Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Muzik dan pegangan

0 comments

Dunia saya adalah muzik dan saya menyukainya. Satu hal yang paling penting bila sesuatu itu kita lakukan dengan cinta, ianya adalah kebahagiaan yang nyata. Saya suka berkawan dengan sesiapa yang menyintai muzik juga yang tidak mencintainya. Cuma muzik itu lebih menyatu dan mengeratkan kerana di dalamnya adalah cerita-cerita mengenai irama dan alunan
rasa sanubari. Ianya universal. Siapa saja boleh menyukainya, milik mutlak siapa saja jika itu yang mereka mahu.

Ada yang berpendapat muzik itu haram kerana ianya melalaikan. Bagi saya ianya bergantung kepada nawaitu kita sendiri. Hal yang mudah jangan kita rumitkan.

Inilah perkara yang saya tahu buat dan saya bahagia tinggal di dalamnya.

Saya pernah mewakili sekolah sebagai pemain bolasepak. Saya main bola tak pakai otak sangat, saya guna lutut. Sebabnya saya bukan pemain bola. Saya berusaha keras untuk menjadi pemain bola sekolah kerana kawan-kawan rapat saya semuanya pemain bola yang mewakili sekolah. apa pun saya sukakan sukan bolasepak. Cuma saya tak ada bakat sangat, yang itu saya terpaksa akui.

Selepas 25 tahun, kawan saya mengajak saya bermain bola futsal dan dia tanya samada saya ini pandai main bola ke? Saya katakan kepadanya yang saya adalah pemain bola yang mewakili sekolah pada 25 tahun lepas. Apabila bermain selama 5 minit, saya terus pitam dan langsung tidak dapat bermain. Akhirnya kata-kata saya itu menjadi bahan jenaka kawan saya itu. Ha ha ha

Dalam muzik ada 2 hala ataupun jalan. Kiri atau kanan. Kita andaikan itu sebagai idealisma kita. Atau kita andaikan seperti Ibrahim yang punya anak Ismail dan Ishak. Yang Ismail itu jalannya kita kata kanan. Manakala Ishak itu kiri. Dari Ishak sehinggalah lahirnya Black jew sehingga ke Bob Marley dan yang sewaktu dengannya.

Kita andaikan juga di dalam agama dan pegangan. Adanya syariat dan hakikat. Perjalanan syariat itu penuh dengan tatatertib dan peradaban demi menyesuaikan antara sesama kita umat islam. Yang kita katakan hakikat itu agak tidak terbatas, melepasi hukum akal kerana kita diajar untuk mengenal ‘rasa’. Selebihnya bergantung kepada kefahaman kita sendiri.. Tidak hairanlah ramai yang agak tersasar dari landasan hidup dan kenyataan.

Apapun setiap kita punya cerita dan takdir, yang itu kita perlu hormatlah. Selainnya wallahualam. Saya tidak akan menghukum setiap kejadian alam ini, yang baik mahupun buruk kerana saya hanyalah sebahagian dari ceritanya sahaja. Saya bukan pencipta.

Apabila saya menoleh ke belakang, sejak 1982 saat saya mula belajar memetik gitar dan bernyanyi sehinggalah hari ini, memang terlalu banyak cerita dan peristiwa yang saya katakan ‘warna warni alam’ yang memenuhi diari hidup saya. Adakah saya mengejar ‘materi’ selama niat saya menjadi seorang pemuzik? Malangnya itu tidak pernah terjadi atau lahir dari jiwa saya. Itulah malangnya. Ha ha ha..Bukankah lebih baik saya menjadikan seorang M.Daud Kilau( Datuk) atau Hail Amir sebagai idola, bukan Bob Dylan, Gombloh, Fals dll yang sewaktu dengannya? Ha ha ha…

Saya boleh katakan album terbaik saya sehingga kini adalah ‘ itu padang…aku di situ yang diterbitkan pada tahun 2003. Banyak sebab. pertamanya album itu di rakamkan selama 5 jam. Ke dua kerana itu musim terbaik saya sebagai seorang singer/songwritter. Saya lakukan dalam kepentingan yang sangat minimal. Saya tidak pernah angkat pot samada album itu akan disukai mahupun tidak. Jadi saya hanya bereksperimen dengan genre dan acuan yang saya miliki. Saya percaya apabila sesuatu itu kita lakukan tanpa kepentingan yang besar, ianya akan menghasilkan kepuasan dari segi bahagia jiwa. Inti cerita pula saya lepaskan sehingga ke langit sana, seperti burung yang terbang sambil menceritakan panorama alam, matahari dan bulan dalam visi yang surreal.

