Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

APA ADA DALAM LAGU?

0 comments

Apabila pintu terbuka, kita pun masuk untuk singgah bermukim di dalamnya. Seperti katanya hidup ini hanya sebuah persinggahan, kita pun melangkah lagi dan seterusnyalah tanpa penyudah.

Cuba perhatikan lirik lagu penyanyi J.Mizan ini yang judulnya ‘Mencari kesayanganku’. Di penghujungnya si pengembara tak jumpa pun nama Cik Diana yang mempunyai gadis jelita itu. Tapi si pengembara tidak emosional, malah ucapkan terimakasih lagi. Ha ha ha

Juga mengingatkan saya tentang kitab Fariuddin Attar, Mushawarrah burung…segalanya berkisar tentang ‘mengenal diri’ dan pencarian yang sudahnya jawapan pada kebahagiaan itu hanyalah apabila kita membelek diri kita sendiri tanpa ada sebarang penafian lagi.

Ataupun cuba kita dengar lagu Datuk Ahmad Jais, judul lagunya ‘berikan ku sinarmu’ ..yang dalam salah satu rangkapnya berkata ‘ walau dah berjumpa tapi tak sekata’..dan lagi ‘ ku tetap bersabar hingga akhir zaman, walau bongkok tiga, kau pasti ku nantikan’. Cuma kalau dah bongkok tiga pun tak kenal lagi agak sedihlah juga…

Saya suka mengkaji lirik-lirik lagu lama..banyak yang berkias dan sangat misteri bahasa dan maksudnya. Mereka yang menulis itu bukan sebarangan orang…

Cumanya setiap maksud dalam lagu itu segalanya bergantung atas kefahaman kita sendiri untuk menilai maksud yang tersirat di dalamnya. Kebanyakannya lagu-lagu cintalah sebab kita di sinipun atas dasar cinta juga. Cinta yang abadi hanya pada diri dan pencipta. Cerita di dunia ini hanya sekadar di dunia sahaja. Di sini pentas untuk kita berkasih sayang sesuai dengan status kita sebagai khalifah di muka bumi Tuhan ini. Kita bertanggungjawab terhadap amanah yang sedang kita pikul ini.

Berbalik pada lagu-lagu lama…Dengarlah klasik nasional…di mana jua anda berada. Ha ha ha


APA ADA PADA HIDUP?

0 comments

Ilmu syariaat yang paling nyata dan benar adalah kehidupan ini dan kita sedang menjalaninya waktu demi waktu. Kita bergelumang dengan rencah dan berita yang kita suka mahupun sebaliknya. Kita menang dan adamasanya kita kalah dengan tuntutan dunia dan nafsu. Maka kita pun bersetuju bahawa kehidupan kita ini sudahpun dibentuk sedemikian rupa oleh sang pencipta. Tahap setuju kita bergantung pada tahap percaya dan redha kita pada ketentuanNya. Solid mahupun tidak, itulah persembahan kita yang seadanya.

Apa ada pada hidup? Selagi kita di sini, kita diberi nyawa untuk bernafas dan akal untuk berfikir. Nafsu pun terbentuk dan membuak buat kita menjadi insan yang mahu itu ini. Apabila ringgit berbicara kita kalah dan menjadi lemah dan untuk ringgit juga kita perlu mengejar ke sana-sini untuk mendapatkannya. Segalanya di modalkan untuk tujuan itu. Tuhan? Agama? Apa saja asal mendapat ringgit, ringgit dan ringgit juga kedudukan…Maka bila merasa kita ini sudah terperasan yang kita lebih cintakan duit dari Tuhan. kita pun bertarikatlah untuk seimbangkan antara kemahuan dan kecintaan setelah kita mendapat ringgit yang kita mahukan itu. Maka kita sering pula memanjatkan doa agar harta kita semakin melimpah ruah dan kita akan hidup seribu tahun lagi untuk membolehkan kita mendapat seberapa banyak ganjaran dan pahala kerana kita sangat menafi dan takutkan azab nerakaNya? Jujurkah kita dalam lakonan hidup ini untuk dipersembahkan kepadaNya?

