Notes: untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Penghargaan..D.R.U.R PELANCARAN ALBUM D.R.U.R 17HB OKTOBER 09

penghargaan DRUR..Part 2

7 comments

Sebenarnya untuk album DRUR ni,inilah pertama kali aku guna nama penuh.Meor Yusof Aziddin.Itupun atas cadangan Pyanhabib.Sebabnya dulu aku selalu ber SMS dengan dia,jadi dia cakap..Ini Meor mana satu?Meor ada banyak..hahaha…Lu kena guna nama penuh..hah!Jadi untuk album ni..Aku pun guna nama penuhlah..hahaha…
Personally memang aku nak Pyanhabib involve dalam album ni..aku tanya dia boleh sumbangkan sajak dia untuk aku lagukan dalam album..?Mula-mula dia cakap ‘Nanti gua fikir’…Jadi aku pun KIV lah..Last minute juga sebenarnya..Lepas tu dalam sebula kemudia baru Pyan reply..Dia kasi sajak popular dia..Bapakku seorang YB yang dia bikin tahun 1986…Dia bilang sajak ni gua selalu baca dalam majlis-majlis kesenian dulu sampai sekarang..hahaha…Jadi gua ucapkan Terimakasih pada Pyanhabib untuk sajak dia.Dan dari reply yang kita dapat..lagu Bapakku seorang YB ni popular…..Orang Cina,India,Melayu..semua suka lagu ni..ha ha..

Aku ada lagu favourite dalam album ni..Membenarkan kebodohan yang ditulis oleh bro Abdullah Jones..Dolah jones ni..kenal akukenal dia dah lama sebenarnya.Masa dia kat oversea lagu..Dia dulu selalu beli album-album aku melalui pos..sejak 2004 rasanya..lama dah…masa album ‘Yang terlintas difikiran’ aku pos pada dia masa dia kat Leicester kot..pakai pos berdaftar..duit pos rm 10..tak sampai pada dia..ha ha ha..masa tu 2006 kot…sebelum tu aku hantar 3 album pada dia..pakai pos biasa je,,rm 2-3 je..tak berdaftar pun..sampai pulak…ha ha…Jadi bila dia dah bermastautin di Malaysia..dia datang launching album ‘Sakrat aku yang berlangsung di Annexe..Pasar Seni..pun aku tak sempat jumpa dia..Sajak ‘Membenarkan dia email pada aku dah lama dah..ingat-ingat tahun 2005 lagi..dia cakap..Ada berani lagukan sajak dia?hahaha..Aku reserve je masa tu..Jadi bila ada plan nak bikin album yang melibatkan kawan-kawan..Aku pun mintak kat dia sajak-sajak dia untuk aku lagukan..Seingat aku ada 3 sajak dia..Cuma yang betul-betul melekat pada aku sajak ‘Membenarkan kebodohan’.Aku tanya dia ‘lu mahu rentak macamana?hahaha..selalunya macm tulah..Jadi dia cakap..bikin upbeat..ada macam The Police sikit-sikit…Jadi aku pun bikin la..rasanya proses buat lagu 15 minit je..Siap saja aku terus email pada dia kasi dengar…hahaha..Dia suka sangat..hahaha….Jadi aku pun proceed la lagu ‘Membenarkan kebodohan ‘ ni..Lagu ni bini aku pun suka..tak tau part yang mana yang dia suka…Zunar pun suka lagu ni..Dia caakap akan popular..ha ha ha..
Aku seronok kawan-kawan ada involve dalam album ni..

bersambung….

Share This Article On Facebook

468 ad
  1. salam bro.

    1. mmg betul kata Pyan, selalu confuse Meor mana?

    2. Pagi tadi (12-Okt-09) aku keluar rumah jam 4.30 am. Sampai Sintok jam 8.00 am. Rasanya 10 kali aku dengan lagu Bapaku Seorang YB.

    3. Tadi (jam 4.00 pm) saja aku bagi dengar lagu Pyan tu pada student (member juga) dari Indon. Dia ingatkan lagu Iwan Fals. Mmg aku rasa ada sikit-sikit mirip lagu Iwan Fals. Aku pernah tulis dlm blog aku, kalau suara Pyan tak jauh lari mcm M Nasir, boleh jadi penyanyi Pyan ini. Suruh dia tulis lirik mengancam lagi!

    Lukmanw

  2. ya, saya juga suka lagu tu.patut jadi lagu kebangsaan malaya yang baru!

  3. lukman:terimakasih atas komen bro..sebelum album ini keluar..lagu I.S.A dan memali dah selalu dipersembahkan pda khalayak,,lagu yb pyan ni..agak low profile..cuma ini roots muzik gua..cabang2 dylan/fals/yang muziknya agak merakyat dan relax..cuma feedback yg gua dpat byk orang takkira apa bangsa..cakap ini lagu fav diorang..hahaha

  4. Bro Meor

    Bikin satu lagu macam Negara Iwan Fals itu.

    Mungkin Abdullah Jones boleh buat lirik.

    Bro Abdullah Jones – kenal Azmi Rahman (UUM), saya baru berkenalan dengannya.

    Lukmanw

  5. Bro Meor

    1. Masih tunggu Bro dengan lagu Negara (khas utk Malaysia).

    2. Usaha saya untuk “merakyatkan” student di sini (bersama Meor Lantera Jiwa) masih samar-samar. Samar dgn H1N1 asalnya dan kemudiannya samar dgn birokrasi (biro tak kasi?). Tidak pasti adakah juga jerangkap samar menanti tapi usaha masih berterusan.

    Lukmanw

  6. kalau bini lu suka meor…ok la tu…selamat…

Leave a Reply