Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

PELANCARAN ALBUM D.R.U.R 17HB OKTOBER 09

0 comments

Dijemput kawan-kawan/sahabat/pendengar/siapa saja datang ke program persembahan seni/sajak dan muzik ,kerjasama CRG.Communication dan Adun Hulu Kelang,YB Saari Sungib..pada 17hb ni..esok,sabtu..yang juga hari Deepavali..

Banyak persembahan menarik dari gua dan kawan-kawan seperjuangan.Hishamuddin Rais dengan stand up comedy nya.Pyan dengan belanjawan 2010nya..Nik dengan revolusinya..Rahmat Haron dengan screen Memalinya..Amin Iskandar dengan revolusi 48 dan anak bangsa Malaysianya…Banyak..dan sudah tentu menarik.Esok malam..ada kelapangan,sila datang bertempat di dewan MPAJ AU2..Keramat,Hulu Kelang..

Kebetulan IC gua alamatnya di Hulu Kelang..3 bulan lepas arwah pak mertua gua meninggal dunia..Kalau sebelum ni diperintah oleh parti lain..tak pernah dapat khairat kematian pun…sebelum-sebelum ni..padahal budget untuk itu sepatutnya ada..jadi ketidaktelusan YB sebelum ini memang telah kita tahu.apa dia buat dengan budget tu,wallahualam..Jadi bila YB Saari Sungib ni..gua tak kisah dia ni mewakili apa parti pun..janji dia berkhidmat untuk rakyat..Alhamdulillah..Jadinya bila pak mertua gua meninggal,famili mertua gua dapatlah duit khairat kematian…sebanyak rm 2500…
Itu maknanya saluran itu telus..jadi kita pun sukalah..sebab depa buat kerja untuk kebaikan rakyat setempat..Jadi gua berbesar hati juga dapat buat pelancaran album di area/kawasan beliau..

Jadi,kesimpulannya..datanglah meraikan suasana ..

Yang gua boleh gerenti..anda akan disajikan dengan bahan-bahan yang boleh membentuk minda kearah yang lebih positi dan dinamik.

Insyaallah..meor-drur-poster-021

Share This Article On Facebook

468 ad

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.