Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

LAGI PERIHAL KESEIMBANGAN – BAB 2

0 comments

Mereka punya bakat. Kalau terus ke hadapan terlalu banyak ranjau dan duri. Ada dua simpang..Ke kiri atau kanan. Kiri halanya adalah cerita takdir semata yang sangatlah mencabar seperti cabaran di camel trophy laluannya. Satu lagi ke arah yang lurus dan sambil menyedut udara segar kitapun berjalan sambil memuji takdir dan ceritanya.

Mereka adalah sebahagian dari kawan-kawan yang punya bakat hebat dalam lukisan mahupun muzik. Bakat adalah kebolehan, anugerah yang tidak di miliki oleh semua orang. Agak ralat bilamana di sini mereka tidak punya arah, hala dan tuju. Di sini, di negara kita ini muzik dan lukisan nasib dan ceritanya lebih kurang sama..

Saya bertemu dengan salah seorang kawan lama saya sewaktu sesi rakaman album baru di Puchong Utama, studio milik seorang kawan juga. Saya kenal kawan lama saya ini sejak awal tahun 90an lagi. Beliau merupakan gitaris yang hebat dengan permainan gitar yang berbelit-belit, complex dan biasanya kita akan pening jika kita bukan seorang yang kaki muzik. Hebat kerana kebolehannya mendahului zaman dan harapannya tentulah jika sesuatu itu di usahakan dengan kerja keras, praktis 10 jam sehari paling kurang dan sebagainya, hasil atau pulangannya diharap akan berbaloilah kerana apa cerita atau subjek pun di penghujungnya adakah sesuatu yang kita lakukan itu akan mampu memberi jaminan masa depan. Maknanya adakah kita boleh buat duit dengan menjadi pemuzik walau sehebat manapun kita?

Akhirnya seperti biasa kawan saya ni sudah beralih arah dari seorang gitaris ke seorang technician untuk alat muzik, gitar terutamanya dan dia masih di kelilingi gitar setiap waktu. Mungkin itu sudah memadai dan atas kebagusannya dia masih mampu menyara keluarga dengan kerjanya itu.

Saya selalu menonton rancangan documentary . ceritanya pasal kelahiran bayi setiap minit dan bagaimana cara doktor dan pekerja mereka bekerja. Betapa professional dan cekapnya mereka berserta peralatan dan teknologi canggih walau hospital mereka itu subsidi dari kerajaan atau dalam ertikata yang lebih mudah, HKL kalau di negara kita. Kalau dengan kepakaran, layanan dan perlatan begitu kita terpaksa ke hospital swasta berbayarlah dan ianya tentulah melibatkan ringgit yang banyak. Apa boleh buat, di sini kalau kita tengok layanan-layanan para jururawat dan doktor pelatih bekerja pun kita tak confident, sudahlah begitu mungkin juga kita akan di anggap muka welfare kerana dalam otak mereka sesiapa yang datang ke sana bukanlah dari golongan yang berduit jadi apa pilihan yang kita ada? Maka sudahnya anak-anak kita yang nak keluarpun jadilah bahan-bahan eksperimen sepertimana yang pernah isteri saya alami sewaktu melahirkan anak ke dua 14 tahun dulu di HKL. Maki-makipun bukannya kita akan dapat apapun. Marahkan Tuhanpun jiwa kita yang akan merana nanti. Makanya kitapun terimalah seadanya cerita takdir kita yang tak best dan menarik.

Inilah masalahnya tinggal di negara membangun. Segalanya masih dan nampak baru nak bermula walau kita sudah merdeka sejak tahun 57 lagi.

Dalam dunia muzik dan hiburan pun begitu juga. Apa pilihan yang kita ada? Kita bagus mungkin di kalangan kawan kita. Berapa orang kawan kita itu? 100? 1000? atau sejuta? Dan cerita ini menuntut sesuatu yang lebih praktikal seperti jika kita ada 10,000 fanpage maknanya peminatlah. Adakah mereka itu akan membeli hasil kerja kita atau setakat like saja? Kalau setakat nak meramaikan peminat tapi album tak laku atau ringtone tidak dapat menarik para peminat mendownload lagu kita pun susah juga nak cari makan.

