Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Pemuzik Jalanan(mingguan wasilah bil 4-10 mei 08)

3 comments

Kalau kita ke Pasar Seni setiap hari waktu petang,kita akan dapat menyaksikan persembahan percuma yang dimainkan oleh Pemuzik Jalanan dilaluan Pejalan kaki bersebelahan Pasar Seni.Pemuzik Jalanan atau Busker akan bermain gitar dan bernyanyi dalam kelompok berdua atau bertiga,dan mereka akan mendendangkan berbagai rentak lagu dengan bermacam style atau gaya.Ada lagu melayu,Inggeris,Cina,Sepanyol dan berbagai lagi,yang pasti anda akan terhibur dengan persembahan mereka.

 

Cubalah berkunjung ke Pasar Seni pada hari Jumaat,Sabtu atau Ahad dan saksikanlah persembahan mereka.Pemilihan lagu adalah secara spontan biasanya,dan kebanyaakan lagu adalah dari lagu-lagu Popular semasa sehinggalah keberbagai genre muzik yang lain.

Kalau di Eropah atau negara-negara barat atau Asia,budaya Busking ini diiktiraf dan dipandang tinggi oleh Kerajaan dan mereka diberikan Permit untuk mengadakan persembahan .Cuma diMalaysia ni kehadiran mereka sering disalahtafsir oleh Pihak kerajaan atau Pihak Berkuasa.Dan dibarat budaya memberi sedikit sumbangan wang adalah tanda sokongan,dan mereka tak perlu menjaja atau menghulur topi kearah pengunjung sebab para penonton atau pengunjung yang lalu lalang akan menghulurkan sumbangan tanpa kita minta,makna nya mereka menghargai bakat golongan ini.

 

Disini orang kita masih ada sikap malu yang tebal,mereka segan untuk memberikan sumbangan,padahal dalam hati mahu.Dia nak kita datang pada dia,itu saja..Bagaimanapun dari masa kesemasa pandangan masyarakat mula berubah dan mula menerima kehadiran golongan ini.Pemuzik jalanan bukan Peminta Sedekah dan pandangan bodoh ini perlu diubah terutamanya dari orang kita dan pihak Kerajaan  khususnya,berilah ruang dan permit untuk mereka bermuzik.Tidak dinafikan kehadiran golongan Busker ini memeriahkan suasana persekitaran bahkan para pelancong pun turut enjoy dengan persembahan mereka.Berilah sumbangan,kalau tak meminati muzik pun  anggaplah amal jariaah kita sesama  insan,habluminannas antara sesama kita manusia.Insyaalah akan diberkati.

 

Dari pengalaman saya sendiri selama hampir 2 tahun menimba pengalaman bermain muzik dijalanan,banyak pengalaman pahit dan ada juga yang manis,yang semuanya bagi saya amat mahal dan bermakna sekali dalam hidup saya.

 

Dan sehingga hari ini jika ada kelapangan Ke Pasar Seni,saya akan bersama mereka memeriahkan suasana bermain muzik dan bernyanyi,ini hanyalah sebuah kehidupan kawan…tidak ada apa yang perlu dikisahkan..

 

 

Mengikut cerita kawan-kawan sealiran,aktiviti Busking ini bermula pada awal tahun 80an lagi,antara yang terawal memulakan karier Busking ini adalah saudara Wahid,bekas graduan dari luar Negeri,pulang keMalaysia setelah belajar dan tinggal diEropah,mungkin ada masaalah atau memang itu jiwanya,dia kembali ke Malaysia dan meneruskan kerjaya Busking.Secara peribadi saya sering melihat persembahannya di Pasar Seni dihujung tahun 80an dulu.Dan saya sangat mengkagumi bakat yang dimiliki oleh Busker Wahid ini.Sangat berbakat.Dan diwaktu itu juga ada saudara Sidek yang telah pun meningal dunia beberapa tahun yang lepas,juga Pemuzik Jalanan sepenuh masa.Mereka sering Busking diWisma Yakin,Pasar Seni atau pada waktu malam dikawasan kedai makan Bangsar atau pun sekitar Petaling Jaya.Hidup secara Bohemian dan Gelandangan,kita perlu perlu belajar sebenarnya untuk memahami golongan ini kerana memang itu yang mereka mahu dalam hidup ini.Bahagia itu ada dimana-mana,ianya subjetif pada individu itu sendiri.

