Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

SKRIP DAN CERITANYA

0 comments

Sedar tak sedar umur saya sudah menjangkau 45 tahun.Dalam meniti usia yang sebegini banyak sistem urat dalam badan yang sudah mengendur dan tidak seperti 20 tahun lalu. Memandu terlalu lama pun dah timbul bengkak-bengkak urat kaki. Selagi hidup kita raikanlah mana yang boleh dan termampu.

Dalam hal ehwal perjalanan pula penyatuan dan redha adalah subjek wajib untuk kita tuntut dan faham.Jika segala urusan semakin dipermudahkan itu sudah memadai. Perhubungan saya dengan Tuhan dan alam pun semakin baik, juga kurang merungut dan mengeluh.

Semalam ada orang gila bernyanyi berlagu bersama saya. Bila dia sampai dan ucapkan Assalamualaikum dalam nada yang tegang, saya sudah agak dia sudah masuk ke zon lain, mungkin tanpa kerelaannya. Siang tadi pun pemuda itu datang lagi seperti semalam cuma hari ini dia tunjukkan kad OKU dan kad pesakit mental.

Saya memandangnya dengan rasa sedih juga kerana badannya masih tegap dan sihat, banyak perkara yang perlu dilaluinya sesuai dengan fitrahnya manusia yang normal. Tapi itulah, kerja Tuhan bukannya kita boleh agak. Bila saya nyanyi lagu raya rasa gembiranya tidak terkira, bila nyanyi lagu orang putih frekuensinya agak tidak masuk dengan irama yang saya lagukan. Usai lagu, dia mengucapkan salam lagi dan lagi, sehingga 10 kali berulang-alik mengucapkan Assalamualaikum.

Tadi siang saya ke Low Yatt singgah makan roti canai di kedai mamak dengan isteri, pun melihat satu pasangan yang mungkin penagih dadah yang bekerja di situ sebagai pelayan. Pun saya agak ralat juga kerana mereka boleh memilih jalan yang lebih baik sesuai dengan fitrahnya manusia yang normal. Pun apa boleh buat juga, skrip dan kalendar takdir bukan kita yang tentukan.

Cuma itulah, kita diberi pilihan dan keinginan untuk memilih kiri atau kanan. Ke duanya pun penting juga disisiNya, kerana setiap sesuatu itu ada sebab musababnya. Saya melihat pasangan penagih itu mereka juga sedang meraikan takdir mereka walau dalam mood yang berbeza, itu pilihan mereka, apa yang boleh kita kata lagi?

Hidup ini kadang-kadang memang tidak memerlukan jawapan kerana apa yang dihidang itulah yang sedang kita hadap. Kita makan kerana lapar, sampai ke perut menjadi hampas juga. Sekurang-kurang kita masih merasakan nikmat hidup sebagai manusia yang serba lemah, itu sudah memadai. Begitu? Ha ha ha


SELAMAT HARI RAYA

0 comments

Selamat Hari Raya. Tadi saya dan isteri ke Masjid India jam 10 malam. Orang ramai bersesak-sesak sehingga nafas pun naik sesak. Tahun lepas pun malam raya saya ke sana juga. Saya tak suka sangat dengan kesesakan, tapi kalau nak rasa suasana raya di kuala Lumpur ni, eloklah ke sana. Kita boleh melihat pelbagai ragam manusia yang berjual-beli. Pendekata tidak ada ruang kosong langsung di Masjid India terutama di waktu perayaan. Terasa meriahnya suasana raya

Raya tahun ini biasa saja seperti di tahun-tahun lepas, tidak ada yang luarbiasanya. Cuma seronok meraikan anak-anak yang semakin membesar. Ini waktu mereka, waktu kita sudah berlalu.

Kita hidup ni ada masa di atas, ada masa turun. Gitulah mengikut putaran alam. Tahun ini agak menarik kerana nafas masih turun naik seperti biasa. Masih boleh bernyanyi dan berlagu mengikut irama alam yang berbagai.

Kawan-kawan pun ramai yang sudah semakin berjaya dalam apa jua kerjaya yang mereka ceburi. Itu bagus, kita perlu beri sokongan…Rezeki Tuhan bagi, masing-masing ada bahagiannya.

Ada yang sudah semakin terkenal, ada yang sudah semakin faham apa yang tersurat apa yang tersirat. Ada yang kembali menjadi pemuzik setelah sekian lama senyap dan pasif.

Kita perlu akui kita di sini demi ringgit, saya pun begitu juga…Jika berusaha, lambat laun akan ada jalannya juga.

Saya pun sudah menulis di portal online Malaysian Insider. Silalah ke sana untuk membaca tulisan-tulisan saya tentang muzik terutamanya.