Sebab utamanya bagi saya, cabang kesenian di sini masih baru nak berkembang. Itu sebab jika seorang gitaris itu bikin album solo, memang 98 % tidak akan laku di pasaran walaupun dressing berambu-ramba seperti Malmsteen. Sebabnya di sini orang kita suka yang gitu-gitu saja. Dan industri juga suka jika artis mereka gitu-gitu saja. dan kalau boleh mereka suka jika artis mereka itu dari kalangan yang kurang cerdik dalam berfikir secara kreatif. Cerdik akademik itu sudah mencukupi sebab pendengar akan suka jika penyanyi pujaan mereka itu graduan dan punya ijazah undang-undang seperti allahyarham Sudirman.

Teringat saya tentang cerita filem tamil yang saya tonton beberapa tahun yang lepas. Ceritanya pasal seorang pemuda yang sudah berkahwin dan punya dua orang anak memilih untuk menjadi sami dan perubahan 360 % nya itu dari seorang yang kaki mabuk, judi dan sebagainya kepada seorang yang bertaraf ulamak bukan setakat bikin ahli keluarga dan isterinya pening, bahkan dirinya pun pening di pertengahan jalan dan alasan isterinya, dia hanya mahu perubahan suaminya dalam progres yang sederhana. Maknanya kalau dalam islam itu kita buat setakat yang di tuntut syriaat itu sudah mencukupi. Sembahyang lima waktu, puasa di bulan ramadhan, pergi haji kalau mampu. Contohnya begitulah dan kalau lebih dari itu dikhuatiri akan mendatangkan kemudaratan pada jiwa yang akan membawa lara.

Jadi semua cerita yang saya tulis di atas ni memang berkaitan…saya rasalah…Apa pilihan yang kita ada? Ha ha ha


LAGI PERIHAL KESEIMBANGAN

0 comments

Lagu melayu – Kebanyakan Orang melayu suka lagu melayu. Bila sebut lagu melayu irama yang paling menangkap zaman datang dari berbagai era..50an, 60an, 70an, 80an dan 90an dan muzik masa kini.

Kalau saya menyanyi lagu 50an, tak banyak orang respon..lagu 60an, pun tak ramai juga..70an pun gitu juga…tapi bila saya nyanyi lagu rock kapak dari kumpulan Iklim contohnya..memang ramai orang suka..tua dan muda. Itulah kenyataannya. Kesan ‘rock kapak’ memang nyatanya melekat di hati anak-anak muda di tahun 80an dan 90an dulu.

Lagu-lagu sentimental rock ballad melayu memang ada tarikannya. Melodinya balik-balik gitu je..irama asal dari asas muzik klasikal yang sedih dan kemelayuan, bila dimasukkan elemen distortion dalam gitar elektrik, maka jadilah muziknya slow rock atau rock kapak sebab imej rock dan lirik-lirik lagu sebegini memang berelemenkan lirik cinta yang lemah dan gemalai. Tapi kenyataannya itulah lagu-lagu yang boleh buat duit.

Saya faham banyak lirik cinta ada yang berunsurkan ketuhanan seperti lirik-lirik hasil tulisan Amin Shahab. Sejauh mana dia seiring dan sekata dengan apa yang ditulisnya itu saya tak kisah sangat tapi susunan bahasanya agak menarik dan kefahaman tentang apa yang ditulisnya kita boleh tahu. Saya telah dibiasakan untuk menilai isi dari kulit atau afaal jadi lirik-lirik seperti ‘kekasih awal akhir’dan Suci dalam debu itu memang berkualiti dan kena dengan melodinya..

Saya kenal baik beberapa orang penulis lagu dan lirik popular tanahair kita seperti Adinda Amiro dan Syed Amran. Adinda Amiro banyak menulis lagu hits untuk kumpulan Iklim dan banyak juga duit royalti yang di raihnya terutama pada zaman rock kapak dulu. Orangnya sangat sederhana, cool dan matang. Dan yang paling penting dia faham dengan kehidupannya..

Bukan senang nak bikin lagu ‘killer song’ walau melodinya seakan sama saja..Saya akui itu..

Dulu saya agak pandang sebelah mata juga muzik yang sebegitu tapi masa berjalan dan kita perlu bijaksana dalam banyak hal…dalam menilai juga menterjemah makna ‘nikmat’ yang sebenarnya.

Tadi saya bersembang dengan rakan busking, Syed Amran dan banyak juga yang kami sembangkan terutamanya dalam bab-bab komersial. Bila kita fikir kita menyanyi untuk apa sebenarnya, kita akan lebih faham yang kita ini bukan syok sendiri.

