Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

KASTA ORANG BERAGAMA

Comments Off on KASTA ORANG BERAGAMA

Kehidupan ini sentiasa sukar dan mencabar bagi golongan marhen. Kasta terbentuk dalam bentuk yang tidak pernah kita duga. Golongan bernasib baik sentiasa punya peluang untuk maju sementara golongan bawah agak sukar untuk bernafas kerana peluang biasanya ditutup dan tertutup.

Kita berbicara tentang kenyataan hidup. Golongan VIP dan anak anak-anak pak menteri itu sekolahnya di mana? Bukannya di sini walau mereka mengagungkan sistem pendidikan tahap negara ke tiga seperti negara kita ini. Mereka menghantar anak mereka ke sana, dengan segala kemudahan yang terbaik dan terbentuklah kasta walau kita ini se agama.

Kita menghantar anak kita ke klinik kerajaan jika sakit. Mereka hantar anak mereka ke klinik ekslusif walau mengidap selsema cuma, datanglah se dozen doktor pakar ke rumah yang berpagar elektif dan penuh bodyguard dan mereka pun sebiasanya akan berbicara tentang agama yang tidak memandang siapa kita dan apa peluang yang kita ada?

Inilah kenyataan hidup. Segalanya duit. Kita tidak punya pilihan jika tidak punya banyak duit. Gaji kita walau cukup untuk hidup seperti yang selalu mereka canangkan rakyat didahulukan…kenyataannya gaji para C.E.O mencecah angka yang tidak masuk di akal bagi sistem dan sifat sederhana orang yang beragama. Itu belum lagi gaji pak menteri yang pendapatan mereka di dalam dan di luar negara tidak pernah kita bayangkan.

Mereka tinggal di mana? Semudahnya mereka telah memiliki apa yang mereka mahu, segalanya penuh dengan kemewahan. Duit itu Semuanya datang dari kita yang dididik oleh mereka dengan sifat sederahana dan penuh tawaduk. Pun itupun terbentuk di dalam kasta orang yang punya agama.

Kita? Masih terkial-kial mencari dan menyimpan harta dengan harapan dapat membeli rumah kos rendah yang semakin sukar didapati. Mungkin sehingga mati kita akan hidup dengan angan-angan yang memang diperuntuk dan diajar untuk kita menerima ruang kesederhanaan seperti yang agama selalu ajarkan kepada kita. Kenyataannya?

Agama? Gunakanlah ia untuk dunia dan kepentingan…Jadikan duit itu Tuhan yang untuk semalam, hari ini dan selamanya…nescaya kita akan selamat dunia akhirat…


ANAK-ANAK KITA ZAMAN INI

0 comments

Saya ada bikin lagu judulnya ‘Hei Pak Abu’tahun 97 dulu. Ceritanya tentang Pak Abu yang punya anak yang sangat nakal dan buas. Sebenarnya lagu itu berdasarkan kisah benar tentang kawan sekolah junior saya 2 tahun.

Nakalnya kawan saya itu memang tak boleh kita duga. rumahnya bersebelahan dengan rumah kakak saya di kawasan perumahan di Bruas, Perak.

Antara benda bodoh yang dibuatnya ialah selak skirt pelajar berbangsa Cina di sekolah. Sudahnya kena rotan di perhimpunan. Di tambah pula bapaknya kena mengadap guru sekolah perihal akhlak anaknya itu.

ada sekali tu balik dari pasar malam dia membonceng basikal dengan saya duduk di belakangnya sambil mengejar seorang amoi yang jelas ketakutan sambil memecut sekuat hati. Apa yang dibuatnya? katanya pada Amoi itu” satu kali saja! satu kali saja amoi! ha ha ha

Itu cerita zaman budak-budak. Sepuluh tahun berlalu kawan saya itu berjaya menjadi seorang manusia yang berjaya. Nasibnya baik di terima bekerja di Proton sehingga mampu memakai kereta Waja. Itu tahun 91 dulu. Selepas itu saya tidak mendengar khabar cerita tentangnya sehinggalah ke hari ini.

Saya terpanggil untuk menulis tentang zaman sekolah bila hari ini saya baca di akhbar pasal budak sekolah umur 9 tahun dah jadi samseng. Adoi…

Dulu waktu hari pertama saya di sekolah darjah satu , dihantar oleh arwah bapak saya dengan basikal tuanya…saya dengar lagi apa yang diamanahkannya kepada cikgu untuk mengajar saya…” Cikgu boleh pukul anak saya …lainnya saya dah lupa apa yang dicakapnya”..

Hari ini budak sekolah semua nak jadi super hero. Mereka semakin berani dan cepat matang. Matang untuk jadi baik itu bagus, tapi kalau matang untuk jadi jahat itu tak baguslah…

Kita ibubapa sepatutnya lebih berperanan dalam mendidik anak-anak kita menjadi manusia yang punya rasa hormat antara sesama manusia. Tanpa rasa hormat nilai kita sangat rendah di sisi Tuhan sebenarnya.


DEMAM

0 comments

Semalam adalah hari demam se dunia. Dunia yang saya maksudkan adalah dalam diri kita sendiri. Dalam diri kita ini ada segalanya. Langit, bumi, sungai, matahari, bulan..segala yang nyata, ada di dalam batin kita.

Apabila demam, otak jadi lemah..suasana menjadi perlahan. Sehari suntuk tidur yang tak pernah lelap dek mimpi-mimpi yang mengacau dan mengusik minda. Segalanya lemau dan memualkan. Hisap rokok, rasa ubat.

Langit, bumi, sungai, matahari dan bulan pun tidak seindah sebiasanya. Dalaman kita berkabung dan bau ubat itu singgah di segenap pelusuk tubuh.

Makan pun tak ada rasa. Mandi pun sejuk sangat airnya. Tidur pun dalam keadaan yang bukan sebiasanya. Rutin hidup terhenti. Kita menjadi manusia yang senyap dan sunyi menunggu waktu untuk sembuh.

Apa lagi yang boleh kita ungkapkan jika kita demam?

Padahal bukannya selalu kita di uji sebegini. Saya pun tak ingat bila kali terakhir saya dilanda demam.

Apabila sihat, saya ucapkan terimakasih !

Cuaca kurang baik, kita mudah mendapat penyakit. Banyakkan minum air masak…


Page 35 of 193« First...102030...3334353637...405060...Last »