Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

16HB MAC – ANTARA ‘KERETA KECIL’ DAN ‘TIKA HUJAN’

0 comments

16hb Mac ini datanglah ke Annexe Pasar Seni. Banyak program seni, buku dan muzik akan berlangsung. Sudah lama saya tidak perform dalam program singer/songwriter atau majlis-majlis melibatkan kesenian dan sastera.

Pun pukul 2 petang hari sabtu itu akan berlangsung ‘Pelancaran single ‘Tika Hujan KuBerdoa’. Saya akan sampaikan 2 lagu pada pelancaran single tersebut. Ke dua-dua lagu tersebut liriknya ditulis oleh Jimadie. Dan istimewanya juga kedua-dua lirik tersebut bercerita tentang anak kesayangannya Adam dalam dua pentas yang berbeza.

Lagu ‘Kereta Kecil’ liriknya ditulis pada tahun 2010. Waktu itu Adam anaknya berumur 4 tahun,sihat dan cergas. Liriknya berkisar tentang perhubungan kasih-sayang antara seorang ayah dan anaknya dan liriknya ada elemen rugged. Rentaknya country folk dan dalam mood yang riang.

Tapi bila nasib dan takdir yang menimpa hidup beliau sekeluarga berubah dari cerah ke mendung, lagu ‘Kereta Kecil’ itu menjadi lagu riang dengan mood yang redup umpama kita mendengar lagu-lagu Nick Drake atau John Martyn.

Dan bila saya bandingkan lagu Tika Hujan dan Kereta Kecil, lagu Tika Hujan memang sedih kerana waktu itu Jimadie sedang membaca cerita sedih tentang hidup dan takdirnya. Lagu Kereta Kecil pula, waktu itu beliau dalam keadaan yang selesa dan bahagia dan tulisannya waktu itu penuh dengan semangat, cinta dan cita. Tiada siapa yang suruh beliau menulis lirik tentang anaknya. Itu kemahuannya. Lagu Tika Hujan pula memang saya yang mencadangkan kepada beliau.

Antara dua lagu tersebut, yang paling menyentuh hati Jimadie bagi saya itulah lagu Kereta Kecil dan itu akan dikenangnya sampai bila-bila. Saya juga merasakan kesedihan dan mood lagu tersebut berbanding Tika Hujan.

Dan yang lebih bermakna, lagu itu tidak akan dirakamkan sebagai single, ia akan kekal di dalam ingatan…

Kita semua hanyalah penduga…kita tidak pernah akan tahu apa akan jadi walau sedetik ke depan.

Untuk lagu Tika Hujan, pemuzik yang mengiringi ialah Arif Yusoff yang bermain Flute di dalam album tersebut, juga anak saya Aqeef Aziddin yang berumur 11 tahun yang bermain gitar.

Untuk anak saya itu, ini akan menjadi pentas pertamanya jika suatu hari nanti dia memutuskan untuk menjadi pemuzik professional.

Kepada kawan-kawan, datanglah dan berikan sokongan kepada kawan kita. Kita tidak tahu apa nasib kita hari esok. Dan belilah album Tika Hujan dengan niat kita membantu antara sesama kita. Harganya kalau dikira untuk 1 lagu sahaja dengan harga rm 10, memang agak mahal, namun kalau kita fikir ini antara tanggungjawab kita untuk membantu dan menderma untuk kawan kita, Tuhan pun suka…insyaallah…

Selain saya, mungkin ada rakan lain juga yang akan buat persembahan…


MARI BER’AKUSTIK’.

0 comments

Sewaktu bekerja di Yamaha Music dulu, saya dikelilingi oleh serbaneka alat-alat muzik, dram, gitar, bass gitar, elektrik gitar, keyboard. Segala macam semuanya saya dah cuba.

Bahkan atas kapasiti saya sebagai senior staff di sana, saya boleh pinjam secara consignment gitar akustik akustik yang mahal-mahal dan berkualiti tinggi di mana-mana persembahan yang saya terlibat, untuk tujuan promosi.

Lama saya bekerja di Yamaha, dari tahun 1996-2004. Sebelum itu di Bentley Music selama 1 tahun. Dari segala macam jenis gitar akustik yang saya cuba, bagi saya gitar akustik apa brand pun ok, yang berbeza cuma harganya. Kalau lagi mahal lagi sedap bunyinya. Dan gitar Yamaha juga bagus dan berkualiti, kalau yang berharga rm 1500 ke atas lah.

Pun bila saya sudah cuba gitar akustik APX series yang berharga rm 24,500.00..memang gitar-gitar lain dah tak sedap.

Gitar ni seperti kereta, lagi mahal lagi sedap dan selesa memandunya. Waktu saya bekerja di Yamaha dulu, gitar murah-murah ni saya tak pandang sangat, sebab ada banyak pilihan.

Seperkara, mahal murah ni sebab jenis kayu yang digunakan. Ada macam-macam jenis kayu, Solid Cedar, Solid Spruce, Brazillian wood, Birds eye maple…macam-macam lagi. Ada kayu yang diperam selama 15 tahun sebelum digunakan.

Saya pernah menyertai seminar pembuatan gitar akustik jenama Yamaha, Akustik dan Klasikal. Yang jadi consultantnya dari Jepun, umur dah 60 tahun, cakap orang putih pun pelat dan berterabur, tapi diorang ni confident level memang tinggi.

