Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

NAFSU DAN NAFAS

0 comments

Saya percaya kepada kehidupan ini. Apa yang dipegang, apa yang dirasa. Masing-masing punya rasa, masing-masing punya selera.

Kita mungkin merasakan kita ini dekat, mungkin juga jauh.

Hal membawa kita ke arah duka mahupun suka. Hal itu adalah dunia. Dunia itu adalah cerita dan cerita itu adalah nafsu.

Nafsu hadir untuk para makhluk melengkapkan cerita tentang Tuhan dan kedudukannya.

Kita lahir ke dunia kerana Adam dan Hawa. Kita lahir ke dunia kerana nafsu. Tanpanya kita tidak ada cerita di dunia ini.

Nafsu untuk berbuat baik, nafsu untuk berbuat jahat, itu pilihan.

Kehendak adalah keinginan, juga datang dari semangat berserta nafsu juga.

Tidak ada daya melainkan dari kudratNya jua.

bernafaslah selagi masih di sini…


Yang ada hanyalah KITA

0 comments

Apabila Neil Amstrong pertama kali mendaratkan kaki ke bulan, ianya menjadi kebanggaan dan sejarah kepada kita para manusia. Saya rasa ada rasa bangga dalam diri beliau ketika itu tetapi itulah seperti katanya selepas kejayaan itu, yang maksudnya lebih kurang – betapa kerdilnya beliau ketika berada di alam semesta. Betapa kita manusia itu umpama huma sesama kita, tidak punya apa langsung melainkan nyawa untuk mensyukuri nikmat ‘hidup’ dan ‘Rasa’.

Apalah kegemilangan walau setinggi manapun kita ini jika dibandingkan dengan sifat dan kejadian alam dan pencipta. Sedang kita masih berakus-rakusan menghitung laba dan kuasa, mahu kemanakah kita dengan sifat yang tamak itu?

Apabila saya duduk melepak sambil menonton channel History yang bercerita tentang alam semesta yang maha luas tak bertepi itu, saya bayangkan si A sedang sibuk mengira-ngira hartanya yang dirasakannya tak pernah cukup itu, si B pula sedang memasang angan-angan untuk berkuasa seakan menjadi orang kanan Tuhan. Si C pula sibuk mahu berbunuh antara sesama sendiri demi kepentingan duniawi. Bukankah kita bila-bila masa boleh padam? Bukankah kita ini hanya berjalan di atas skrip ceritaNya?

Boleh saja jika watak kita itu penuh saja dengan sikap tamak dan haloba dek kerana lupanya kita tentang siapa kita. Cuma malang jika kita dalam keadaan yang begitu, sangat malang hidup sebagai manusia yang jenis begitu.

Semua kita ada itu nafsu, lenyapkanlah perlahan-lahan dan seimbangkan seadanya kerana itu bukanlah jawapan selama kita masih di sini.

Apalah kita ini jika dicampakkan kita di tengah cakrawala yang maha luas dan hebat itu. Mana hebat kita tika itu? Mana harta kita tika itu? Mana keluarga kita tika itu? Yang hanya ada ‘KITA.’

johann Sebastian Bach (1685 – 1750)

Orchestral Suite (Ouverture) No. 3 in D Major, mov. II – Air, BWV 1068

Composed by Johann Sebastian Bach in 1717, during his years in K├Âthen, Germany.


LAGU CINTA KETUHANAN

0 comments

Sedang saya nyanyikan lagu hit tahun 50an’Only You’ yang dipopularkan oleh kumpulan vokal dari Amerika, The Platters, seorang lelaki Cina usia awal 50an datang kepada saya yang dia sangat menyukai lagu tersebut. Katanya lagu itu baginya bukan untuk cinta sesama manusia, tapi Tuhan. Saya kata itu bergantung pada tahap kefahamannya. Usia menjadikan kita semakin matang dalam kefahaman.