Hari ini? Baru siang tadi saya mendapat tawaran untuk bermain muzik di luar negara selama beberapa bulan. Peluang yang menjanjikan pulangan dari segi ringgit yang sangat mencukupi untuk satu tempoh jika saya menerima tawaran itu. Entahlah, selalunya saya akan lepaskan atas dasar komitmen itu dan ini. Sebelum ini banyak peluang yang datang saya lepaskan atas alasan komitmen itu dan ini dan ini juga. Peluang banyak datang dalam hidup saya sebenarnya, banyak pula yang saya hampakan atau gagal atapun tersangkut.

Bermula tahun 94 sewaktu menjadi artis rakaman Luncai Emas, menjadi busker, mendapat ruang dan peluang untuk lebih menonjolkan diri ke arena mainstream yang bagi saya hanya menjanjikan angan-angan, glamour, pura-pura dan plastik, maka itu saya mengambil keputusan untuk memilih apa yang saya suka mahu buat, bukan apa yang mereka mahu saya buat apa yang mereka mahu. Jadi itulah, ha ha ha

Hidup ini memang real bro! Ha ha ha

If I cried out loud
Over sorrows I’ve known
And the secrets I’ve heard
It would ease my mind
Someone sharing the load
But I won’t breathe a word

CHORUS
We’re two of a kind
Silence and I
We need a chance to talk things over
Two of a kind
Silence and I
We’ll find a way to work it out

When the children laughed
I was always afraid
Of the smile of the clown
So I close my eyes
Till I can’t see the light
And I hide from the sound

CHORUS

I can hear the cry
Of a leaf on a tree
As it falls to the ground
I can hear the call
Of an echoing voice
And there’s no one around


Perihalnya alam ini…

0 comments

Adakah Firaun itu penting selain Musa di zamannya? Ya, penting kerana namanya telah tercatat di dalam Al Quran. Firaun itu watak yang jahat sample bagi kita umat manusia dari zaman berzaman. Sudah tentu Musa memegang watak hero bagi umat di zamannya.

Adakah Abu Lahab itu popular sepopular para sahabat Rasulullah di zamannya? Ya, Abu Lahab itu penting kerana namanya juga tercatat di dalam Al Quran. Watak jahatnya yang jahil, tamak dan haloba menjadi renungan untuk kita umat manusia dari zaman berzaman.

Mereka adalah golongan yang gila kerana kuasa. Apapun nama-nama mereka akan dikenang walau dalam menyampah yang amat kerana tidaklah dapat kita nafikan mereka juga memainkan peranan dalam rencana takdir Illahi.

Sekurang-kurangnya nama dan watak mereka turut menjadi pelengkap perjalanan takdir dan ceritanya. Siapa yang tidak kenal Botak Chin? Perompak yang akhirnya mati di tali gantung atas pelbagai kesalahan yang dilakukan semasa hidupnya. Wataknya termaktub dalam sejarah sebagai watak jahat yang popular.

Apabila kita menilai kehidupan ini dari sudut hakikatnya, kita akan lebih menerima dan belajar untuk memahami cerita dan lawak jenaka alam ini seadanya.

Umpama para politikus yang satu di kiri dan satu di kanan, pun mereka boleh bergelak ketawa berlabun sebiasanya mereka apabila di belakang layar kerana politik itu hanyalah satu kerjaya yang melibatkan kita rakyat jelata. Hanya kita yang kebanyakannya terlalu obses dan emosi melulu dalam menilai mana baik dan mana buruk mengikut kefahaman kita.
Kita adalah bidak catur yang sedang bekerja untuk kejayaan dan agenda mereka. Jadi bagi saya adalah lebih baik kita enyahkan cerita-cerita hantu dan tahyul dalam pemikiran kita, kita tanamkan ke dalam diri kita bahawa, inilah kehidupan. Memahami kehidupan bermakna memahami permainan watak dan alam ini seadanya, mengikut kefahaman kitalah.

Kalau dibenarkan penafian, terlalu banyak keadilan yang berlaku di mukabumi Tuhan ini. Kehidupan ini berjalan dengan rahsia dan misteri yang tersendiri. Semuanya adalah ujian walau dalam masa yang sama kita menidak atau menerima. Siapa yang dapat menyingkap butir sir dan rahsia Tuhan? Adakah kita sentiasa berserta seiring dan sejalan, seia dan sekata dalam menterjemahkan segala cerita di mukabumi Tuhan ini?

Apa yang kita faham hanyalah andaian semata, kita di sini bagi saya hanyalah penduga. Hidup ini penuh dengan teka-teki. Sehingga kini saya bersyukur kerana masih boleh menerima cerita takdir tatkala membaca cerita tentang Iblis yang akhirnya mampu mengusir Adam sehingga tercampak ke dunia dengan tipu dan muslihatnya. Iblis itulah wataknya yang telah dipersetujui penciptanya.