Apakah yang akan kita rasa jika segala kebaikan yang di akal yang penuh kalkulatif ini kita serahkan dan dicampak pula kita ke neraka sebagai balasan? Apa pilihan yang kita ada? Segalanya penuh misteri kerana konsep kebaikan yang kita gambar dan standardkan bukan semesti itu lah pilihanNya. Apa yang di mahu sebenarnya?

Maka kita pun ke dalamlah lagi terjun ke lembah yang satu itu untuk mengkaji dan bercermin umpama sang pungguk merindukan bulan yang nampaknya indah tak indah sahaja..maklumlah bulan itu sudah se iya dan sekata dengan matahari, pasangannya.

Bertanyalah kita apa yang Dia mahu sebenarnya? KataNya dia hanya mahu Kita se’ada’Nya…

Semaksimum kesedihan itu jika kita terjemahkan dengan airmata dan luahan bisa membawa ke mati. Dan di waktu itu kita telah pun bersedia untuk ke sana sebenarnya. Kerana tanpa semangat, apalah kita ini.

In the night there is
A gentle voice of silence
So low and quiet
She´ll catch me ´cos I´ve been longing.

I want to walk in your park
Cos I´m alone,
I want to walk in your heart
Where are you? I don´t know …

I look around and see
The sunshine in the morning.
(Shadows in the night
Like angels by your side in the alley …)

On my journey I change the time,
Leave everything behind me.
(Shadows in the night
Like angels by your side in the alley …)

I want to walk in your park
Cos I´m alone,
I want to walk in your heart
Where are you? I don´t know …

Let me walk, let me walk in your heart!


FILEM KITA, WAJAH SIAPA SAJA…YANG PENTING UNTUNG

0 comments

Pertama kali saya menonton filem melayu yang judulnya Sri Mersing di tv pada waktu sekolah dulu di awal tahun 80an. Waktu itu saya tak berapa suka sangat kerana jiwa rebel dan tengah gila dengan falsafah rock n roll barat. Biasalah, anak muda melayu yang terkejut dengan musim-musim propaganda yang disusun rapi untuk kita menatap dan membelek dan kita akan bangga waktu itu jika semua lagu orang putih yang keras-keras itu kita hafal dan menjadi budaya kita pula. Ha ha ha

Musim berganti musim, hari ini pandangan pun semakin redup dan saya suka filem arahan (arwah) Salleh Ghani pada tahun 1961 itu. Tadi saya sempat menonton filem tersebut di tv. Banyak babak yang saya suka. Pertamanya lakonan para pelakon terutamanya Nordin Ahmad dan Shariff Medan. Mereka pelakon yang berjiwa dalam lakonan-lakonan mereka. Seperkara yang menarik juga tentang hal-hal lagu. Saya suka sewaktu adegan joget lambak dan dondang sayang. Untuk rujukan mengenai lagu-lagu melayu asli, kita atau anak-anak muda hari ini boleh menjadikan filem hebat itu sebagai rujukan. Semuanya tentang melayu ada di situ. Rindu-dendam, maruah, jiwa raga, dendam kesumat, lemah gemalai..semuanya ada di filem hebat itu.

Saya suka menonton filem melayu lama sewaktu era hitam-putih, terbitan Shaw Brothers mahu pun Cathay film production. Filem-filem atau tele-filem hari ini penuh dengan make up, kurang berjiwa, isinya stereotype, dialognya ucapan-ucapan yang sama dari satu filem ke satu filem. Seperkara lagi bagi saya kebanyakan para pelakon kita hari ini kurang aura dan soul. Jadi ghairah kita untuk menontonnya kuranglah…Selalunya bila saya buka tv terbitan astro bila ada cerita atau drama melayu, tengok je muka para pelakon mood terus hilang dan terus buka channel lain. Kebanyakan cerita boleh di agak plot dan jalan ceritanya, dari babak ke babak..kalau cerita hantu selalunya macam hantu ‘Ju on’lah..lebih baik saya tengok cerita melayu lama Pontianak dari Gua Musang. Ha ha ha

*Terimakasih kepada kawan-kawan yang telah membeli buku tulisan saya ‘ Sembang tepi Jalan’ dan Syurga Yang Hilang. Stok masih ada lagi…Kalau ada kesempatan dan duit, sambarlah dan baca untuk menambahkan pengetahuan sekurang-kurangnya…


Page 47 of 193« First...102030...4546474849...607080...Last »