Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

CURI DAN MEREKA YANG GELANDANGAN

0 comments

Baru-baru ini beg saya yang mengandungi stok-stok buku STJ dan SYH serta beberapa buah buku keluaran Merpati Jingga telah dicuri orang. Saya pun tak tahu siapa yang mencurinya, mungkin pencuri itu fikir dalam beg saya itu ada wang.

Beg itu biasanya saya akan letakkan bersebelahan amplifier tempat saya busking.

Pun di KL Sentral setiap hari berlaku kes kecurian seperti ragut dan sebagainya. Banyak juga handphone yang berjenama dicuri di sekitar bangunan tersebut termasuklah di dalam surau wanita.

Sebelum ini kasut buruk saya yang saya letak diluar rumah pun habis dikebas juga. Bukannya ada value pun. Begitu juga dengan buku-buku saya.

Buku-buku saya bukannya punya nilai komersial seperti novel-novel Ramlee Awang Murshid contohnya.

Jika mereka mengambilnya bukan senang untuk dijualpun, paling tinggi mungkin pencuri itu akan membuang ke dalam tong sampah.

Apapun saya halalkan perbuatan mereka itu.

Hari ini ramai anak-anak muda yang menganggur terutamanya orang kita juga. Mereka bukannya nak kerja di pam minyak, Seven Eleven mahupun menjadi cleaner di mana-mana bangunan atau shopping complex. Ada di antara mereka mencari jalan mudah dengan mencuri. Mereka mencari jalan mudah untuk hidup senang. Pun tidaklah senang-senang juga.

Kita sibuk untuk membantu mangsa di Gaza dengan mengutip dana demi dana dalam bentuk ringgit dan sebagainya untuk dihantar ke sana. Pun bagi saya itu sudah menjadi trend di mana tujuan dan perbuatan baik itu kadang-kadang boleh dimanipulasi juga.

Biasanya itulah yang berlaku kerana atas alasan agama, segalanya mudah lolos masuk ke dalam ruang simpati dan hasilnya tetap berapa untung dan berapa ruginya. Hari ini semua kita berniaga dalam berbagai bentuk dan gaya, tidak kira apa pun asal ada untung.

Semalam sewaktu saya di Melaka sekumpulan anak-anak muda dengan berlilit selendang Gaza datang meminta donation untuk Gaza.

Saya katakan saya lebih suka jika mereka membantu golongan gelandangan yang tak punya rumah mahupun orang-orang miskin di
negara kita ini.

Jika kita datang berceramah tentang Gaza dan kejamnya Israel di hadapan sekumpulan orang miskin yang gelandangan, apa yang ada di dalam fikiran mereka ketika itu ?

Di KL Sentral saja jika kita lalu di luar bangunan itu sekitar pukul 12 ke atas kita akan lihat ramai golongan merempat dari berbagai bangsa yang tidur nyenyak bertilamkan kotak-kotak saja. Bantulah golongan ini.

Atau selepas jam 12 malam memandulah di sekitar kota dan lihatlah betapa ramainya orang susah di sana sini yang tak punya rumah untuk tidur.

Di Kuala Lumpur sewa rumah semakin mahal. Kos sara hidup semakin tinggi. Pendapatan masih di takuk lama. Rumah orang-orang kaya di bukit sana walau runtuh meranapkan harta benda, pun apa yang mereka ini hairankan sangat tentang kehilangan rumah terutamanya bagi golongan orang politik yang mana dengan ringgit yang melimpah ruah, apalah sangat nilai sebuah banglow yang berharga jutaan ringgit itu?

Pun begitu segala bukit selagi ada ruang habis di tarah oleh para pemaju yang rakus, yang hanya fikir duit, duit dan duit..boleh bawak ke mati ke ?


YANG OK DAN YANG BEBAL…

0 comments

Perkara yang saya lakukan, yang saya mahir adalah menghafal lagu dan lirik. Pun itu sudah menjadi kerjaya. Semenjak 2 menjak ini saya semakin malas berfikir tentang hal-hal rutin dalam kehidupan seharian apatah lagi untuk membelek handphone jenama yang canggih-canggih di zaman yang serba edan hari ini.

Oleh itulah saya masih menggunakan handphone jenama kokak atas sebab kebebalan saya sendiri yang tak mahu susah-suah fikir.

Pun kerana prinsip juga, bagi saya tidak perlu guna phone yang canggih-canggih sebab saya tak minat main game contohnya. Itu benda berat bagi saya.

Otak saya seluruhnya digunakan untuk fokus, makanya lain bab saya agak ketinggalan. Hatta hari ini saya punya masalah untuk membuka dan menutup saluran TV astro sekalipun. Untuk itu saya semakin kurang menonton.

Saya perlu meminta bantuan isteri dan anak saya untuk itu. Sudah 10 kali mereka mengajar saya, pun saya masih tak ingat caranya juga. Mungkin tidak fokus, begitulah…

Dunia hari ini serba canggih…jika kita masih tinggal di mukim itu, kita akan ketinggalan banyak hal.

Selagi tidak menyusahkan, bagi saya ok saja…ha ha ha


UNTUK HARI YANG SEMPURNA…

0 comments

Apabila kita ini namanya manusia, memang tidak akan sempurna, ada juga salah dan silap sana sini. Termasuklah diri saya

sendiri. Bila berkawan, kita perlu menilai kelemahan, kekurangan dan kelebihan diri kita seadanya. Apabila digaulkan segala

buruk baik perlakuan kita, itu kesempurnaan yang hakiki.

Sambil mendengar lagu kesukaan saya sepanjang masa, ‘Perfect Day’ dendangan Lou Reed…saya sentiasa merenung nilai dan

peradaban dalam ruang lingkup makna ‘Ketuhanan’dan saya menerima setiap kelemahan yang ada dalam diri setiap manusia itu

seadanya.

Dalam kamus Tuhan tidak ada buruk baik, yang ada cuma penilaian antara kita sesama kita. Pun untuk kita kembali kepadanya

itulah nilai keikhlasan yang ada dalam diri kita, siapa kita seadanya.

Saya percaya orang baik atau jahat masih juga akan berada dalam lingkungan rahman dan rahimnya. Cuma proses kita dalam

kehidupan ini itulah harga yang perlu kita bayar atas segala kelakuan kita di muka bumi ini.

Perkara yang terbaik jika kita ini manusia bagi saya, apabila kita berjaya menilik diri kita ini seadanya…
Selalulah ada percaya dan yakin untuk kita sampai dan faham akan setiap makna langkah kita ini…

Mungkin kita akan menadah tangan berdoa memohon itu ini kepada Tuhan, sedang setiap gerak laku dan niat kita ini sentiasa

dalam perhatiannya. Apabila kita melangkah keluar rumah untuk mencari rezeki, gerak itu datang dariNya jua. TanpaNya kita

kaku, hanya jasad semata…Maka itu pun masih dalam lingkungan makna doa…bukankah Dia itu maha mengerti?

Tidak ada apa, melainkan hanya watak belaka…jalankanlah watak kita ini seadanya…


Page 30 of 192« First...1020...2829303132...405060...Last »