Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

SEMANGAT

0 comments

Baru-baru ini saya berjumpa dengan seorang kawan yang dalam perancangan untuk menerbitkan sebuah filem pendek. Selepas sibuk dengan shooting dan proses memasukkan bunyi sountrack, dia senyap dan sunyi. Katanya dia tak ada ‘mood’. Selepas dua bulan dia masih belum edit lagi, nak tunggu mood mari, katanya..Ha ha ha..Mood ni kalau dalam bahasa melayunya semangat. Saya bersetuju denga bab mood atau semangat ni. Mood bukanlah sesuatu yang statik. Ianya berubah-ubah. Saya katakan kepadanya kita samada ada mood atau tak ada mood, kena adakan mood itu juga. Seperti bara, perlu terus menyala, jangan sampai ianya padam.

Itu sesuatu yang sukar sebenarnya. Melalui pengalaman, bagi saya kita kena anggap mood itu seperti tanggungjawab. Seperti busking contohnya. Kita kena ada mood yang berterusan. Tidak dinafikan kadang-kadang mood itu ok dan kadang-kadang ko. Kita perlu teruskan dengan apa yang kita suka buat. Umpamanya kawan saya ni tadi suka berkarya dan punya cita-cita tinggi dalam bidang pengarahan. Kita kena anggap produk atau hasil kerja kita itu sesuatu yang berharga untuk kita, seperti anak kita sendiri. Ni kalau kita dah tak ada mood, payahlah..Ha ha ha..

Inilah cabarannya jika kita berkarya melalui konsep D.I.Y atau indipendent..Kalau maintreams itu tak ada cabaran sangat sebenarnya. Sebab selepas album siap biasanya bab-bab promosi dan marketing bukan kita yang uruskan. Tapi kalau indie, kitalah yang kena buat cara kita sendiri. Saya bernasib baik kerana setiap album saya mendapat kritik yang baik di akhbar inggeris khususnya. Maknanya setiap produk yang kita hasilkan mendapat penghargaan, itu sudah mencukupi..maknanya juga ada pendengarlah walau dalam jumlah yang minoriti.

Semangat. Bagi saya tempoh musim busking saya yang paling real, itulah sewaktu saya menjadi pemuzik jalanan sepenuh masa pada tahun 2004 dulu. Daripada ada mood sampailah tak ada mood. Bila sesuatu yang kita suka buat itu kita kena lakukan hari-hari ianya kadang menjadi beban dan tanggungjawab pulak. Itu kita dah tak bercerita pasal mood dah. Kalau nak ikutkan mood, alamat dapur rumah tak berasaplah. Ha ha ha . waktu itu juga kita fikir pasal nak teruskan hidup, pasal nak sara keluaga dengan melakukan apa yang kita suka buat. Ianya bukan semudah yang kita rancangkan sebenarnya. Tapi itulah cabarannya, dan itulah musim yang paling berharga selepas kita berjaya melepasinya..

Saya suka dengan attitude rakan busking saya, Nan Blues. Beliau bagi saya seorang busker yang berdedikasi dan jujur dengan apa yang dibuatnya. Kita sama-sama mencintai muzik sebenarnya. Kita buat apa yang kita suka buat walaupun di jalanan. Penerimaan masyarakat adalah penghargaan dan kepuasan. Nan Blues ni jika kita tengok dia busking, kita akan nampak dia memang suka dengan apa yang dia lakukan, apabila bermusik dan bernyanyi, nampak dia enjoy menyanyi dan menghiburkan khalayak ditambah dengan kebolehannya dalam menghafal lirik-lirik lagu yang panjang tanpa melihat kertas lirik. Umpamanya lagu ‘American Pie'( Don McClean) atau lagu ‘like a rolling stone’. Ha ha ha

Saya pulak mood tak menentu, kadang ada masa mood best, ada masa rasa boring juga..itulah..Enam bulan berehat dari dunia busking, habis lupa lirik-lirik lagu yang ada dalam kepala, ni tengah refreshkan balik…Kita ni terlalu memanjakan diri kita sebenarnya..

Enam bulan menyepi dari dunia busking, nasib baik semangat itu masih ada. Umpama bara, masih menyala..Kalau padam terus, habislah..

Musim ini berbeza dari musim yang sebelumnya. Hari ini orang dah kenal kita, kerana kita agak lama dalam scene busking, cabarannya agak kurang sebenarnya. Sayapun ada sejumlah album sejak berkarya tahun 2001 dulu. Saya suka jika kita produktif, itu maknanya kita sentiasa bersemangat. Hidup ni kena ada semangat.

