Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

HIDUP SEKADAR HIDUP SAJALAH!

0 comments

Orang rumah selalu berkata kepada saya – “Tuhan memang tak bagi ayah kaya sebab itu akan buat ayah lupa diri!”, ” Ye ke?”, tanya saya sambil membelek-belek cermin diri meneropong ke sudut yang paling dalam…

Saya sudah punya 10 album. Setiap album ada 10 lagu. Semua lagu saya cipta sendiri. Cuma lorong mungkin bersemak maka saya tidak dapat lolos sepenuhnya. Pun ada 2 buah buku hasil tulisan sendiri. Possible untuk menjadi kaya dengan menjadi singer-songwritter itu ada, cuma syaratnya tidak cukup, mungkin. Tapi yang pasti jiwa saya sangat kaya, pun mungkin juga. Ha ha ha…

Berkatalah kepada diri – Inilah silapnya belajar mengenal di waktu yang terlalu awal sehingga asyik duduk di dalam gelap dan gagal membezakan darjat kebendaan pilihan duniawi yang penuh glamour.

Jawabnya pula – Itu bukan mahu mu, itu mahu ku…Mahu mu memanglah yang itu..

Andai diberi pilihan dan ruang, mahukah engkau ke sana?

” Langkah kaki yang melangkah adalah langkahnya, apa daya kita untuk menghalangnya?”

Semalam waktu saya berlagu nyanyi, saya terpandang iras anak arwah P.Ramlee, Sazali keluar dari kaunter komuter sambil memegang kiri kanan tangan anak-anaknya melintas di depan saya sambil tersenyum melihat saya. Waktu itu saya menyanyikan lagu orang putih ‘only you’ dari The Platters maka saya hanya memandang beliau sambil mengganggukkan kepala..mulutnya mengikut lenggok lagu yang saya nyanyi. Mungkin ada darah seni juga dalam diri beliau.

Pun saya berfikir, walaupun nasibnya tidak secerah P.Ramlee di waktu zaman gemilangnya, saya percaya setiap kita punya alasan untuk merasai nikmat bahagia. Jika kita seorang tukang sapu, ada bahagianya juga. Jika kita ini buruh kontrak, pun ada juga bahagianya. Semua kita punya hak untuk merasai nikmat bahagia.

Jika takdir menyebelahi kita dalam bentuk kita ini sebagai manusia berjaya yang punya harta melimpah ruah, pun jika jiwa tidak bahagia, apalah gunanya? Kita berulang alik ke mekah saban tahun untuk cuba merasai itu bahagia, jika tidak kesampaian, apalah daya kita.

Dunia ini ada dua benda yang kita sangat percaya. Tuhan dan wang. Dengan ada wang yang banyak, anugerah yang paling baik adalah ianya mungkin akan menjadikan kita ini manusia yang tamak dan lupa sebab kita rasa dengan memiliki itu semua, semua kita boleh beli termasuklah Tuhan sekali. Maka kitapun jadilah seorang pembodek yang setia. Yang bab-bab untuk ke jalan Tuhan, umpamanya bab mengenal roh yang tidaklah glamour sebab tak ada pahala maka kitapun indah tak indahlah…sebab bila ianya tidak melibatkan nafsu maka kita rasa tak berbaloilah…Itu macam ka? Ha ha ha

Maka saya pun bersetujulah dengan pandangan orang rumah saya…bahawa saya ni hidup sekadar boleh hidup sajalah!

Karthago is a Hungarian rock band formed in 1979. They broke up in 1985, but in 2004 they came together again. It was one of the most successful Hungarian rock bands in the 1980s.

This song is about a 16-year old youth who died of a heart attack in the audience during a Karthago gig back in 1981 or 82.


TERLALU BAGUS PUN PAYAH JUGA!

0 comments

Saya rasa untuk hidup di dunia ni elok kalau kita jangan bagus sangat, sebab terlalu bagus kadang-kadang mungkin akan memasaalahkan kita. Paul Ponnudorai – Gitaris yang bagi saya sangat bagus dan bertaraf dunia telah meninggal dunia baru-baru ini di usia 51 tahun. Pertama kali saya menonton persembahan mendiang bersama grupnya ‘ Made in Malaysia’ tahun 1986 dulu di Pasar Seni. Mereka menyanyikan banyak lagu-lagu C.C.R

Bila saya fikir, level Paul takkan nak nyanyi lagu C.C.R…tapi memang tight saya tengok walau pun waktu itu Paul sudah famous dengan finger-picking stylenya yang memang complicated bagi saya.

Tetapi kenyataannya di sini bakat sehebat Paul tempatnya hanyalah di pub sebab masyarakat kita lebih suka pada petikan gitar Man Kidal walau gaya permainannya bagi saya tidak pernah berkembang dan di takuk lama. Seperkara orang kita limit kehebatannya hanya di sekitar muzik yang bermelodi yang stereotype seperti melodi sonata musim salju atau Am/Dm/G/C/F/Dm/E..dalam counting standard 4/4 yang ballad. Jika melodi ini di lagukan kebanyakan kita akan suka dan seronok.