Terlalu banyak misteri perihalnya alam ini…:)

“Black and White” is a song written in 1954 by David I. Arkin and Earl Robinson. The most successful recording of the song was the pop version by Three Dog Night in 1972, when it reached number one on the Billboard Hot 100 chart.

The song was inspired by the United States Supreme Court decision of Brown v. Board of Education that outlawed racial segregation of public schools. The original folk song was first recorded by Sammy Davis Jr. in 1957.[1] The original lyrics of the song opened with this verse, in reference to the court: “Their robes were black, Their heads were white, The schoolhouse doors were closed so tight, Nine judges all set down their names, To end the years and years of shame.” LYRICS: – words by David Arkin, music by Earl Robinson, 1956

The ink is black, the page is white
Together we learn to read and write
A child is black, a child is white
The whole world looks upon the sight, a beautiful sight

And now a child can understand
That this is the law of all the land, all the land

The world is black, the world is white
It turns by day and then by night
A child is black, a child is white
Together they grow to see the light, to see the light

And now at last we plainly see
We’ll have a dance of Liberty, Liberty!

The world is black, the world is white
It turns by day and then by night
A child is black, a child is white
The whole world looks upon the sight, a beautiful sight

The world is black, the world is white
It turns by day and then by night
A child is black, a child is white
Together they grow to see the light, to see the light

The world is black, the world is white
It turns by day and then by night
A child is black, a child is white
The whole world looks upon the sight, a beautiful sight

The world is black, the world is white
It turns by day and then by night
A child is black, a child is white
Together they grow to see the light, to see the light

C’mon, get it, get it
Ohh-ohhhh, yeah, yeah
Keep it up now, around the world
Little boys and little girls
Yeah, yeah-eah, oh-ohhh


Sesudah Raya, ke manakah kita?

0 comments

Sesudah raya, kemanakah kita? Kita telah meraikan suasana dan musimnya dalam bentuk yang kita suka mengikut kemampuan kita. Ada yang pokai, ada yang beringat. Hari raya jatuhnya pada awal bulan..Memang kita beraya sakanlah.. Ha ha ha

Hari ini kita kembali ke sini. Kita hanya merasakan nikmat beraya sahaja sebenarnya. Jangan pernah tinggal di situ untuk selamanya, melainkan jika kita orang yang berduit. Pun apa cabarannya kalau sentiasa berduit? Hidup untuk cari duit, duit dan duit. Adakah itu jawapan untuk hari mati kita?

Baru sebentar tadi saya melihat kematian, mayat seorang lelaki yang kemalangan terlentang di jalanraya. Butir-butir sebab musababnya tidaklah saya ketahui, yang saya nampak hanya mayat. Begitu mudahnya kematian datang menjemput, tanpa kita duga dan rancang. Perjalanan takdir usah kita nafikan, yang hidup teruskan hidup. Mati di mana-manapun kita akan mati juga akhirnya. Mungkin caranya sahaja yang berbeza. Ada orang mati sewaktu bersolat, ada mati ditembak, ada yang mati kemalangan. Ada yang mati di tali gantung. Kita yang memilih jalan hidup kita, maka terimalah takdir kita seadanya. Saya suka kehidupan para Mafia. Mereka memilih takdir yang bertentangan dengan norma dan undang-undang. Pun mereka melayari hidup bagi saya semudah A, B dan C. Miskin, kaya, senang lenang kemudian mati katak seperti dalam movie Scarface, Goodfellas, Godfather dll yang berkaitan. Hidup, mati..mati dan hidup. Apa bezanya? Ha ha ha

Cari duit untuk kita teruskan hidup, itu betul. Kebanyakan kita warga marhen tidak dilahirkan ke dunia sebagai anak orang berada. Bersyukurlah juga kerana kita dilahirkan ke dunia sebagai anak orang yang biasa-biasa, sekurang-kurangnya kita rasa suka duka hidup ini. Saat kita tiada berduit, susah kawan-kawan atau saudara-mara nak dekat dengan kita. Saya bersyukur kerana waaupun saya tidaklah berduit sangat, masih ada kawan-kawan yang mahu berkawan dengan saya. Sebab kalau jumpa saya, kita hanya minum di warung biasa saja. Setakat air rm 1.20 atau roti canai sekeping takkan tak boleh belanja kot…? Saya pun boleh belanja..tak ada hal..Ha ha ha

Pun walau dalam keadaan yang sederhana kita masih boleh melepak, minum kopi di kedai mamak, walau bukan di warung yang mewah untuk kita bergaya menunjukkan status keberadaan kita? Ha ha ha..Entahlah, saya masih tidak dapat membezakan antara makanan di hotel atau di warung tepi jalan. Saya makan untuk kenyang, bukan untuk sedap. Tak ada makanan berkhasiat kalau perut kosong, ikan masin dan telur pun sedap juga. Ha ha ha

Suatu waktu dulu pernah saya bermain muzik di hotel, makanannya tak sesuai dengan selera kampung saya, jadi terpaksalah saya mencari warung orang Melayu kita untuk makan.