Saya teringat akan lagu cinta yang popular Melayu tahun 1992, Fantasia musim cinta nyanyian Iwan Dangdut yang liriknya ditulis oleh A.Wahid Nasir. Lagu itu lagu cinta yang popular. di usia remaja dan untuk orang muda yang bercinta itu lagu cinta sesama manusia sesuai dengan kefahaman mereka. Tapi untuk yang berumur 30an ke atas jika mereka faham apa yang tersirat, itu lagu ketuhanan antara khalik dan pencipta. Saya faham tentang itu cuma itu mengikut tahap faham masing-masing.

Apapun saya hormat Iwan kerana hijrahnya bagi saya menarik dan konsisten. Juga DR Sam atau Azmil Mustaffa. Sebab ianya bukan sepatutnya menjadi satu trend atau culture shock. Lagu Fantasia Musim Cinta itu memang untuk Iwan dan proses hijrahnya.

Untuk saya juga lagu itu untuk Tuhan, bukan manusia..Banyak lagu-lagu ketuhanan yang popular ditulis oleh lyricist terkenal seperti Amin Shahab, M.Nasir atau J.S Kevin. Mereka faham apa yang ditulis atau mereka juga secara tidak langsung memanipulasi minda anak muda yang asyik bercinta. Itu kita katakan keseimbangan. Keseimbangan kerana mereka mahu jual lirik dan jika lagu itu popular mereka akan mendapat hasil yang lumayan juga kerana asasnya kita ini masih manusia dan sukakan kesenangan materi, level hanyalah sekadar level..ianya tidak bermakna apa-apa pun . Selagi kita bernafsu..kawan baik yang sangat kita perlukan adalah ringgit…ringgit ada dalam ketuhanan, politik, agama..apa saja…

Itu sebab bagi saya kecuali kalau jalan kita itu seperti Shekh Siti Jenar yang sanggup meninggalkan dunia dan materinya demi untuk proses penyatuan, itu saya salutlah tapi kalau setakat tulis lirik lagu ketuhanan itu biasa saja, kecuali kalau kita masih di tahap mengenal, itu tidak mengapalah kerana cinta itu hanyalah sekadar ‘musim dan kepentingan’.

Untuk saya secara peribadi antara lagu ketuhanan yang terbaik adalah lagu Anak Wayang yang liriknya ditulis oleh Sawong Jabo. Terbaik kerana ianya sudah melepasi tahap memuja dan rindu-dendam. Ianya nyata dan jelas apabila katanya, Mencintaimu adalah mencintai hidup juga ‘Airmata bukan lagi duka..’

Apabila kita faham yang kita ini adalah sebahagian dari kejadian, kita akan belajar bagaimana untuk meneutralkan rasa cinta itu. Apabila dua itu dikira masih DU A, ianya masih di tahap angan-angan. ianya sepatutnya SE..Dua menjadi satu masih lagi baharu sifatnya. Seperti lagu ‘ Seiring dan sejalan, seindah bunga di taman nyanyian Broery/Sharifah Aini. Ha ha ha

Boleh saja jika tidak bersetuju dengan pendapat saya. Makna dan opini hanya mengikut persepsi saya..jadi ianya terbuka

Saya sukakan lagu-lagu cinta lama dan liriknya seperti lagu Jangan adik angan-angan nyanyian P.Ramlee. Liriknya secara jelas bagi saya tentang hakikat dan pengertiannya.

* Siang tadi orang gila itu datang lagi kepada saya. Katanya’ Bang, saya O.K.U , boleh bagi duit sikit? Saya nak makan..Hari ini dia tidk berbaju dan hanya berseluar pendek..Saya pun hulurkan rm 2.. diambilnya duit itu sambil menadah tangan ke langit. 15 minit kemudian saya bertembung dengan orang gila itu sambil dikelilingi pihak polis.. Mungkin esok dia sudah tidak berkeliaran lagi di KL Sentral.


Page 38 of 193« First...102030...3637383940...506070...Last »