Pada awal 90an aktiviti Busking ini semakin meriah dan golongan Busker ini makin ramai dan mereka mula mendapat perhatian pengunjung yang datang.Antaranya yang hebat adalah Adi Jagat,Aznan Alias,Sherry,kumpulan Busker,dan ramai lagi.

’Collection’harian mereka boleh mencecah sehingga seratus ke dua ratus ringgit sehari hanya selama 2-3 jam bermain muzik di Pasar Seni.Dan ini memang tidak dapat saya nafikan kerana saya sendiri pernah menjadikan Busking sebagai satu kerjaya untuk mencari nafkah,dan mampu untuk menyara 3 orang anak dan isteri dengan Wang Busking ini.Cuma saya anggap kerjaya ini seperti kerjaya seorang penoreh Getah,kalau hujan tak dapatlah nak Busking sebab kita mengadakan Persembahan ditempat yang terbuka.Pun Begitu bukan setiap hari nasib akan menyebelahi kita,bergantung pada rezeki sebenarnya.Arena Busking bukan pentas untuk menunjuk siapa bagus atau tidak.

 

Saya memulakan aktiviti Busking ini pada tahun 2000,agak terlewat sebenarnya.Padahal sepuluh tahun sebelum itu saya pendamkan minat walau ada ajakan dari rakan yang Busking disitu,semuanya kerana merasa sangat janggal dan sikap malu yang tebal menguasai diri waktu itu.Pada mulanya saya hanya menjadikan Busking ini satu bentuk aktiviti latihan suara dan Gitar,sebab bagi saya latihan suara paling baik adalah apabila kita Busking,sebab ianya tanpa alat bantuan seperti Microphone atau Amplifier,jadi lontaran suara perlu kuat dan jelas ,begitu juga dengan permainan Gitar kita,kalau perlahan pengunjung tidak akan dengar bunyi petikan.Busking juga bagus untuk membentuk minda yang kuat dan tabah,ianya menguji ketahanan mental kita kerana pandangan masyarakat itu berbagai-bagai bentuknya,ada pandangan sinis,ada hinaan,ada cacian,dan ada juga yang suka.Jadi kita dapat belajar untuk lebih memahami kehendak diri, mengenal diri juga masyarakat melalui Busking.Yang saya faham setelah melalui pengalaman hidup selama hampir 2 tahun sepenuh masa bermain muzik dijalanan ini,hidup itu bukanlah semudah yang kita janji atau impikan.

 

Tahun 1996,saya mula  bekerja di Yamaha Music,sebuah Syarikat menjual peralatan Muzik,selama 8 tahun dan bertugas sebagai Pegawai Product Consultant disitu.Atas alasan tekanan kerja dan persekitaran yang membebankan otak,saya mengambil keputusan drastik dengan meletakkan jawatan pada 2004,dan  memutuskan untuk menjadikan Busking ini sebagai satu kerjaya untuk cari makan.Dan waktu itu kehidupan saya jatuh dan hampir musnah,dengan tanggungjawab sebagai suami dan ayah pada 3 orang anak dan isteri yang sedang mengandung ditambah dengan berbagai permasaalahan yang terpaksa juga dihadapi.

 

Hidup ini bagai roda.Adamasa hari kita baik dan ada masa sebaliknya.Saya pernah termenung ditempat Busking kerana hari hujan,dengan tiada satu sen pun ditangan,sedang dirumah barang keperluan sudah habis,dan saat yang paling tak boleh saya lupakan bila isteri bertanya ’berapa pendapatan hari ini?’Itu belum lagi pandangan negatif masyarakat yang menganggap golongan Busker ini penagih dadah,dan saya tidak berkecuali juga ,mungkin sebab keadaan fizikal saya yang kurus dan cengkung.