Air yang terbaik adalah air masak. Itulah kenyataannya. Ha ha ha…

Hari raya dah habis, atau sehingga hujung bulan ni? Ha ha ha…

This video chronicles an intensely creative and difficult time in the life of Eric Clapton, one of the most influential guitarists in history. By 1969 Eric was tired of being a superstar, and decided to step into the background for a time, touring as a sideman with Delaney & Bonnie and Friends.
Clapton became close friends with Delaney Bramlett, who encouraged him in his singing and writing. Using the Bramletts’ backing group and an all-star cast of session players (including Leon Russell and Stephen Stills), Clapton recorded his first solo album during two brief tour hiatuses, fittingly named Eric Clapton. Delaney Bramlett co-wrote six of the songs with Clapton, and Bonnie Bramlett co-wrote “Let It Rain”. Clapton went with Delaney and Bonnie from the stage to the studio with the Dominos to record George Harrison’s All Things Must Pass in spring 1970. During this busy period, Clapton also recorded with other artists including Dr. John, Leon Russell, Plastic Ono Band, Billy Preston and Ringo Starr.
Taking over Delaney & Bonnie’s rhythm section—Bobby Whitlock (keyboards, vocals), Carl Radle (bass) and Jim Gordon (drums), Clapton formed a new band which was intended to counteract the “star” cult that had grown up around him and show that he could be a member of an ensemble. The band was called “Eric Clapton and Friends” at first, and the name “Derek and the Dominos” was an accident, which occurred when the band’s provisional name of “Eric and the Dynamos” was misread.
Clapton’s close friendship with George Harrison had brought him into contact with Harrison’s wife Pattie Boyd, with whom he became deeply infatuated. When she spurned his advances, Clapton’s unrequited affections prompted most of the material for the Dominos’ album Layla and Other Assorted Love Songs.
Working at Criteria Studios in Miami with Atlantic Records producer Tom Dowd, the band began recording. Dowd—who was also producing the Allmans—invited Clapton to an Allman Brothers outdoor concert in Miami. The two guitarists met first on-stage, then played all night in the studio and became friends.The album was heavily blues-influenced and featured a combination of the twin guitars of Allman and Clapton, with Allman’s incendiary slide-guitar a key ingredient of the sound. Many critics would later notice that Clapton played best when in a band composed of dual guitars; working with another guitarist kept him from getting “sloppy and lazy and this was undeniably the case with Duane Allman.” It showcased some of Clapton’s strongest material to date, as well as arguably some of his best guitar playing.
Tragedy dogged the group throughout its brief career. During the sessions, Clapton was devastated by news of the death of Jimi Hendrix; eight days previously the band had cut a blistering version of “Little Wing” as a tribute to him which was added to the album. On 17 September 1970, one day before Hendrix’s death, Clapton had purchased a left-handed Stratocaster that he had planned to give to Hendrix as a birthday gift. Adding to Clapton’s woes, the Layla album received only lukewarm reviews upon release. The shaken group undertook a U.S. tour without Allman, who had returned to the Allman Brothers Band. Despite Clapton’s later admission that the tour took place amidst a veritable blizzard of drugs and alcohol, it resulted in surprisingly strong live shows. Then Duane Allman was killed in a motorcycle accident on October 29, 1971.
Clapton’s career successes in the 1970s were in stark contrast to his personal life, which was troubled by romantic longings and drug and alcohol addiction. In addition to his (temporarily) unrequited and intense attraction to Pattie Boyd, he withdrew from recording and touring to isolation in his Surrey, England residence. There he nursed his heroin addiction, resulting in a career hiatus interrupted only by the Concert for Bangladesh in August 1971 (where he passed out on stage, was revived, and continued the show). In January 1973, The Who’s Pete Townshend organised a comeback concert for Clapton at London’s Rainbow Theatre aptly titled the “Rainbow Concert” to help Clapton kick his addiction.
In 1974, now partnered with Pattie (they would not actually marry until 1979) and no longer using heroin (although starting to drink heavily), Clapton put together a more low-key touring band that included Radle, Miami guitarist George Terry, keyboardist Dick Sims, drummer Jamie Oldaker and vocalists Yvonne Elliman and Marcy Levy. With this band Clapton recorded 461 Ocean Boulevard, an album with an emphasis on more compact songs and fewer guitar solos; the cover-version of “I Shot The Sheriff” was Clapton’s first #1 hit and was important in bringing reggae and the music of Bob Marley to a wider audience. The excellent “Let It Grow” was widely compared to “Stairway To Heaven”, with Clapton later saying he had been inspired by it (or borrowed from it)…


Page 71 of 193« First...102030...6970717273...8090100...Last »