Dulu saya hafal kebanyakan lagu-lagu Ebiet terutama lagu-lagunya yang rare namun kalau kenyataannya lagu ‘berita kepada kawan’ juga yang diingati dan melekat di minda pendengar, kita perlu meraikannya …Dan itulah yang saya lakukan..

Saya suka jika kita bersikap rasional dan proffessional dalam banyak hal.


Menulis dan Buku Baru

0 comments

Apabila saya membelek-belek tulisan lama saya dalam kolum saya ‘sembang tepi jalan’ yang akan di buku dan di edarkan oleh syarikat Merpati Jingga milik Faisal Mustaffa, ada yang saya bersetuju dan ada juga yang saya nak ketawa dengan apa yang saya tulis. Saya percaya itulah proses dalam menuju kesempurnaan dan itu tetap menjadi subjek yang penting untuk saya tatap dan amati. Di waktu itu selalunya saya menulis hanya dengan sekali jalan dan sebahagiannya adalah imaginasi dan pendapat saya dalam sesuatu isu. Ianya mungkin betul, mungkin ada emosi dan mungkin juga ada rasionalnya.

Apapun saya berterimakasih pada Dome Nikong yang membuka jalan dan ruang untuk saya menulis walaupun cara saya menulis waktu itu( 2004 ) agak merapu dan lintang pukang. Yang saya percaya artikel-artikel saya waktu itu ada ‘rugged’ juga walau tak lah sehebat novelis atau cerpenis terkenal.

Sembang tepi jalan – Syorga Yang Hilang yang akan di lancarkan pada 31hb mac ini di Gravy Baby Musicafe, Seksyen 13, Pj adalah sebahagian dari siri-siri artikel lama saya dan ‘syorga Yang Hilang’ pula adalah novel imaginasi saya tentang perjalanan hidup seorang ‘free-thinker’. Dalam cerita yang saya karang itu adalah watak baik dan sebaliknya. Apa yang penting proses dalam menuju kesempurnaan seorang insan telah dilalui oleh watak utama dalam novel tersebut iaitu Adam. Dan saya sukakan elemen mistik keugamaan yang meletakkan iman itu sebagai kunci bagi segala gerak dan kebahagiaan.

Di sini saya ucapkan terimakasih juga kepada Faisal Mustaffa yang bersungguh mengedit dan punya kepercayaan terhadap buku saya itu walau lama saya peram walau sudah di edit. Saya akui saya hanya punya dua tangan dan tidak semua benda saya boleh lakukan sendiri dan akhirnya saya bersetuju untuk buku sembang tepi jalan-syorgag yang hilang ini di terbitkan.

Space – Seperti yang selalu saya sembang-sembangkan dengan kawan saya dalam lawak tapi serius juga adalah cerita-cerita yang surreal, yang tak nyata tapi nyata. Dan subjek itu memang menarik minat saya sehingga ke hari ini. Saya salut kepada mereka yang berada di antara ruang dan masa dan saya percaya mereka adalah sebahagian dari kejadian yang maha sempurna milik Tuhan yang abadi.

Jika ada kelapangan, sila datang ke sana untuk pelancaran buku saya itu dan ada juga persembahan muzik saya dengan lagu-lagu baru yang belum di terbitkan antara judulnya ‘ Blues Aminah nako kaca ‘ dan lain-lain lagi.

Hidup di dunia ini bagai satu perlumbaan
Ada yang menang ada yang kalah
Yang kalah kan tenggelam di dalam jurang sengsara
Yang menang pula menjadi raja
Tak kira mengira cara apa
Berlari dan berlari terus berlari

Ternyata dan jelas yang lebih kuat akan menang
Yang lemah pula kan keciciran
Hati yang pada yang menang ialah ikhlas dan kehormatan
Walau ini hanyalah khayalan

Apa saja yang dikejar kejarkan
Ini paling harus dia mengerti
Jangan sampai sesat haluan nanti
Memang benar diri kita mesti menang
Tapi apa yang dipertarungkan
Jangan sampai menyesal di kemudian hari

Hasrat semua manusia tiada banyak bezanya
Semuanya ingin menang saja
Tak kira terpijak kaki lawannya tak kira
Kerana di hati iri masih ada

Apa saja yang dikejar kejarkan
Ini paling harus dia mengerti
Jangan sampai sesat haluan nanti
Memang benar diri kita mesti menang
Tapi apa yang dipertarungkan
Jangan sampai menyesal di kemudian hari


Page 51 of 193« First...102030...4950515253...607080...Last »