kita dengan dia, dia buat segala macam perlakuan pun tak ada dosa, kita pula tersalah atau melakukan salah tetap juga berdosa dan akan ada rasa bersalah dalam diri sekurang-kurangnya. Jenuh jugalah bercermin..

Anak saya yang nombor 3, Aqeef pula minggu depan akan menghadapi peperiksaan, Adiknya pun begitu juga. Aqeef ni berbakat dalam muzik, cuma malas praktis..

ibunya memang pening dan selalu mengadu dengan saya tentang anak kami yang sorang ni, sebab pandai sangat menjawab, macam orang dewasa, kata ibunya…satu hal anak-anak saya ni memang sangat rapat dengan ibu mereka…mereka pula naif dalam tutur bicara mahu pun perlakuan..apa pun walau ibu mereka pening dengan kerenah anak-anak,

tapi kalau berenggang dalam setengah jam pun jiwa isteri saya boleh jadi kacau…

Gibran pula masih lagi dengan dunia robot dan game…itulah perkara yang utama dalam dairi hidupnya seperti siri-siri seorang budak yang berumur 8 tahun…

Tapi, kita gaulkan semua ..inilah makna bahagia dalam istilah yang lebih praktikal dan realistik


HAPPY BIRTHDAY ADAM..

0 comments

Selamat hari lahir Adam. Hari ini 11hb 9 adalah tarikh harijadi anak saya yang nombor 2, Meor Muhammad Adam. Adam membesar dalam kondisi yang kurang sempurna kerana autisma. Tinggal pula di negara membangun yang segalanya baru nak bermula. Apa pun dibandingkan dengan negara membangun yang lain, kita bersyukur dengan apa yang ada.

Tarikh lahir Adam senang diingat kerana trajedi World Trade Center Amerika berlaku pada 11hb september 2001.

Semakin membesar, anak saya itu semakin sensitif…

Adam adalah hadiah dan ujian untuk kami sekeluarga…setiap kita ada cerita suka dan duka untuk kita baca dan hayati. Cuma kita wajib bersangka baik dengan Tuhan dan percaya setiap manusia itu tidak kira apa bentuk dan sifatnya, hidup dalam perencanaan takdirnya. Bukankah Dia yang maha tahu atas segalanya?

Dan yang lebih utama, kami akan tetap menyayanginya..Happy Birthday Adam yang ke- 15 tahun.


23 HARI SELEPAS RAYA

0 comments

Untuk sambutan hari raya tahun ini tidaklah semeriah tahun-tahun yang lepas. salah satu sebabnya semua anak-anak saya yang seramai 4 orang habis dijangkiti penyakit demam campak. Bermula dengan anak yang nombor 3, Aqeef 2 minggu sebelum raya, berjangkit pula pada kakaknya, Kamelia pada sehari sebelum raya dan terus ke adiknya Gibran dan Adam.

Saya dulu antara perkara yang paling saya khuatirkan bila anak-anak kena demam campak, banyak perkara negatif yang bermain di fikiran saya dan itu tidaklah bagus sebenarnya. Apabila Aqeef dijangkit penyakit itu, saya dan isteri terus membawanya ke klinik berdekatan.

Rupanya ia tidaklah teruk sangat. Dengan segala kemudahan dan ubat dan pantang makan benda yang gatal, semua akan ok. Apa pun semuanya sudah kembali sihat dan saya menarik nafas lega. Saya kalau boleh nak semua anak-anak sihat sepanjang masa, tapi Tuhan nak bagi kita kena terimalah, apa yang boleh kita buat pun?

Saya rasa perkara yang paling baik yang saya telah lakukan untuk raya tahun ini adalah apabila membawa anak saya, Gibran dan abangnya Aqeef bersembahyang sunat hari raya di masjid berdekatan. Terbayang kepuasan dan keseronokan di wajah anak itu saya terutamannya Aqeef.

Beberapa hari yang lepas seorang brader berumur mungkin hujung 50an, mungkin isim juga datang bersembang-sembang dengan saya. beliau selalu datang dan setiap kali muncul kami akan berbual lebih kurang, barulah saya tahu yang beliau gelandangan sebenarnya. anak bini menjauhkan diri dan akhirnya keseorangan dan membawa nasib ke sana dan sini.

Brader ni kalau kita tengok sekali macam ok, tapi bila kita tengok dua kali ada yang tidak kena dengannya terutama dalam hal yang melibatkan makna keseimbangan.

Sewaktu beliau datang baru-baru ini dengan gaya yang rugged dan up to date juga, saya tertarik dengan kata-katanya walau tidak ditanya” belajar mengenal diri ni bukan senang, salah bawak boleh tergelincir dan jadi isim, aku pun kadang-kadang tergelincir juga. Awal agama mengenal Allah, kenal Allah binasa diri”, selepas berkata-kata dalam seminit dua beliau terus berlalu pergi.

Itulah juga yang selalu saya ingatkan kepada diri dan siapa-siapa yang berminat dengan ilmu mengenal Allah ni. Pertamanya jangan belajar untuk jadi wali atau orang sufi. Perasan diri hebat adalah perkara yang paling sia-sia jika kita berada di jalanNya. Kerana yang itu hanyalah angan-angan yang datang dari kita, bukan Dia. Jadi yang terbaik, neutralkan keadaan dan biasa-biasakan diri kita dengan cerita yang biasa-biasa, itu lebih adil untuk diri kita sendiri.


Page 20 of 193« First...10...1819202122...304050...Last »