Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Pasar Seni yang terang tapi malap

0 comments

Saya ke Pasar Seni siang tadi berjumpa kawan-kawan sambil menunggu waktu berbuka puasa. Kedai Mamak Annexe entahlah, bagi saya semakin tidak menarik dari segi makanan mahupun suasananya. Suatu waktu dulu sewaktu di era kegemilangannya Pasar Seni ni merupakan rumah ke dua saya. Memang meriah dan seperti ada magnet. Hari ini segalanya seperti warna-warna yang pudar lesu hilang daya penarik.

Apapun sementara orang rumah dan anak perempuan saya ke Masjid India, saya dan kawan-kawan dapatlah bersembang dan bercerita kosong. Bagaimanapun itulah seperti saya kata, Pasar Seni ni dah tak ada value dari segi artistiknya bagi saya. Jiwanya plastik dan hampas!

Saya suka ke sana sebab itulah tempat saya membesar bersama kawan-kawan. Membesar mencari ilmu hidup yang tidak dapat dijual-beli. Lain-lain tempat di KL ni saya tak minat langsung. Saya suka Pasar Seni di era 80 dan 90an. Memang real.

Sejak sistem pentadbirannya diambil-alih oleh syarikat dari Singapura, segalanya diniagakan sehingga nilai seninya sekadar buat syarat, yang penting Pasar Seni kalau boleh mau bikin jadi macam Petaling Street atau Bukit Bintang? Itu macam ka? Mampos!!

Kadar sewa untuk peniaga dinaikkan berkali-ganda. Jadi hanya yang mampulah yang dapat terus bertahan.

Dulu dalam Pasar Seni kita boleh hisap rokok, lepak di Rentoran Yusoff, makan roti canai dengan teh tarik. Hari ini tempat itu sudah menjadi Old Town cafe tempat eklusif untuk golongan yang berduit.

Seperti kata isteri saya, saya ni elok tinggal di kampung. Ha ha ha

Pembangunan dan perubahan itu memang tidak dapat dielakkan. Saya dapat menerimanya cuma itulah, kita ni suka pada real dan asli. Kalau plastik di mana jiwanya?

Entahlah…

Homeward bound – Simon& Garfunkel

Im sitting in the railway station,
Got a ticket for my destination,
On a tour of one-night stands, my suitcase
and guitar in hand
And ev’ry stop is neatly planned for a poet
and a one-man band.

Homeward Bound,
I wish I was,
Homeward Bound,
Home where my thoughts escaping,
Home where my musics playing,
Home where my love lies waiting
Silently for me.

Evry days an endless stream
Of cigarettes and magazines.
And each town looks the same to me, the
movies and the factories
And evry strangers face I see reminds me
that I long to be,

Homeward Bound,
I wish I was,
Homeward Bound,
Home where my thoughts escaping,
Home where my musics playing,
Home where my love lies waiting
Silently for me

Tonight Ill sing my songs again,
Ill play the game and pretend.
But all my words come back to me in
shades of mediocrity
Like emptiness in harmony I need someone
to comfort me.

Homeward Bound
I wish I was,
Homeward Bound,
Home where my thoughts escaping,
Home where my musics playing,
Home where my love lies waiting
Silently for me
Silently for me

Artist: Simon & Garfunkel

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.