Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

MENJENGUK SEMALAM

0 comments

Sewaktu saya di zaman persekolahan dulu, waktu itu selepas habis exam akhir tahun tingkatan 4, saya selalu melepak dengan kawan-kawan sebaya di kawasan rumah rumah teres kos rendah di tempat kelahiran saya, Bruas, Perak sana. Ada seorang senior saya yang kami panggil dia Yob, memang rockers brader ni. Saya memang respek habislah sebab Yob ni sudah tinggal di Ipoh, jadi sekali-sekala dia balik ke Bruas. Apa yang menarik tentang Yob ni, imejnya sebagai rockers yang rugged. Ipoh waktu itu pusat muzik yang paling ‘happening’. Jadi Yob ni banyaklah dia tahu pasal muzik rock dan yang sewaktu dengannya. Dia juga tempat saya bertanya tentang hal-hal muzik dan band-band rock barat terutamanya. Kadang-kadang bila dia balik Bruas dibawanya video rock kumpulan Balck Sabbath, Ozzy Osbourne, Paul Mc’Cartney and Wings dan banyak lagilah. Dan sama-sama kami akan menonton persembahan video itu di rumah seorang kawan yang punya video player. Waktu itu hanya golongan yang mampulah yang dapat memiliki video player.

Seperkara sebenarnya saya teringat akan lagu pop 80an dari kumpulan ‘Kalibers’. Si Yob ni sewaktu kami melepak, dia menyanyikan lagu tersebut dan ianya berkesan di hati saya, bukan sebab nyanyiannya sedap tapi karakter ‘cool’nya sewaktu menyanyikan lagu itu. Ha ha ha
Yob ni dia tua 3 tahun dari saya sebenarnya. Walaupun giginya banyak yang rosak, tapi dia pandai bergaya. Sayang usianya tidak lama, mungkin dalam usia 30an saya rasa, dia telah meninggal dunia.

Saya masih suka menyanyikan lagu-lagu 70an dan 80an sewaktu busking atau jika ada function di mana-mana. Pertamanya kerana ianya msaih disukai ramai orang dan ‘evergreen’. Lagu-lagu baru ni sedapnya sekejap sahaja dan ianya bagi saya hanya sekadar musim. Bila ber’busking’selalunya saya menyanyikan lagu-lagu yang disukai orang ramai je, biasanyalah..Setiap lagu yang kita nyanyikan kadang-kadang ianya akan membawa kenangan pada orang yang mendengar, mungkin mereka membesar dengan lagu yang kita nyanyikan itu. Minggu lepas seorang kakak dengan anaknya menangis bila saya menyanyikan lagu orang putih, ‘leaving on a jet plane’ nyanyian John Denver. Lagu itu lagu lama. Kakak itu sebelumnya berdiri di satu sudut dari jarak 10 meter, kemudian bila habis saya nyanyikan lagu itu,dia datang kepada saya dan mintak saya nyanyikan lagi sekali. Saya rasa lagu itu begitu berkesan di jiwanya, sehinggakan sedih sangat dia saya tengok. Sama juga bila saya teringat akan lagu ‘kalaulah’ nyanyian kumpulan Kalibers ni. Lirik lagu pun bagus dan saya suka melodi dan senikatanya.

Banyak kawan-kawan saya sudah meninggal dunia, yang jauh mahupun dekat. Waktu juga semakin cepat berlalu. Kita ni tak tahu lagi macamana kesudahannya…


FITRAH ALAM

0 comments

Sejak kita dilahirkan ke mukabumi Tuhan, secara fitrahnya watak kita mula terbentuk mengikut acuan yang kita bawa, faham dan berasa selesa dengannya. Mungkin haluan kita ke kiri, mahupun kanan. Mungkin antara sesama kita ada dosa dan pahala, atau mungkin kita bersalah dan dihukum akan kesalahan kita. Itu kita wajib percaya akan hukum qada dan qadar. Menerima apa yang diperuntukkan untuk kita itu ‘redha’ dan sangat dituntut agama.

Saya berkunjung ke perpustakaan baru-baru ini membawa anak-anak membaca dan menyewa buku. Terjumpa pula sebuah buku berjudul ‘ Siddharta’ karya Herman Hesse. Menariknya ianya diterjemahkan ke bahasa malaysia. Pada mulanya saya fikir ianya cerita tentang Gautama Buddha, rupanya tentang watak ‘protagonist’Siddharta yang melalui proses soul searchingnya dalam bentuk yang sangat menarik dan indah. Bermula dari keluarga ‘Brahmin’, beliau menjadi golongan ‘samana’ atau ‘Ascetics’ untuk sekian lama sehinggalah akhirnya beliau bereksperimen dalam bab-bab nafsu duniawi yang mana akhirnya segala harta, arak, perempuan dan judi semuanya sudah di miliki dan kuasai. Sama juga bila jika ke tengok movie Scarface lakonan Al-Pacino. Setelah segala-galanya nafsu dunia ini sudah kita miliki, apa lagi yang tinggal?

Akhirnya beliau kembali menjadi golongan samana dan apa yang menariknya bagi saya tentang buku ini adalah apa selepas ajaran Buddha? Adakah mereka menemui nirvana atau kedamaian abadi dalam proses mereka untuk menjadi Budhha?

