Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

KITA YANG KONONNYA SEMPURNA..

0 comments

Saya bersembang-sembang dengan seorang kawan baru-baru ini di sebuah restoran mamak . Kawan saya ni kawan sekolah sewaktu di kampung dulu.

Topik yang dibincangkan adalah ‘pengemis’. Asalnya seorang kakak yang buta matanya datang kemeja kami untuk menjual tisu dan meminta seumbangan ikhlas atau donation. Saya pun sedekahlah sikit lebih kurang, apa ada hal pun. Pendapat saya senang saja. Matanya buta, bukanlah masalah saya kalau dia boleh menjana pendapatan lumayan dengan bekerja cara begitu untuk mencari duit. Bahkan baguslah, sebabnya bagi saya asal dia tak mencuri atau merompak atau melakukan jenayah, saya tak ada masalah. Satu hal yang nyata, matanya buta. Mata adalah nikmat pemberian kepada kita setiap manusia, yang tidak dapat dijual beli harganya. Jadi kalau mata buta, maknanya satu nikmat yang kita ada tidak ada pada dia. Nikmat inipun hanya dipinjamkan saja, maklumlah ‘melihat’ itu sifatnya baharu. Ini pun kita dah rabun, nak membaca pun pakai cermin mata..Dulu jelas, sekarang dah kabur penglihatan..Ha ha ha..

Bagi saya bagus kalau kita ada rasa lebih ‘kemanusiaan’ dalam hal-hal yang sebegini.

Yang kawan saya ni tadi dia cukup tak suka dengan pengemis yang suka menjual dan meminta-minta. Berbagailah alasannya, mereka bukannya orang miskinlah, pendapatan mereka lebih dari kitalah, berbagai lagilah. Ha ha ha…Saya gelak je bila dia komplen begitu. Tak adalah saya nak bertaki pulak dalam hal ini sebabnya bagi saya kita semua boleh berfikir apa yang kita rasa baik pada diri kita dan sebagainya. Kawan saya ni pun dah rabun matanya, nak membaca mesej di handphonenya pun kena pakai cermin mata.

Jadi hal-hal yang sifatnya ‘baharu’ ini janganlah kita bermegah sangat, kerana semuanya ujian, semuanya pinjaman. Sampai masa kalau Dia nak ambil, ambillah. Kita sedang bermain gitar menyolo bagai nak rak, tiba-tiba jamm atau kejang jari terus lumpuh urat saraf. Habis sekelip mata, nak marah Tuhan? Ha ha ha..Kita sedang menyanyi-nyanyi riang ria gelak ketawa menerima pujian dan sanjungan, tup-tup bangun pagi suara hilang entah kemana, dah jadi maca suara itik, nak marah Tuhan? Ha ha ha

Dalam banyak hal, klita perlu realistik dan selalu bercermin. Jangan menghina orang cacat atau kurang upaya, itu tidak bagus untuk makanan ‘jiwa’.

Sewaktu saya melepak di Pasar Seni pada tahun-tahun 80an dan 90an dulu, ada seorang pemuda cacat fizikalnya, berkerusi roda. Pemuda ini memang sangat membenci dirinya sendiri saya rasa. Yang jadi mangsanya orang yang lalu lalang, habis dimakinya semahu hatinya. Memang perangainya menyakitkan hati. Ha ha ha..Saya suka melihat karakternya, kerana biasanya orang cacat yang kerja mereka mengemis akan kelihatan sayu, welfare dan segala imej yang sedihlah sesuai dengan kerja mereka. Tapi pemuda yang saya kata tadi memang ‘opposite’. Cara dia memandang orang pun memang menunjukkan dia menyampah sangat dengan dunia dan suasananya ini.

