Notes:
Perihal kematian
Alhamdulillah,semuanya selesai..arwah bapak mertua dah selamat dikebumikan dengan selamat dan alam merestui..
Sebenarnya gua ambil tiket tren hari jumaat(13/3/2009)..Bini gua berlepas dulu dah pada rabu tu(12/3/2009)sebab gua rasa memang tak sempat..Gua sebab kena jaga mak tu sebab tak boleh pergi awal sikit,lagipun hari kerja..
Sudahnya pukul 5 pagi khamis bini gua call,abah dah meninggal..Gua pun ambik tiket bas pukul 7 pagi,terus ke Kl..sampai pukul 9.30 terus ke Masjid Khairiah,AU3..masa tu tengah mandi mayat..ramai orang menziarah dan sama-sama sembahyang untuk jenazah..
Arwah semasa hidupnya seorang yang amat mesra dengan masyarakat sekelilingnya,pernah dapat khidmat pekerja cemerlang di Dewan Bahasa,pernah jadi johan berqasidah..Bapak mertua gua ni kerja DriverĀ saja di dewan bahasa tu..tapi itulah,itu watak yang telah disediakan untuknya,dia sangat jujur dengan kerjanya..Sampaikan bila pegawai,Doktor yang nak mengesahkan kematiannya pun terkejut sebab dia pun kenal arwah…Cuaca pun redup dan tak hujan,seolah merestui pemergian arwah..Dikebumikan pda tengahari sebelum zohor..semuanya berlangsung selama setengah jam saja..orang pun berduyun-duyun datang..sama-sama bertalkin..Hablumminannas arwah sesama masyarakat alahamdulillah baik..Gua pun lega la juga..liang-lahat pun ngam-ngam untuk siaz arwah..
Saat-saat nafas akhir arwah pun relaks..dia pergi kesana dengan tenang jiwa..
Jangan digusar tentang rahmat Allah,jangan diwas-was tentang kasih dan sayang Dia,jangan digusar tentang kembalinya roh kepada yang empunya roh..sebab itu semua janji dia didalam Al-Quran..yang wajib kita percaya semua kata-katanya..Sebab ianya benar belaka..pertingkatkan tahap yakin kita kepada dia..positifkan cinta dan kasih sayang kita kepadanya melalui hidup yang sedang kita lalui…Inilah kita seadanya..
Alfatihah..















Al-Fatihah
salam takziah dari aku…
kau rajamlah aku hukumlah aku dengan kasihMu
kerna kutahu hanya Kua
tempat mengadu dan bercumbu
Al-Fatihah
Takziah untuk lu sekeluarga
..takziah untuk lu sekeluarga..serta AlFatihah untuk arwah..
Bukan kematian benar yang menusuk kalbu Keridlaanmu menerima segala tiba
Tak kutahu setinggi itu atas debu
Dan duka maha tuan bertahta
Chairil Anwar- Nesan
bersanding dengan maut..
busana penuh putih..
memang maut jodoh dia…
juga jodoh kau..
jodoh semua…
cuma dia…
disandingkan seawal ini..