Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Perihal hidup dan keseimbangan.

0 comments

Biasanya manusia cepat berubah mengikut musim. Bila senang, lupa diri. Bila susah baru sedar diri. Itu biasa bagi saya, kalau sedar diri walau dah senang itu baru luar biasa bagi saya. Lupa adalah sifat yang lumrah bagi kita manusia.

Untuk membuat kita selalu sedar diri walau hidup dah senang senang saja. Walau kita ada kereta mewah, naiklah tren sekali sekala, naiklah bas sekali sekala. Berjalanlah di lorong pejalan marhen dan praktikalkan makna kehidupan itu sendiri.

Banyakkan bercermin kerana di dalamnya ada wajah kita yang sebenar. Wajah kita yang di dalam itu bukannya indahkan hal-hal dunia sangat sebab dunia itu hal, hal itu nafsu dan nafsu itu kehendak.

Wajah kita yang di dalam itu tidak berminat tentang cerita riak, takbur, bangga diri kita sebab materi dunia itu hanya untuk di dunia. Jadi sangat baik jika kita duduk di tempat yang tinggi, selalu-selalulah menjenguk yang di bawah, itu yang wajah kita yang di dalam itu suka dan bila dia suka jiwa kita akan tenang.

Saya pernah melalui musim di mana ianya umpama jika tali itu terlalu tegang, ianya akan putus. Musim di mana kita terlalu jujur mentafsirkan makna hidup.

1990 adalah period yang praktikal juga kritikal. Ianya musim ghairah, soul searching. Saya waktu itu bekerja di kilang plastik, gaji rm 12 sehari. Waktu kerja 7 pagi hingga 3 petang atau mungkin terus menerus sehingga 48 jam. Saya akan berjalan kaki ke tempat kerja sejauh 2 km, pakai singlet koyak rabak dan seluar yang kotor serta berselipar jepun.

Itulah rutin hidup saya sebagai seorang pekerja kilang. Bercampur dengan pekerja anak-anak muda yang kebanyakan mereka mat metal berambut panjang, ghairah bersosial yang hidup mereka penuh dengan aktiviti arak, seks dan dadah.

Musim itu juga pegangan hidup saya agak heavy dan tak pernah ambil pusing tentang hal-hal dunia sangat mahupun keseimbangan. Dalam diri sangat sarat dengan ilmu hakikat itu, hakikat ini, mengenal diri, berbagai lagilah. Cuma saya bernasib baik wayar dalam tak putus, tapi ada senget sikit..Hari raya lepak sorang-sorang, makan maggie. ha ha ha

Waktu itu terlalu ghairah nak mengenal diri sangat kot, sehingga kita lupa hal-hal keseimbangan dan dari situ saya belajar banyak perkara. Yang paling penting tentang kesederhanaan dan keseimbangan. Jika kita serius dan jujur kita akan dapat apa kita mahu. Saya dapat apa yang saya impikan waktu itu, jadi ianya proses yang tak berpenghujung.

Jadi bukanlah sesuatu yang luarbiasa jika kita akan berubah tanpa kita duga kerana hal ubah mengubah ni bukan kerja kita sebenarnya. Kita lihat penyanyi Cat Steven. Dari dunia glamour dan gemerlapan sebagai seorang penyanyi yang berjaya dan kaya raya, secara drastik beliau berubah sehingga menjadi seorang muslim yang sejati. Mempraktikal hukum hakam agama sehingga muzik pun dia tinggalkan. Beberapa tahun kemudian beliau mengeluarkan album nasyid tanpa muzik, cuma gendang. Dan hari ini beliau kembali lagi dengan album ‘road singer’. Kembali bergitar dan bernyanyi seperti beliau yang dulu. Cuma dulu prosesnya mencari dan hari ini prosesnya keseimbangan. Pun kita tidak tahu apa yang akan beliau lakukan esok.

Jadi bila saya lihat pelawak Bob Lokman secara drastik memilih hala tuju hidup dan pegangannya, saya hanya melihatnya sebagai suatu musim dan satu ketika. Saya tidak melihatnya sebagai sesuatu yang kekal kerana manusia biasanya berubah mengikut musim. Saya lebih suka tentang hal-hal keseimbangan.

Apapun jika di situ ada kebahagiaan di jiwa, bermukimlah di situ.

From the album “ROAD TO HELL”, 1989. Live footage from The David Letterman Show, 1991.

The Road to Hell- Chis Rea

Well I’m standing by a river
But the water doesn’t flow
It boils with every poison you can think of

And I’m underneath the streetlights
But the light of joy I know
Scared beyond belief way down in the shadows

And the perverted fear of violence
Chokes a smile on every face
And common sense is ringing out the bells
This ain’t no technological breakdown
Oh no, this is the road to Hell

And all the roads jam up with credit
And there’s nothing you can do
It’s all just bits of paper
Flying away from you

Look out world take a good look
What comes down here
You must learn this lesson fast
And learn it well
This ain’t no upwardly mobile freeway
Oh no, this is the road to Hell

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.