Dah lama saya tidak nampak pemuda cacat berkerusi roda itu, entah apa jadi dengan dia sekarang. Masih lagikah dengan marah dan sakit hatinya pada dunia dan Tuhan yang menjadikannya? Entahlah…

Sepatutnya alam sekeliling itu menjadi guru kepada kita. Banyak yang kita boleh dapat di sana. Ateee, moh le kite ke sane weh!! Ha ha ha

Hey babe what we gonna do
No look behind me glances
Straight time this time
We’ll take our chances
Darling it’s been so long
Every lonely hour
What the sinner pulls the trigger
And the world turns sour

*Whisper in the wind
Locked in silence
Profession of violence
Whisper on the wind
Locked in silence
Profession of violence

Try to pick up the pieces
Maybe move away
But the lifer
Was only yesterday
Down the halls of justice
The echoes never fade
Notches on my gun
Another debt is paid

Arguably one of the best british rock bands of all time, In their day there was not many better, always at their best when together with Michael Schenker. This track has Paul Chapman (Ex- Lone Star) on lead guitar, and I think that Chapman captures it perfectly, possibly his finest hour.


You know your roots? I know my roots..

0 comments

Sudah lama saya tak busking. Mungkin sejak awal tahun ni saya berehat sekejap. Perut pun makin naik. Ha ha ha. Jadi jumaat, sabtu dan ahad lepas saya ajak kawan saya Nan Blues busking dengan saya di KL Sentral. Kami memang membuat persembahan pada setiap sabtu malam ahad di Bara 1 Bistro yang lokasinya terletak di jalan Chempaka, ATRIUM MALL Shopping Complex. Biasanya kita praktis jumaat malam. Jadi bila busking tak payahlah praktis lagi. Duit pun dapat. Ha ha ha..

Bila fikir-fikir balik, bukan senang nak dapat tempat untuk kita busking malah perhubungan saya dengan pihak KTM sendiri amat baik dan mereka memberikan sokongan yang sepenuhnya untuk saya busking di situ. Di Pasar Seni dah tak boleh busking, di LRT Stesen pun begitu juga, di Subway KLCC pun kita tak boleh busking juga. Apa boleh buat, kita masih tinggal di negara yang membangun. Apapun melihat situasi terkini, pandangan dan penerimaan masyarakat semakin berubah ke arah yang lebih positif.

Sebelum ni saya agak sibuk dengan hal-hal materi dan kehidupan dalam menuju dunia sukses dan keselesaan hidup. Itu tidak mengapa.

Menjenguk ke belakang, membelek diari hidup saya sepanjang saya menjadi busker sejak tahun 2000 dulu, memang menyeronokkan. Saya berbangga pada diri kerana berjaya melalui pengalaman dan berbagai cerita suka duka. Semuanya ekslusif, yang mana ianya mahal bagi pengalaman hidup saya sendiri.

Saya cuba untuk busking di Uptown Damansara pada tahun 1998 rasanya dengan seorang kawan, Din Klasik. Kita panggil dia Din Klasik kerana dia suka main klasikal dan permainannya bagus. Kami dah sampai di Uptown tapi tak berani kerana berasa malu dan akhirnya kami pulang begitu saja. Ha ha ha

Akhirnya tahun 2000 kawan saya Nan Blues mengajak saya busking di Pasar Seni. Saya pula waktu itu masih bekerja di Yamaha Music. Lama saya bekerja di Yamaha, dari tahun 1996-2004. Jadi dari segi financial saya tak ada masalah sangat kerana masih bekerja. Sejak itu bila hari cuti saya pun buskinglah di Pasar Seni dengan kawan-kawan lain seperti Nik Jidan dan Syed Amran selain dengan Nan Blues.

Kita hidup ni jangan pernah berasa selesa dengan apa yang kita miliki. Apa saja boleh berlaku. Begitu juga halnya dengan saya bilamana akhirnya saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja di Yamaha Music pada tahun 2004 dan sejak itu saya menjadi busker sepenuh masa dan waktu itulah saya faham dan belajar erti hidup yang sebenar.