Ada gitar yang khusus seorang saja pembuatnya, kita boleh lihat signature tangannya di di bawah jenama gitar tersebut. Yang itu harganya kalau tahun 2000 dulu sudah menjangkau rm 5000 ke atas, made in Japan, solid spruce.

Saya terpanggil untuk menulis tentang gitar akustik, sebab seorang kawan yang sudah berkunjung ke Indonesia baru-baru ini dan membeli sebuah gitar akustik hand-made in Indonesia dengan harga rm 3000 ke atas. Brand gitar tersebut saya sudah lupa, pun ramai artis-artis folk dan rock Indonesia yang menggunakannya seperti Iwan Fals dan Slank.

Saya tahu gitar itu memang bermutu dan berkualiti kerana jenis kayu dan finishingnya yang mantap. Sebelum ini kawan saya itu punya beberapa jenis gitar akustik yang harganya saya boleh kata rm 2000 ke bawah. Jadi katanya memang berbezalah dari segi sound dan bunyinya.

Ada gitar klasikal Yamaha yang berharga rm 40,000.00..memang sedap. Kalau seorang beginner memang akan cepat pandai bila guna gitar itu untuk belajar.ha ha ha..sebabnya soundnya memang lunak dan lembut.

Apa pun bila tidak bersama Yamaha Music, gitar yang murah pun dah jadi sedap…sebabnya kita sudah tidak punya pilihan lagi…ha ha ha..

*** Perang memang menyusahkan dan kejam kepada siapa saja…atas nama keamanan kita menegakkan dan memutuskan siapa yang benar dan siapa yang salah..semuanya atas dasar kepentingan, dan yang paling malang, ramai nyawa yang terkorban…


KISAH SEORANG PENGAIL IKAN…

0 comments

Banyak pertanyaan dari kawan-kawan juga dari wartawan tentang pendapatan saya sebagai seorang busker. Saya katakan ia subjektif. Saya tak tau berapa yang akan saya dapat dalam satu hari.

Saya pernah mendapat rm 2 sahaja dalam satu hari, memang itu saya katakan antara hari yang paling tak best, pada waktu itulah. Pernah juga saya mendapat hasil sebanyak rm 530 dalam satu hari dan itu hari yang paling best, pada waktu itulah. Dan pernah juga seorang orang yang bukan orang masukkan dalam poket saya sebanyak rm 800 yang membuatkan saya termenung 2 hari.

Untuk kesemuanya segala pengalaman yang telah saya lalui itu, saya simpulkan di sini bahawa pendapatan saya datang dari Allah. Semuanya dari Dia, banyak atau sikit..kita perlu belajar bersyukur.

Kita mengaji dan mengkaji ilmu timur dan barat termasuklah falsafah yang berat-berat, berguru sana dan sini untuk mendapat tahap redha dan ikhlas yang tinggi, pun di tempat busking juga saya dapat segala jawapannya.

Saya melihat pelbagai rupa dan gaya, ada yang suka, ada yang tak suka…ada yang hulurkan 5 sen, ada yang hulurkan rm 100..saya cuba sambut dengan senyuman seikhlas yang termampu. Ia tidaklah semudah kita melafaz dan mencanangkan makna ikhlas itu sebenarnya.

Untuk setahun dua ini pendapatan saya agak baik dan selesa, pun baru-baru ini apa yang dibuat semuanya tak menjadi, nyanyi lagu itu tak kena, lagu ini pun tak kena…pendekata saya gagal mendapat ikan, kalau ada pun yang kecil-kecil dan tidak boleh dijual kepada peraih.

Sudahnya saya hanya mendapat kurang 80% dari apa yang saya biasa dapat dalam sehari, atas penat lelah selama 5-6 jam menyanyi dan bermuzik…Ia buatkan saya berfikir di mana silapnya?

Bila kita dapat rm 20, itu sedikit sangat sebab kita biasa dapat rm 50, bila kita dapat rm 50 kita kata itu sedikit sebab kita biasa dapat rm 100, bila kita dapat rm 100, pun itu kita kata tak banyak sebab kita biasa dapat rm 150- rm200…

Sudahnya berapa banyak kita dapat pun tak pernah cukup…

Jadi ujian itu selalu hadir dalam hidup kita. Betapa sukarnya kita menterjemahkan makna ikhlas itu dan betapa keluh-kesahnya kita bila kita mendapat jumlah yang sedikit dari yang biasa kita dapat.

Walhal bila kita kata semua rezeki itu datang dari Dia, kita akan belajar memahaminya…

Itulah seni nya busking…Kalau di pub atau hotel, kita sudah tahu pendapatan kita. Pengunjung datang untuk menonton dan mendengar muzik kita. Tapi dalam dunia busking tidak begitu…Kita hanya berlagu untuk angin lalu sahaja, pengunjung yang datang dan lalu lalang sibuk dengan hala tuju mereka masing-masing…bukan untuk menonton persembahan kita…

Cuma jika telinga mereka tertangkap melodi yang kita lagukan, kena pula dengan selera mereka…akan adalah sumbangan….

Sehingga hari ini saya masih mampu mengawal emosi dan perasaan…kita cuba untuk lagukan lagu yang kita nyanyikan seikhlas yang boleh..kerana itu adalah tanggungjawab kita…


Page 28 of 193« First...1020...2627282930...405060...Last »