Umpama sesuatu yang kita sayang, contohnya keluarga kita. Kita perlu sentiasa menyayangi dan hargai apa yang kita sedang miliki. Itu kita katakan dalam konteks kasih-sayang. Iblis itu kita boleh kata subjek yang negatif yang memang suka jika kita lemah dan tidak bersemangat. Jika kita bersemangat untuk bermuzik, buat betul-betul mengikut cara kita, itu sesuatu yang baik.

Cabaran itu perlu ada dalam setiap siri hidup kita. Melarikan diri dari cabaran bermakna kita kalah dalam pertarungan hidup. Cabaran orang kaya adalah bagaimana nak menambahkan hasil kekayaan. Cabaran orang marhen macamana nak cari duit untuk teruskan hidup. Ha ha ha

Apapun seperti kata seorang kawan baik saya, dilahirkan sebagai anak orang kaya dengan orang miskin memang tidak sama skrip dan jalan ceritanya. Anak orang kaya walau sesusah mana, balik rumah ada pillow lembut, makan minum akan terhidang . Anak orang miskin balik rumah semuanya kena cari sendiri, kena berusaha dan cari duit sendiri untuk meneruskan hidup. Teringat cerita tentang kawan sekolah saya, anak seorang penoreh getah yang kerjanya menoreh walau masih bersekolah. Kadang-kadang tak ada duit untuk ke sekolah, dia terpaksa ponteng sekolah untuk menoreh getah menyara keluarganya. Saya tidaklah sesusah itu waktu itu, tapi hari ini saya faham kerana saya pernah melalui musim di mana kita tak punya satu sen dalam poket, kita kena cari duit walau dalam keadaan yang bagaimana sekalipun.

Berbalik kepada cerita mood ni tadi, nyalakanlah ia sebelum ianya padam.


YANG BIASA-BIASA SAJA

0 comments

1 – Semenjak dua menjak ini saya agak malas. Nak barang itu, saya mintak tolong anak-anak saya tolong ambilkan. Nak buat air saya mintak tolong orang rumah atau anak perempuan saya tolong buatkan. Saat ini mereka sudahpun tidur, saya kenalah buatkan minuman sendiri. Kita terlalu memanjakan diri kita sebenarnya, itu tabiat yang tidak baik.

2 – Tidur dalam lokap 4 malam suatu masa dulu, makan ikan mentah, sayur mentah dengan nasi dari beras tak ada grade, buatkan saya tidak berkira sangat tentang apa yang saya makan dari sumber yang berkhasiat atau tidak. Pengalaman itu mendidik diri saya agar tidak
terlalu komplen atau mengeluh tentang makanan yang sedap atau tidak.

3 – Kehidupan ini memang biasa-biasa saja. Dianiaya kawan-kawan, saya pernah melaluinya, memang teruk dan mengaibkan, itu sebab bila saya mengalaminya sekali lagi, saya menerima walau ianya sangat melukakan. Inilah kehidupan. Kita jangan terlalu mempercayai
sesiapapun di zaman yang kebanyakan manusia menjadikan duit sebagai Tuhan hari ini. Cuma apabila dianiaya, eloklah kita buangkan terus dari ingatan, kerana ianya tidak memberi sebarang faedah untuk kita kenangkan. Saya boleh menerimanya kerana saya telah diajar
untuk menerima segala cerita samada baik mahupun buruk yang telah diperuntukkan untuk saya. Kita pun bukan sempurna sangat…

4 – Saya bawak famili ikut saya busking, untuk membiasakan mereka dengan kehidupan yang biasa-biasa. Saya masih ingat pada awal pembukaan Pasar Seni pertengahan tahun 80an. Berbagai aktiviti seni berlangsung dengan santai dan rugged. Sajak bawah tiang lampu contohnya, saban minggu pula ada persembahan muzik dan seni di pentas belakang bersebelahan kedai mamak annexe. Memang real waktu itu. Saya masih ingat lagi menoton persembahan Kopratasa bersempena pelancaran album sulung mereka, penyanyi unik Waizek, kumpulan Made in Malaysia yang dianggotai oleh Jerry Felix, Paul Ponnudurai dan dua lagi ahlinya yang saya dah lupa nama..banyaklah lagi persembahan dan aktiviti seni yang berlangsung di situ..