Saya akan keluar rumah pukul 2 petang dengan menaiki LRT sampai ke Pasar Seni. Busking dalam pukul 4.30 dengan kawan-kawan. Waktu itu ramai juga busker lain seperti Jimi, Zul, Nik yang mana mereka ini memang full time busker. Jadi kena ikut turnlah untuk busking. waktu saya buskin di situ, suasana agak kurang meriah seperti di tahun sebelumnya kerana banyak pasukan RELA di situ selain Special Branch yang kerja mereka menangkap sesiapa saja untuk disuspek sebagai penagih atau penjenayah. Saya pulak waktu itu badan memang kurus dan cengkung kerana kurang tidur.

Biasanya dalam sehari saya akan busking di 3 lokasi. Pasar Seni, Jalan Alor, Mawar Merah kedai makan berhampiran Puduraya atau di Brickfield. Selalu juga Nik Jidan mengajak saya busking dengan dia di Uptown Damansara. Pendapatan memang tidak menentulah..Pandangan masyarakat ada yang positif, banyak yang negatif..ha ha ha Saya pun sudah terbiasa dengan keadaan itu, tak ada hal. Apapun hidup perlu diteruskan.

Sepanjang tempoh saya mennjadi full time busker, 3 kali saya pernah dicekup SB, dibawa ke balai untuk di urine test samada saya drug addict. Saya kata saya clean, mereka kata mana ada penagih mengaku mereka penagih. Ha ha ha…2 kali saya urine ok, tak ada masalah cuma pada penghujung 2005 ada operasi di Pasar Seni sewaktu busking saya dicekup oleh Pegawai polis dai IPK, dibwa ke Pudu untuk di urine. Entah apa malang, ujian rambang saya sangkut. Saya kena waktu itu hari khamis, maknanya 4 malamlah saya bermalam di pudu jail. Memang leceh, tapi itulah…itulah kenyataan yang perlu kita hadap. Hidup ni kalau nak hensem lebih baik duduk bawah ketiak mak je..ha ha ha

Sewaktu saya kena, banyaklah kawan-kawan yang memberikan sokongan dan mengumpul wang jaminan sebanyak rm 1300 untuk saya keluar dari pudu jail. Saya terhutang budi dengan kawan-kawan yang mengambil berat akan hal saya seperti Irwan, Sei Hon dan geng-geng troubodours, Rahmat Haron, Black, Azmyl Yunor dan banyak lagilah. Isnin result hospital saya dah keluar dan alhamdulillah saya clean, cuma selasa baru saya dapat tahu. Selepas itu saya pun ambil wang jaminan dan Sei Hon kata, gunakanlah untuk kegunaan keuarga. Saya rasa sangat berbangga pun kawan-kawan yang baik hati seperti mereka.

Selepas dari peristiwa itu, mak saya di kampung terus masuk ICU bila dapat tahu saya masuk lokap. Ha ha ha..The rest is history

Itulah..busking banyak kita boleh dapat dari situ. Di jalanan terkandung berbagai cerita dan peristiwa, segalanya real bukan plastik. Yang itu yang kita tak dapat beli di mana-mana pasaraya atau gedung-gedung mewah sekaipun. Saya lalui semua dan apa yang paling saya hargai tentang diri saya mungkin, saya busking untuk tanggung anak bini. Anak saya waktu itu 3 orang..Memang tough, tapi bila kita dapat menempuh segala dugaan, kita patut berbangga dan percayalah, Tuhan itu selalu ada tidak kira samada kita di atas atau bawah. Ingat dan percayalah..Insyaallah kita akan selamat.

You know your roots? Yes, I know my roots..:)


SEBAGUS MANAKAH KITA?

0 comments

Kita manusia sentiasa ada sikap cemburu dan irihati antara sesama kita. Dalam muzik mahupun politik, sama saja permainannya. Orang besar atau orang kecil dua kali lima. Masalah utamanya adalah berpunca dari sikap kita sendiri yang sering menyangka kita lebih bagus dari orang lain dan sangat suka menjatuhkan orang lain. Ini sikap yang tidak bagus sebenarnya. Ini juga sikap bangsa kita terutamanya, orang Melayu.