 

 

 

 

 

 

 

Sewaktu aktif dulu,aktiviti Busking saya bermula pukul 4 petang,pukul 2 petang dah kena keluar berjalan kaki ke stesyen LRT terdekat untuk ke Pasar Seni,hingga pukul 6.30 petang,dan malam saya akan ke jalan Alor,di bukit Bintang dengan menaiki bas,Busking disitu dan kalau ’collection’ok saya akan pulang kerumah,tapi kalau masih belum cukup saya akan sambung lagi di kedai makan diJalan Brickfield..dan biasanya saya akan mengambil bas yang paling akhir pukul 12 malam untuk pulang kerumah.Begitulah rutin hidup saya sebagai pemuzik jalanan.

 

Kadang-kadang jika hari sabtu saya akan ke Up-town untuk Busking di kawasan kedai makan disitu dengan menaiki bas dan akan pulang pada waktu subuhnya .Pernah juga pada malam Hari Raya,sedang saya Busking di kedai makan sekitar Bangsar seorang bangsa India menyapa dan bertanya kenapa tak sambut Hari Raya?Saya hanya ketawa,tak ada jawapan pun pada waktu itu..

Yang saya tahu hari itu macamana mahu cari duit untuk bagi anak isteri makan.Tidak ada makna Fun,enjoy,atau minat…sebab bila sesuatu hobi yang menyeronokkan itu kita lakukan sebagi satu tanggungjawab persepsinya berbeza.kita lakukan itu untuk terus hidup,bukan untuk berseronok.Busking sebenarnya telah mengajar saya untuk lebih mengenali diri sendiri,untuk redha akan ketentuan,untuk lebih memahami makna hidup yang sebenar.

 

Pada penghujung 2005 sewaktu sedang mengadakan persembahan,saya dicekup oleh pihak Polis,dirantai kaki bersama rakan-rakan Busking yang lain,kerana dianggap Penagih Dadah,dan saya dibawa kePenjara Pudu,ditahan disitu selama 3 malam. Selepas ujian air kencing dari hospital mengesahkan ujian air kencing saya negatif dan saya bersih,saya dibebaskan.Saat itu saya mula memikirkan sama ada mahu meneruskan karier ini atau meletakkan jawatan sebagai Full time Busker.Dan akhirnya saya mengambil keputusan untuk meninggalkan aktiviti Busking ini, berhijrah kesuatu dimensi yang lain..yang lebih bermakna untuk keluarga.Bagaimanapun jika ada kelapangan atau ke Kuala Lumpur seperti yang saya sebut diawal cerita tadi, saya akan kePasar Seni untuk bersama rakan-rakan mengadakan persembahan Busking ini,yang biasanya pada hari sabtu dan Ahad saja,dan ianya sangat membahagiakan.

 

Dalam hidup ini kita boleh pilih apa yang kita mahu sebenarnya,baik atau pun buruk,bergantung pada nawaitu kita sendiri.Mungkin kita mulia disisi manusia,tapi disisi Tuhan kita belum tahu dan mungkin kita hina disisi manusia,namun disisi Tuhan pun kita belum tahu juga keran tiba waktunya untuk kita pulang mengadap Pencipta.Ini hanyalah sebuah kehidupan a kita hanyalah pengembara,berjalan diatas loron takdir sebelum tiba waktunya untuk kita pulang mengadap pencipta.Ini hanyalah sebuah kehidupan kawan

END

Share This Article On Facebook

468 ad
  1. telingga gua ni kira bole layan apa-apa muzik atau lagu even lagu tamil gua layan,lagu orang asli sewang pun gua layan…cuma macam lu cakap lagu melayu kita sekarang..emmm alahai…kalau lagu-lagu pop terutama penyayi lelaki yang suara tak jantan..hampeh..ha..ha.sebab itu gua layan lee hooker and Bukka white..ini mungkin gak sbb depa ni penyanyi rakyat cam lu,,aliran ini lebih rapat dengan hati gua..ha..ha..satu lagi senikata lagu tak menyegat la ni..ha..ha.

  2. ya..gua bukan apa,industri teruk sgt la ni..hehe..just make it balance pun ok..api takk byk yg serius dgr muzik sebenarnya disini,thats y..

  3. Vectorlogist says:

    Bang Meor..betul ke saudara busker Sidek dah meninggal? Sedihnya…. antara rutin mingguan aku ialah menonton Sidek n Sherry busking kat CM… aku baru teringat nak ke CM balik tengok2 kalau diorang tu perform lagik…. ishk isk

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.