Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

ILMU ALAM

0 comments

Kita adalah penterjemah cerita alam ini walau kita cuma sedari sedikit mahupun sepenuhnya. Lupa kerana mungkin kita ini sedang lemas dek mimpi indah materi duniawi. Di mana-manapun sama, tidak ada bezanya. Di sini kita diajar untuk mengenal alif, ba, ta dan seterusnya untuk sekadar kenal huruf arab maka segala yang arab itu sangat sempurnalah bagi kita.

Menjenguk ke belakang dan hari ini bagi saya kaum arab bukanlah kaum yang boleh kita banggakan, mengenai sikap termasuklah yang lain-lainnya. Apabila kita berbicara denganNya dengan bahasa kita, apakah Dia itu tidak mendengar?

Kita juga sangat tidak digalakkan untuk bertanya dalam membebaskan akal fikir kita ini tentang kejadianNya yang maha agung, jadi mungkin itulah sebabnya bahasa jiwa kita ini tidak kemana-manapun hasratnya bahkan mungkin tidak kesampaian. Hasilnya jadilah kita manusia yang mengenal Tuhannya dalam istilah yang gitu-gitu saja.

Saya telah membaca buku dari seberang, Catatan Harian Ahmad Wahib dan isinya sangat bagus sekali. Bahasanya pun indah, catatannya sangat jujur dan terbuka dalam beliau mempersoalkan tentang agama islam dan hukumnya. Di sini saya tidak jumpa lagi bahan-bahan yang rebel sebegitu. Membelek buku-buku keluaran orang kita, isinya bolak balik di situ juga, bila masanya kita akan ke sana?

Saya suka juga membaca buku-buku sastera Suhaimi Hj Muhammad atau Kemala(Datuk) seperti sajak ‘Ayn’namun isinya bagi saya hanya mengagungkan tinggi ilmu Tuhannya, nak kata seperti karya Iqbal tidak juga, Hamzah Fansuri jauh sekali. Kita masih suka duduk di alam angan-angan, mungkin. Kita tidak pernah bebas berbicara atau bebas terbang ke mana-mana kita suka. Oleh itu untuk apa kita di sini? Sekadar memuji dan memuja kehebatanNya tanpa kita mengenal dalam istilah yang lebih praktikal dan tidak ada elemen kepura-puraan.

Saya percaya pada wujudNya tanpa sebarang penafian. Untuk itu atas dasar kecintaan yang peratusnya mungkin hanya setakat yang saya mampu, saya mencariNya sehingga ke dalam diri. Selebihnya ia hanyalah sekadar permulaan cuma, kerana kita di sini bagi saya atau bagiNya juga sepatutnya lebih diajar untuk saling menghormati alam dan kejadian ini sejujurnya.

Hasilnya apabila saya melihat segala kejadian alam ini ianya tidak lebih hanya sekadar ujian dan mimpi kosong yang tidak membawa kita ke mana-manapun. Saya bersetuju juga dengan cerita-cerita dunia hari ini, malah tidak menafikan segala macam rentak dan tari, nafsu dan nafsi kerana kita memang sedang menari di pentas dunia ini mengikut rentak yang kita faham. Mereka bercerita tentang politik, saya turut merai dan memerhati sekadar yang termampu, cuma untuk di letak ke dalam folder akal saya tidaklah rasanya, namanya pun permainan jadi apa yang kita boleh expect sangatpun. Mereka bercerita tentang hukum agama dalam bentuk keseragaman yang formal, pun saya turut bersetuju walau nilai kejujurannya kita sendiri mampu menterjemahkannya, mungkin juga kerana kita ini lebih di didik untuk menilai rupa dan harta.

Entahlah, marilah kita terus membaca dan mengenal..yang mana kaca yang mana permata…


SELAMAT TAHUN BARU!