Apabila saya membaca buku lama ‘Hikayat Abdullah’ karangan Munsyi Abdullah pada awal abad ke-18 dulu, maka saya tidaklah hairan dengan kelemahan sikap orang kita ini. Banyak pendapat-pendapat beliau yang saya bersetuju, walau kebanyakan masyarakat sezamannya dan para pengkritik di zaman ini menganggap beliau sebagai kaki bodek, pengampu orang putih dan sebagainya.

Kita perlu banyak membaca, belajar dari orang yang lebih tahu tentang apa saja ilmu untuk mendewasakan pemikiran kita, dari situ akan datang kematangan kita dari segi berfikir dan sebagainya. Kita janganlah kondem antara sesama kita terutamanya jika kita berada di satu aliran. Pengalaman sepatutnya lebih mendewasakan kita, sepatutnyalah.

Seperkara, jika bercerita tentang muzik dan hala tujunya, percayalah..kita perlu ‘move on’, kuatkan semangat untuk terus maju. Kita lakukan untuk diri kita sendiri. Nak harapkan kawan-kawan? Ha ha ha..Melalui pengalaman saya, sangat susah untuk rakan seperjuangan kita sendiri untuk menolong kita menuju ke depan. Saya kenal baik ramai pemuzik dan rakan artis yang punya nama besar dalam industri ini. Akan hal-hal support me’nyupport’ ni, mereka sukalah, tetapi setakat gitu-gitulah dan saya pun tidaklah menyalahkan mereka sangat melainkan kita yang perlu bekerja keras sebenarnya, selain dari bergantung kepada nasib dan peluang yang ada. Pernah seorang kawan baik saya yang punya nama besar dalam dunia penerbitan album menasihatkan saya yang katanya,”jika mahu berjaya, kau kena lepaskan diri sendiri dulu, hukum industri yang tak seberapa ‘gah’ini memang begitu”. katanyalah…

Di waktu dan musim yang sebegini, kalau boleh saya tak nak layan benda-benda bodoh terutamanya bab-bab hasad-dengki, kutuk-mengutuk dan hal-hal remeh ni bertenggek dalam pemikiran saya, kerana kesannya sangat hodoh. Jika ada unsur-unsur provokatif itu kita boleh faham, tapi jika nadanya menghina janganlah begitu.. kalau boleh bagi semangatlah untuk kawan-kawan terus maju dan berkarya.
DIY ataupun mainstream, kita buat je kerja kita. Kita buat untuk sejahtera jiwa dan jika itu yang boleh menjamin atau menaikkan taraf hidup kita, alhamdulillah..

Kita punya hak untuk suka atau tidak suka. Kalau suka, sukalah.. Kalau tidak suka, tak sukalah..itu pilihan kita. Kalau nak bercerita tentang bagusnya kita, cuba belek kat utube tu..betapa ramai orang yang lebih bagus dari kita. Walaupun tidak sebagus mana, sekurang-kurangnya jika kita jujur berkarya setakat mana kemampuan kita, bagi saya itu sudah cukup bagus..

We strolled through fields, all wet with rain
And back along the lane again
There in the sunshine, in the sweet summertime
The way that young lovers do

I kissed you on the lips once more
And we said goodbye, just adoring the night-time
Yeah, that’s the right time
To feel the way that young lovers do

Then we sat on our own star
And dreamed of the way that we were
And the way that we were meant to be

Then we sat on our own star
And dreamed of the way
That I was for you and you were for me

And then we danced the night away
And turned to each other, sayin’
“I love you, I love you”
The way that young lovers do

Then we sat on our own star
And dreamed of the way that we were
And the way that we wanted to be

Then we sat on our own star
And dreamed of the way
That I was for you and you were for me

I went on to dance the night away
And turned to each other, sayin’
“I love you, baby, I love you”
The way that young lovers do
Lovers do, lovers do


Page 69 of 193« First...102030...6768697071...8090100...Last »