Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

ADAM, AKU DAN MUZIK

0 comments

Hari ni saya cuti busking, sempena hari mengundi se Malaysia. Hari ini juga saya berkurung di rumah, bertungkus lumus menyiapkan buku baru, yang judulnya ‘Adam, aku dan muzik’. Ceritanya banyak berkisar tentang Adam anak saya yang mengidap autisma dan karier muzik saya yang berjalan seiring dengan usianya…

Yang pastinya inilah kenyataan hidup..ada suka, ada duka…

Saya ada perancangan juga untuk tulis biografi tentang perjalanan muzik saya, tapi saya putuskan untuk selitkan kisah Adam di dalamnya kerana dia adalah sebahagian dari semangat yang menggerakkan saya walau dalam diam…

Banyak yang saya faham dari Adam tentang hidup dan kepercayaan. Dia adalah guru saya selamanya…dia adalah cermin untuk saya tatap wajah saya sendiri di situ…


SELAMAT HARI BURUH!

0 comments

Kita adalah golongan buruh yang bekerja. Tidak kira samada kita bekerja sendiri atau makan gaji, kita masih juga perlu bekerja. Bekerja kerana kita punya tanggungjawab dan kepentingan. Walau tidaklah sebesar kepentingan para pemimpin politik atau parti. Sekurang-kurangnya untuk keluarga dan hidup kita sendiri.

Tak kerja kita akan jadi malas dan akhirnya mati dalam angan-angan. Saya salut pada mereka yang bekerja walaupun seorang tukang sapu atau peon. Sekurang-kurangnya mereka mahu bekerja. Dan pekerjaan mereka itu lebih mulia dari pencuri dan perompak. Maka 1hb Mei adalah hari kita, raikanlah…


Meor in ‘Folk n Acoustic mood dan ‘Rumah Kita…’

0 comments

Idea bikin album baru datang begitu saja, pergi begitu saja dan siap begitu saja. Pertamanya saya ada terfikir untuk bikin album Inggeris, lagu-lagu popular orang putih sejak awal tahun ini.

Sebabnya saban hari bernyanyi di KL Sentral sejak 2010 dulu ramai sangat orang yang bertanya, ” adakah lagu-lagu yang saya nyanyikan terdapat dalam album yang saya jual?.” Ramai para pelancong luar negara, termasuk berbilang bangsa selain Melayu yang bertanya juga. Saya pun rasa tak best juga, sebab lagu-lagu dari album saya kurang nilai komersialnya.

Cuma satu yang saya jamin, album-album saya walau kurang nilai komersialnya, tidak dijual di kedai kaset atau CD si seluruh negara. Maknanya album saya semuanya edisi terhad, walau pembelinya minoriti.

Biasalah, masalah golongan pengkarya marhaen macam saya ni, duitlah nombor 1 nya. Citarasa pulak nak yang best-best saja.

Duit untuk keperluan itu ada, tapi banyak untuk keperluan keluarga termasuklah kereta yang semenjak dua menjak ni banyak pulak kena repair. Semua itu kos dan memerlukan belanja yang banyak juga. Ni nak cari duit untuk print album pulak…ha ha ha..Tuhan itu baik hati, nanti adalah tu…

Tapi itulah juga, selalu ada lorong yang dipermudahkan untuk saya, kerana selagi ada percaya, akan ada jalannya untuk ke situ.Itu lah penyebabnya juga sehingga sekarang saya sudah punya 10 album. Semuanya tak komersial…Tapi saya tidak boleh buat apa juga, sebab dah memang itu kehendakNya yang mahu saya gitu-gitu saja dalam kehidupan ini.

Untuk album baru, rakamannya berlangsung di studio KerbauWorks, milik Joe Kidd dan Bullet. Lokasinya terletak di belakang bangunan New Straits Times. Joe dan Bullet kawan lama yang masih mantain dari segi attitute dan prinsip.

Kenal Joe sejak tahun 1986 di Opis abang saya, Mishar di Jalan Ipoh. Kata-katanya yang saya ingat selepas kita sembang pasal Iwan Fals dan
Doel Sumbang, ” abang hang tak bayar gaji aku”, ha ha ha…

Waktu itu saya mencari-cari kaki yang suka dengar lagu-lagu Gombloh, Fals, Doel, Franky..Joe dan Zunar antara peminat mereka. Jadi banyak benda kita boleh share dan banyak yang saya tahu dari Joe dalam hal-hal muzik terutama yang melibatkan ‘attitude’.

Saya ada pinjam gitar member untuk sessi rakaman. Brand Yamaha, dah tukar tali baru pun. Sampai studio kawan Bullet dan Joe sudah tawarkan gitar mahalnya untuk saya guna. Kata mereka, gitar Gibson Hummingbird itu tidak semua pemuzik serasi…bila try gitar itu, Bullet cakap..” hang pakai gitar ni”…

gitar itu memang dari segi bunyinya ada karakter, setiap note sangat mahal..dan kalau tak biasa dengan akustik, gitar itu tidak mudah untuk dimainkan…jadi saya pun pakailah gitar itu untuk rakaman album melayu dan inggeris…terimakasih kepada En Manan tuan yang empunya gitar Gibson Hummingbird itu…

Saya bikin demo solo pada tahun 1990, judul band eksperimen saya itu ‘Kontra’. Line up nya saya seorang je, Demonya masih ada pada Joe, saya pun tak ingat dah…Siap ada lagu ‘Manusia Kerbau’..ha ha ha…

Lepas tu bikin Society dengan Mamal dan Che Mat. Waktu itu tajuk lagu pun ‘Keluar aku dari aku’, revolusi mental, hipokrasi, bersama kepulan asap..ha ha ha..dan dalam Society yang paling space, sayalah…Che Mat dan Mamal waktu itu hanya pemuzik yang bagus. Kita waktu itu planning bikin konsep macam Pink Floyd, The Doors dan Police…tapi itulah, Malaysia ku tidaklah semudah yang kita mampu gambarkan panorama dan ceritanya. Akhirnya kita berpecah tanpa sempat bikin full album…

Kita hidup ni macam selak buku cerita, macam-macam kisah dalam satu cerita. Begitulah halnya dengan perjalanan jiwa saya …Waktu ribut, waktu tenang, waktu berserabut…gitulah…Cuma saya terima setiap moment yang datang dan pergi seadanya, itu .

Apa pun ada banyak projek untuk tahun ini…RS Murthi ada datang itu hari kasi master ‘ itu padang’ album yang sudah remastered. Ada juga planning untuk release album itu tahun ini juga…dalam pakej yang menarik dan bikin show case, seperti kata Murthi, Padang adalah album terbaik saya antara semua album saya yang lepas…

Itulah…tapi selagi ada percaya, selagi itu ada jalannya..saya percaya itu walau jarang melafazkan…


Page 26 of 193« First...1020...2425262728...405060...Last »