5 – Seperkara yang saya tidak boleh lupa bila menonton penyanyi jalanan ‘Selamat Asrin’ membuat persembahannya berhampiran jejambat menghala ke bangunan Dayabumi. Waktu itu memang ramai yang menonton persembahannya termasuk seorang mat saleh dan seorang lagi kawannya yang berbangsa India. Selamat ni penyanyi jalanan yang istimewa dan sangat unik. Karakternya bermusim dan tidak statik. Jadi sewaktu saya menonton dia menyanyi, time tu dia tengah kemaruk dengan bahasa inggeris, walau satu apapun dia tak faham, tapi dia
sangat yakin dengan apa yang dia buat. Saya ingat lagi sebuah lagu dari penyanyi Jamal Abdillah berjudul ‘keluhan perantau’ diterjemahkannya kedalam bahasa inggeris. Lebih kurang gini ‘, what u the know, in fang de no..bla bla bla..Ha ha ha…Saya pecah perut
waktu itu menahan ketawa termasuklah mat saleh dan kawannya itu. Tapi Selamat dia ni serius je, memang confident habis..Ha ha ha

6 – Sebahagian siri-siri hidup yang kita lalui ini adalah kenyataan, ada yang pahit, ada yang manis..biasalah…

Inspiral Carpets is one more band that came to prominence, alongside bands like Stone Roses, Happy Mondays (and others), in the ‘Madchester’ scene of the late 1980s. Inspiral Carpets are an alternative rock band from Oldham in Greater Manchester, England formed by Graham Lambert and Stephen Holt in 1983. The band is named after a clothing shop on their Oldham estate. Their sound is based around psychedelic keyboards and guitars.
‘This Is How It Feels’ is the most well know (and sad) song, included in their classic first album “Life”, released in 1990
LINE UP: Bass – Martyn Walsh Drums – Craig Gill Guitar – Graham Lambert Organ, Backing Vocals – Clint Boon


Jujur Yang Di Dalam

0 comments

Kejujuran itu bagi saya sangat subjektif subjeknya. Jadi saya suka menilai jujur yang di dalam. Jujur yang di luar itu kita semua sudah sedia maklum. Semua orang politik akan menjadikan ‘jujur’ dan kebenaran itu subjek utama mereka, atas apa yang mereka faham atas ideologi yang mereka bawa dan perjuangkan. Orang ugama pun begitu juga. Cuma yang di dalam itu lebih real, bagi sayalah.

Dari segi jujur, kalau bagi saya..orang gila itu paling jujurlah, sebab mereka boleh melakukan apa saja hatta berbogel di khalayak ramaipun mereka lakukan sebab akal waras mereka tidak berfungsi mengikut peradaban dan hukum. Dan mereka dikecualikan dari segala hukum duniawi sebabnya mereka itu gila. Jika mereka membunuhpun mereka hanya akan dihantar ke hospital bahagia. Hospital bahagia ada 2 saja, satu di tampoi dan satu lagi di Tanjong Rambutan, Ipoh sana.

Satu lagi adalah golongan yang meninggalkan nafsu duniawi, maknanya mereka ini digelarkan golongan yang zuhud. Atau boleh juga dipanggil orang sufi. Kita hidup di dunia ini berlandaskan nafsu yang mengikut ceritanya bertingkat-tingkat sampailah nafsu yang kamil, yang paling atas. Cuma selagi kita masih ada di dunia ini dan masih menghargai warna-warna hidup dunia, kita masih manusialah.

Dulu saya suka belajar ilmu mengenal diri, banyaklah guru-guru tasauf yang saya jumpa. Saya belajar juga ilmu-ilmu fekah ni cuma ilmu fekah dan usuluddin ni umum, semua kita sepatutnya dah tahu asasnya, buku-buku rujukan pun banyak dijual di kedai buku. Cuma yang saya faham kita sangat mahir tentang teori , tapi dalam bab menterjemahkan maknanya dalam kehidupan ini kita sering gagal, kerana biasanya kita kalah dengan tuntutan nafsu itu sendiri. Itu sebab masih berlaku kemungkaran dan hipokrasi di dunia ini, walaupun kita kata kita ini orang yang beragama dan mengikut hukum-hakamnya.

Saya belajar untuk ilmu pengetahuan atau mungkin juga desakan jiwa dalam yang berserabut untuk mencari jalan keluar, umpama kita tersesat di dalam hutan tanpa panduan kompas, jadi kita hanya berjalan dan berjalan, tapi biasanya ilmu alam ini ada lorongnya juga, masing-masing punya ceritalah.