Jika Paul muncul juga di tv mungkin tajuk rancangannya ‘satu jam bersama pemuzik luarbiasa’. Maknanya kalau terlebih bagus orang nak tengok bukan sebab bagusnya permainan si Paul tapi sebab luarbiasa petikannya. Maknanya juga ianya jadi tidak penting dan bila orang hairan maknanya dah jadi terlebih best maka tak bestlah jadinya. Ha ha ha

Teringat saya waktu jam session antara arwah Samad dan mendiang Paul di Planet Hollywood kalau tak salah suatu waktu dahulu semasa saya masih bekerja di Yamaha Music. Bayangkan setiap note si Paul penuh dengan kord-kord yang berselerak dalam mood blues manakala kasihan pula saya tengok arwah Samad yang agak terkial-kial dengan kord asas bluesnya.

Saya bercakap tentang hal kenyataan, bukanlah bermaksud menghina. Tapi kalau kita tengok orang kita atau manusia sejagat majoritinya memang suka yang gitu-gitu saja. Kenal Tuhan pun setakat gitu-gitu saja, kenal agama pun setakat gitu-gitu saja, kenal muzikpun setakat akademi fantasia saja atau program realiti lainnya yang di promote media perdana. Maknanya kalau nak lebih, boleh lebih tapi kita akan jadi syok sendirilah. Ha ha ha


ANTARA KITA DAN MEREKA…

0 comments

Untuk hidup dan demi meneruskan hidup, kita telah, sedang dan akan meneruskan siri-siri perjalanan yang kita namakan babak demi babak, sedih, duka, seronok, lara, riang…segalanya kita rasa, semuanya walaupun pahit perlu ditelan juga. Untuk sebuah kesimpulannya bagi semua babak yang telah kita mainkan, kita katakan semuanya menarik dan semuanya pelengkap untuk sebuah proses dalam menuju kesempurnaan.

Sehebat dan sejahat Abu Lahab sekalipun namanya tetap tertulis di dalam Al Quran. Se ego dan se sombong Firaun sekalipun namanya sehingga hari ini tetap diingati oleh sekian ramai makhluk di mukabumi ini. Mereka adalah pelengkap sebuah cerita dan antara watak penting di dunia ini. Untuk itu saya tidak akan menghukum setiap watak yang dijadikan kerana semuanya sudah tertulis untuk kita renungkan, cuma qada dan qadar itu benar belaka. Tanpa iblis mana mungkin Adam terhumban ke dunia menghabiskan sisa, memulakan siri-siri takdir yang sedih dan gembira?

Untuk itu juga bila saya menatap setiap watak yang kita baca dan tatap di sini mahupun di sana, semuanya saya anggap lakonan atau perlakuan yang benar bagi diri, mungkin untuk melindungi kelemahan diri, untuk mereka menjayakan skrip tidak kira mirip iblis mahupun malaikat, segalanya adalah perlu untuk untuk kita baca dan renungkan.

Untuk itu juga saya akan merasa lapang dada apabila melihat perlakuan diri mahupun sekeliling yang berbagai dalam menjayakan watak masing-masing mengikut kemahuan skrip dan cerita. Umpamanya kita tidak akan hairan jika melihat mereka akan bertaki mahupun memaki-hamun antara sesama untuk tempoh 2 jam contohnya dan kita tidak akan hairan juga apabila tiba waktu rehat mereka akan berpelukan sambil bergelak ketawa antara sesama mereka kerana tahu antara mereka hanyalah sekadar watak yang sedang bekerja. Maka untuk itu haruskan kita tanamkan kesumat, benci dan dendam ke dalam diri kita melihat lakonan mantap mereka itu? Alangkah ruginya jiwa kita kerana singgah ke situ untuk menyimpan benih kebencian belaka.

Pun jika kita faham akan cerita dan watak kita mahupun mereka, kita akan anggap ianya tak lebih sekadar lawak jenaka kehidupan seperti menonton program komedi ‘Karot Komedia’ jika ianya melucukan kita.

Qada dan Qadar itu benar! Berjalanlah dan rasailah nikmat suka duka hidup ini. Jatuh bangun kita adalah sebahagian dari kemahuanNya, untuk kita renungkan siapa kita ini sebenarnya. Kita boleh memilih untuk menjadi penonton, kita juga boleh memilih untuk menjadi pemain. Kita boleh menganggap kita ini hanya sekadar watak sampingan, kita juga boleh merasakan kita ini adalah watak yang penting. Jika kita faham apa sebenar yang dimahuNya, fahamlah kita bahawa setiap kita adalah watak-watak penting yang sedang menuju ke arahnya.


Page 42 of 193« First...102030...4041424344...506070...Last »