Bila kita semakin faham, kita akan duduk di dalam kefahamanNya yang kita rasa selesa bermukim di dalamnya.

SELAMAT HARI RAYA DARI SAYA, ISTERI DAN ANAK-ANAK DAN TERIMAKASIH ATAS SOKONGAN .


KATA KITA, KATA MEREKA…SIAPA KITA, SIAPA MEREKA?

0 comments

Tadi siang saya baca cerita tentang golongan OKU di akhbar Sinar. Perihal kerenah birokrasi jabatan agama Islam yang dakwa mereka yang mewakili persatuan OKU tidak berlaku adil pada mereka. Saya agak tersentuh juga bila membaca masalah mereka yang OKU.

Bila OKU maknanya secara fizikal dan mentalnya tidak sempurnalah berbanding orang normal yang semuanya pun milik Tuhan juga. Secara fitrah demi kemanusiaannya yang normal wajib membantu yang tidak normal..itu fitrah. Itu sebab Tuhan jadikan manusia dalam berbagai rupa dan gaya..itu semua ujian kepada kita. Habis kalau jabatan agama yang menjaja nama Tuhan ke sana sini dengan kad kuasa yang mereka ada, terlalu mengikut akta yang mereka guna pakai tanpa nilai ehsan, memang payahlah…

Adakah mereka itu kisah akan keluhan golongan tersebut? Atau mereka( golongan OKU)hanya seperti anjing yang menyalak bukit?
Memang payah jika kita terlalu menjaja dan terlalu faham akan apa yang Tuhan mahu mengikut skop faham kita para manusia yang macam cerdik ini. Macam cerdik sebab diberi nafsu..bila nafsu yang kontrol maka nilai kemanusiaan itu biasanya hilanglah, yang tinggal cuma hukum yang akan diguna pakai mengikut kemahuan dan kepentingan sendiri.

Saya bukanlah berniat untuk mengkritik sangat tapi itulah yang selalu saya harapkan, berubahlah dan bertolak ansurlah demi kemanusiaan.

Apabila mereka mendapat bantuan dari pihak gereja atau badan NGO lain yang bagi saya pertolongan mereka lebih kepada ‘manusia untuk sesama manusia’tanpa mengira apa agama pun, adakah jabatan agama akan kisah? Tentu sekali mereka tak ada rasa malu dan bersalahpun sebab hukum dan kuasa masih di tangan mereka…

Kesannya? Bayangkan apabila anak-anak kecil yang dibantu oleh pihak gereja dengan penuh nilai kelembutan dan kasih sayang apabila mereka membesar..apa yang ada dalam pemikiran mereka? Adakah mereka akan tetap utuh dengan tali akidah yang mereka pegang sebab mereka dilahirkan sebagai umat islam? Adakah jabatan agama akan peduli tentang itu?

Orang kristian berdakwah dengan cara mengikut gaya dan fikiran kita, bukan mereka. Ulama kita berdakwah dengan cara mereka yang mereka rasa betul dan kita wajib ikut gaya mereka sebab cara faham mereka itu telah dipersetujui oleh para sunnah waljamaah…jadi kuasa memanglah di tangan mereka.

Saya kenal ramai pastor dan pendakwah kristian. Kebanyakan mereka punya nilai kemanusiaan yang tinggi dan penuh dengan nilai jujur. Mereka tidak pernah mempelawa saya untuk ke sana…Mereka menghormati siapa kita seadanya. Bagi kita mereka itu telah sedia kafir dan kita ini beruntung sebab dilahirkan sebagai orang islam?

Anak saya OKU juga, memang tak ada masa depan sebab akalnya tidak akan berfungsi dengan normal..Siapa yang menjadikan? Bukankah Tuhan juga yang menjadikan untuk ujian kepada saya? Saya faham tentang itu sebab saya mampu menerima buruk baik cerita takdir ini.

Satu hal yang jelas kerana kita ini tinggal di negara membangun maka jika mahu menghantar anak kita yang autisma ke sekolah khas NASUM misalnya, berapakah jumlah yang perlu dibayar..? Bukankah itu untuk golongan yang berada sahaja?

Alternatifnya maka pihak gomen pun asalkan ada sudahlah, maka disediakanlah sekolah khas yang semua golongan OKU akan berkumpul dan belajar di situ.

Bukankah jika ada peruntukan untuk satu badan yang boleh menguruskan tentang hal dan nasib budak autisma, ianya akan lebih bermakna bagi kami? Adakah mereka akan kisah? Atau suara kita ini hanya seperti angin lalu sahaja…?

INI BUKAN LAGU PROTES, HANYA BLUES UNTUK RAKYAT!


Page 39 of 193« First...102030...3738394041...506070...Last »