Saya suka belajar ilmu ni dulu sebab ianya banyak bercerita tentang hakikat. Hakikat adalah sesuatu yang di dalam. Guru-guru yang saya kenalpun sangat provokatif, sangat kontra dengan hukum peradaban dan hukum-hukum agama. Ada yang ok, yang ko pun banyak juga. Ha ha ha..Kadang-kadang kita menilai mereka begini, rupanya begitu..Jadi benda itu satu cabaran bagi kita dalam menilai yang mana hak dan batil.

Cuma saya suka sebab mereka membunuh puji dan hormat manusiawi itu pada luarannya. Mereka lakukan ini ada sebab dan musababnya. Kita perlu belajar menilai apa yang ada di dalam, segala perlakuan asma mahupun perbuatan mereka itu kita jangan ambil kisah, itu kita anggap rahsia mereka dengan Tuhan. Apa yang kita mahu adalah pengetahuan dan ilmu. Jadi dari segi positifnya saya rasa saya dapat menilai kehidupan ini seadilnya dan tidak terlalu menghukum.

Ada guru-guru yang mengamalkan banyak jalan dalam bab-bab usul ni. Ada yang membawa jalan ‘tapak Adam’. Ada yang bawa ‘sifir’. Ada yang bawa bab ‘benih’. Ada yang bawa jalan ‘hakikat insan’. Ada yang bawa jalan ‘wahdatul-wujud’ dan berbagai lagilah. Kalau kita nilai dari segi hukum sunnah waljamaah dan hukum syariat, memang berbezalah. Sebab ilmu usul bukannya ilmu hukum. Itu kita kena faham tentang asasnya. Seperkara lagi kalau tak kena gayanya kita boleh terputus wayar dalam, maknanya ‘gila isim’lah. Ha ha ha..

Cuma percayalah, jika kita mendalami dan cuba untuk mengenal hakikat itu sejujurnya ianya insyaallah akan menjadikan kita manusia yang lebih jujur pada diri, kerana mengenal diri itu bukanlah subjek yang hensem dan menunjuk-nunjuk melainkan kita kembalikan segala nikmat yang kita miliki itu kepada yang empunya hak. Kita hanya pemegang watak, itu saja. Kalau kita rasa kita hebat itu masalahlah bagi saya. Ha ha ha..Tak kira samada kita anak raja, Tun, Tan Sri, Datuk, segala pangkat, harta atau darjat yang kita miliki ini ada akhirnya. Dipenghujungnya kita hanya pulang dalam keadaan bertelanjang, dibalut dengan kain kapan. Walaupun kita sehebat Firaun, yang itu hanya jasad yang kaku, itu tidak laku melainkan hanya untuk mengindahkan panorama kita sahaja. Kebenarannya kita akan dibalut dengan kain kapan, disemadikan di dalam kubur, jasad kita akan reput manakala jiwa atau roh akan kembali kepada’Nya’. Dalam keadaan bagaimana itu bergantung sedalam mana perhubungan kita dengan’Nya. Kalau sekadar di pinggiran, setakat itulah sahaja. Kalau kita rasa Dia itu jauh di langit sana, susah nak capai..susahlah jadinya. Kalau kita kata kita takut untuk mengenalnya, gitulah jadinya..

Saya suka ilmu hakikat kerana jika kita memahaminya kita akan lebih adil kepada diri kita sendiri, kita tidak akan menjadi manusia yang tamak, takbur dan sebagainya. Kita akan lebih menerima segala cerita baik dan buruk yang telah diperuntukkan untuk kita.

Sehingga hari ini saya masih lagi manusia, masih makan minum dan sebagainya..

Sailing heart-ships
thru broken harbors
Out on the waves in the night
Still the searcher
must ride the dark horse
Racing alone in his fright.
Tell me why, tell me why

Is it hard to make
arrangements with yourself,
When you’re old enough to repay
but young enough to sell?

Tell me lies later,
come and see me
I’ll be around for a while.
I am lonely but you can free me
All in the way that you smile
Tell me why, tell me why

Is it hard to make
arrangements with yourself,
When you’re old enough to repay
but young enough to sell?

Tell me why, tell me why
Tell me why, tell me why


Page 68 of 193« First...102030...6667686970...8090100...Last »