0 comments

Tahun baru adalah sekadar hari yang selalu kita rayakan mengikut cara kita masing-masing. Sepanjang tahun ini, saya melalui dan mengharungi musim yang pelbagai rasa suka dan dukanya. Kita harus gaulkan segalanya menjadi satu ramuan yang ikhlas untuk disajikan pada pencipta. Ikhlas itu suka dan dukalah. Mana ada hidup ini penuh dengan segala subjek sukacita je? Ha ha ha..Maknanya subjek duka itu pun sebenarnya lebih mendewasakan kita, menjadikan kita jenis manusia yang suka belajar untuk memajukan tahap akal kita dalam berfikir.

Sudah beberapa tahun saya memblog di sini. Dari tulisan yang merapu ikut suka saya saja sampailah saya mula berfikir bagaimana untuk menulis dengan lebih baik dari masa ke semasa dan diharap sama-sama kita mendapat sedikit bahan-bahan ilmiah untuk kita kongsikan bersama.

Untuk musim-musim muzik saya, saya sebenarnya masih belajar benda-benda baru dan juga lama. Tidak ada penghujungnya. Saat ini pun saya cuba untuk improvisekan teknik rhumba dan flamenco. Ianya sesuatu yang harus kita teruskan kerana jalan itu masih panjang. Mungkin berliku dan mungkin tidak. Apa ada hal pun…

Jika kita berminat dengan sesuatu itu, kita jangan give-up dan berbahagialah dengan apa yang kita lakukan di dunia ini. Pandangan jika ada sinisnya jangan kita hiraukan kerana hanya kita saja yang tahu apa yang kita mahu dalam hidup ini. Hidup ini tidaklah panjang tempohnya, maka apa yang kita mahu sebenarnya? Jika kita merasa cukup dengan apa yang kita ada mengikut ketentuanNya, saya rasa dunia ini sudah kita miliki walau bukan sepenuhnya, ia sudah memadai. Janganlah bandingkan nasib kita dengan nasib orang lain, itu tidak adil sebenarnya. Kita perlu lebih relaks dan dengar setiap detik jantung kita yang berdegup. Itu lebih baik dari kita suka mengambil tahu hal yang tak sepatutnya kita tahu mengikut faham kita.

Selamat tahun baru kepada pembaca blog pestajiwa. Berpestalah kita meraikan hidup ini kerana jiwa itu sebenarnya hanya sukakan kedamaian dan Dia tidak memerlukan apa-apapun, Dia let go kepada kita untuk menguruskan apa yang kita mahu dan suka.

Selamat Tahun Baru!

Trainspotting Video

The Passenger Lyrics:
I am the passenger
And I ride and I ride
I ride through the citys backside
I see the stars come out of the sky
Yeah, theyre bright in a hollow sky
You know it looks so good tonight
I am the passenger
I stay under glass
I look through my window so bright
I see the stars come out tonight
I see the bright and hollow sky
Over the citys a rip in the sky
And everything looks good tonight
Singin la la la la la-la-la la
La la la la la-la-la la
La la la la la-la-la la la-la
Get into the car
Well be the passenger
Well ride through the city tonight
See the citys ripped insides
Well see the bright and hollow sky
Well see the stars that shine so bright
The sky was made for us tonight
Oh the passenger
How how he rides
Oh the passenger
He rides and he rides
He looks through his window
What does he see?
He sees the bright and hollow sky
He see the stars come out tonight
He sees the citys ripped backsides
He sees the winding ocean drive
And everything was made for you and me
All of it was made for you and me
cause it just belongs to you and me
So lets take a ride and see whats mine
Singing…
Oh, the passenger
He rides and he rides
He sees things from under glass
He looks through his windows eye
He sees the things he knows are his
He sees the bright and hollow sky
He sees the city asleep at night
He sees the stars are out tonight
And all of it is yours and mine
And all of it is yours and mine
Oh, lets ride and ride and ride and ride…
Singing…


Menghormati Suasana dan Persekitaran

0 comments

Menghormati suasana dan persekitaran mungkin perkara yang terbaik yang mampu kita lakukan jika kita berjaya menangani dan menghadapinya dalam makna yang nyata tika ini.