Kadang-kadang kita perlu mengambil masa yang sangat lama untuk mencapai tahap redha, zuhud atau nirvana. Ianya bukanlah sekadar teori atau amalan semata. Di sekeliling kita adalah ujiannya. Siddharta terjun bergemulang dengan dosa dan pahala dan ia melepasinya. Sudah tentulah dia berpengalaman. Saya tidak dapat merasai apa rasanya hidup sebagai penagih dadah kerana saya bukan penagih. Jadi saya hanya boleh memahami sekadar yang mampu. Saya cuba untuk masuk ke dalam dunia anak saya yang mengidap ‘Autisma’ dan cuba untuk menjadi dia tapi saya hanya boleh memahami dunianya kerana saya seorang manusia yang normal walau ada senget juga. Saya cuma mahir tentang dunia yang saya faham, muzik saya dan keluarga saya.

Kita adalah pembawa watak di dunia ini. Di hadapan kita ada sekian banyak watak yang kita anggap panorama yang menarik untuk kita belajar dan faham.


EGOIS

0 comments

Apabila berbicara tentang tentang subjek keegoan, kebanyakan kita perlu ada ego sebenarnya. Ego adalah diri kita. Bersembang dengan kawan saya semalam tentang hal ‘ego’, kita bersetuju bahawa kita memang egois..Adakah berdosa jika kita ada sifat itu? Ego bukan sombong, bongkak atau hal-hal yang tidak baik yang ada dalam diri kita.

Kita berbicara tentang hal kita secara personal misalnya..Saya contohnya..Saya akui saya memang egois, Saya ada ‘code’ saya yang saya selalu berasa selesa tentang apa yang saya tahu dan apa yang saya mahu. Tentang hal muzik, saya akui ‘ego’ saya sangat tinggi, bukan kerana saya banyak tahu cuma mungkin saya telah lama tinggal diam di dalamnya. Apa yang penting untuk saya ingat hanyalah yang penting sahaja untuk diingat, selainnya tidak ada kerana saya tak nak beratkan kepala tentang hal-hal yang kurang penting. Sebagai contohnya, ada orang bertanya saya tentang ‘Yuna’ atau penyanyi perempuan lain yang bernyanyi sambil main gitar dengan kord jazz cerdik tapi tak cerdik. . Saya katakan mereka tidak ada dalam list pemikiran saya, jadi saya tidak ambil tahu. Untuk lebih lanjut, saya bertanya apa yang ada dalam lagunya? Apa lagu dia yang menarik sangat? Untuk jadi Norah Jones? Edie Brickel? Atau penyanyi barat perempuan yang skema lenggok gaya nyanyinya? Selainnya jika sampah, lebih baik kita jangan bual atau bangkitkan. Tentang hal kemasyuran dan sukses saya boleh katakan majoriti masyarakat atau media kita kurang faham tentang muzik, jadi setakat cerita pop yang stereotype, apa yang menariknya?

Seperti yang selalu saya katakan, saya lebih salut busker bernama Wahid suatu masa dulu di tahun 80an dulu walau beliau rabak dan dianggap sampah oleh masyarakat, dari saya menilai mana-mana penyanyi pop yang popular masa kini atau dulu atau yang akan datang. Selalunya begitulah, kerana para egois mereka akan selalu ego untuk kesejahteraan dan suka bermain dan mengusik jiwa dengan cerita-cerita lucu yang tak berkesudahan. Ha ha ha

Itu tentang hal sikap saya yang kurang baik, jadi saya akui walaupun saya selalu bersetuju dengan apa yang saya faham.

Saya masih lagi percaya pada code Lennon dalam lagunya ‘ Strawberry field forever’ ..’living is easy with eyes close, misunderstanding all you see’, atau ‘ nothing’s gonna change my world’..

Sebagai seorang ketua keluarga, saya cukup sukses walau bukan dari segi material. Walau hidup dalam kadar yang sederhana, saya bangga dapat menyara keluarga dengan hasil muzik saya. Saya mampu memberikan mereka kehidupan walau tidaklah mewah, namun saya cukup bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan kepada saya, itu nikmat kebahagiaan yang paling nyata yang saya miliki. Cukup bulan saya seperti orang lain akan bayar sewa rumah, api, air dan bil-bil lain..Isteri saya tidak bekerja saya mula kami kawin sehinggalah ke hari ini. Pun rezeki itu ada, selagi kita percaya Tuhan itu ada..bagi sayalah..

Saya juga tidak pernah ada rasa rendah diri walau pakai hand-phone kokak cap ayam, atau naik motor buruk ke sana-sini, menyanyi di jalanan atau sebagainya..Adakah berdosa jika saya masih menggunakan handphone kokak? atau naik motor buruk itu berdosa juga?

Kita perlu ada yakin tentang apa yang kita ada dan miliki…kerana kehidupan ini adalah sebagaimana yang kita lihat dan faham. Jika di takdirkan semua penduduk bumi dipindahkan ke planet’marikh’ dan di saat itu semua kita adalah setaraf, tidak ada miskin kaya..Apa yang menariknya hidup ini?

Bak kata Doel Sumbang dalam lagunya, ‘ aku memang egois’..Ha ha ha…


Page 60 of 193« First...102030...5859606162...708090...Last »