Sudah lama saya tidak membuat persembahan di hotel 5 bintang. Baru-baru ini saya dijemput oleh seorang pemuzik hebat orang lama untuk membuat persembahan bersamanya di sebuah hotel. Saya sebenarnya seorang yang gagal dalam bab-bab disiplin. Yang itu saya terpaksa akui, maknanya saya masih selesa dengan gaya dan cara juga ideologi saya. Pun dengan bakat yang saya ada sepatutnya melayakkan saya untuk berada di sana. Tapi itulah – 7 tahun lepas saya pernah di jemput untuk membuat persembahan di hotel. Saya lakukan itu kerana duit sebenarnya. Jadi setelah bersetuju saya dengan kawan pemuzik saya kami pun ke sana, hotel Mandarin Oriental. Disiplinnya cukup mudah, kita perlu kelihatan seperti orang kaya. Pakai tie, baju dan seluar hitam. Rambut mesti disisir rapi, sesempurna malaikat kalau boleh. Tapi itulah juga, saya datang dengan rambut panjang yang diikat, seluar jeans hitam dan baju hitam yang tidak bergosok. Hasilnya kawan yang memperkenalkan saya kena hentam dengan bos sebab menjemput saya dan kawan saya pun hentam saya secukupnya. Adakah cukup dengan sekadar maaf? Syaratnya mudah, kita dibayar untuk menghiburkan tetamu yang kelihatannya datang dari golongan elitis, jika kita bersetuju dengan syarat dan pekerjaan, kita perlu mengikut cara mereka. Kesannya sejak dari malam itu saya tidak pernah dijemput lagi, mungkin sudah di blacklist oleh mana-mana ejen. Ha ha ha

Sehinggalah saya dijemput semula untuk perform pada malam krismas lalu. Saya pun beli baju hitam baru, kasut baru, tie baru, memang kemas sehingga ejen yang datang menyapa saya dengan mesra. Ha ha ha..

Saya respek kawan pemuzik yang perform dengan saya. Saya kenal brader tu sudah lama, sejak saya bekerja di Yamaha muzik lagi. Dia sudah berusia, mungkin awal 60an tapi masih steady dan gayanya sangat professional walau dalam poket duit kosong. Duit kosong kerana itu yang dia beritahu saya, dah 4 bulan dia tak ada job selepas 2 tahun perform di hotel Hilton dengan pemuzik dari Cuba. Brader ni sewaktu dia mengikat kontrak di Hilton selalu dia datang ke KL Sentral dan menyapa saya yang saban hari busking di situ. Setiap kali dia datang diberinya saya gula-gula dan perkara terbaik dalam hidupnya dari apa yang dia beritahu saya dia sudah 6 bulan berhenti minum alkohol. Selalu juga dia jemput saya untuk perform dengan dia, tapi timing tak kena selalu, saya selalu ada komitmen lain sehinggalah malam krismas lalu.

Inilah masalahnya. Saya dibesarkan dengan lagu-lagu yang mengajak manusia berfikir, sehingga kita juga menjadi sebahagian daripadanya. Apabila kita membesar ego kita selalu mengatakan kita betul tanpa mempedulikan apa orang lain fikir. Dan saya akui juga saya lebih selesa busking dengan cara saya sendiri dari bermain di hotel walau dalam masa yang sama saya juga bersetuju dengan syaratnya secara perlahan-lahan. Kita dalam suatu masa bukan hanya perlu sekadar bijak tapi harus bijaksana dalam menangani suasana.

Hasilnya semua orang bergembira malam itu. Kita hiburkan mereka-mereka yang mahu menari dan buangkan persoalan dengan lagu-lagu yang mereka suka. Manager hotel puas hati, ejen juga puas hati, para pengunjung yang datang makan menari keriangan, apa lagi? Ha ha ha…

Kadang-kadang kita ini macam lilin, menerangi hidup orang lain dalam masa yang sama kita semakin terbakar. Tapi inilah juga harga yang perlu kita bayar untuk itu.


Page 3 of 14212345102030...Last »