Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

perjalanan memang sudah tertulis, tetapi..?

0 comments

Perjalanan hidup kita ini memang sudah tertulis. Sakit, sihat, susah mahupun senang, cumanya kita perlu berjalan di atas titian takdir itu sendiri. Maknanya kita tidak lupa setiap langkah kita dan kita selalu bertanya pada diri sendiri akan kedudukan langkah kita di musim yang sedang kita lalui.

Tahun 1998, september 11 isteri saya sarat mengandung anak kami yang ke dua. Saya bergegas membawanya ke hospital besar dengan motorsikal yang jaraknya dari rumah saya kira-kira 25 minit perjalanan. Waktu itu saya belum berkereta, jadi terpaksalah menaiki motorsikal untuk ke sana dan ke mari. Memang payah waktu itu dengan duit di saku pun hanya sekadar cukup-cukup makan.

Sewaktu kelahiran anak pertama kami, segalanya berjalan lancar tetapi untuk anak yang ke dua bakal lahir ini perjalanan dan situasinya agak menyulitkan. Saya agak risau. Salah satu sebabnya kandungan anak yang bakal lahir baru berusia 8 bulan, maknanya ini bukan sesuatu yang normal bagi perempuan yang bersalin. Tempoh matang untuk bersalin biasanya 9 bulan.

Apabila sampai di hospital isteri saya terus di masukkan ke wad bersalin. Waktu itu tengahari.

Seperkara yang sangat saya kesalkan di sini layanan para jururawat yang wajah mereka ini mungkin cantik sedikit daripada monyet sangatlah mendukacitakan. Isteri saya hanya menjadi bahan eksperimen oleh doktor pelatih yang bangang.

Sudahlah air mentuban isteri saya dipecahkan oleh doktor pelatih yang bangang tersebut tidak mengikut cara yang betul dan sangat kasar sehingga air tersebut melimpah dan isteri saya menanggung kesakitan yang amat, pun di waktu itu para-para jururawat yang macam sial..Saya katakan sial kerana mereka ini kerja makan gaji yang otak dan fikiran mereka bukannya ada sangat di tempat kerja.

Buktinya kata isteri saya ini di saat dia sedang menanggung sakit, mereka masih boleh arahkan isteri saya dengan suara yang kasar untuk mengangkut beg pakaian yang dibawanya di letakkan di satu tempat.

Para-para jururawat yang hodoh tersebut masih boleh bergelak ketawa bersembang-sembang perihal hal yang bodoh dan bangang. Itulah mentaliti mereka. Apa boleh buat, inilah nasib golongan marhaen macam saya. Yang jururawat kata pintu rahim 6cm, yang si doktor pelatih yang bangang tersebut kata 4 cm. Uri pulak melekat dan si doktor pelatih yang bengap tersebut mencabut dengan kasar. Bayangkanlah betapa azabnya isteri saya waktu itu.

Hasilnya anak saya yang lahir sebagai bayi yang pramatang di letakkan di dalam incubator selama sebulan lebih kerana beratnya hanya 1.5 kg.

Pada usia Adam, anak yang saya yang lahir sebagai bayi pramatang itu 3 tahun, dia sahkan mengidap penyakit Autisma. Betapa luluhnya perasaan saya waktu itu.

Kesannya saya sedang menanggung penyesalan seumur hidup atas apa yang terjadi kepada anak saya. Hakikat perjalanan memang sudah tertulis tapi pelaksanaannya kita masih boleh tentukan . Akhirnya saya terimalah apa yang sudah tertulis itu walau ianya sangat mendukacitakan kerana ianya melibatkan nyawa dan masa depan anak saya.

Pengajaran dari situ, untuk anak saya yang ke tiga dan ke empat, saya usahakan juga untuk isteri saya bersalin di klinik swasta. Tak apalah kita keluarkan sejumlah wang walau kosnya berkali ganda asal kita puas hati.

Isteri kawan saya asalnya dari Sweden, pun untuk melahirkan anak dia sanggup pulang ke negaranya kerana di sana semuanya lengkap. Itulah bezanya negara maju dengan yang membangun seperti negara kita.
Di sana kata kawan saya isterinya dijaga oleh para jururawat yang faham ertinya kemanusiaan dan doktor yang menyambut bayi mereka dari kalangan yang professional, bukannya doktor pelatih. Di sini, isteri kita dilayang seperti lembu. Menyedihkan, tapi apa boleh buat, itulah kenyataan.

Sehingga ke hari ini jika saya ke hospital besar, saya tengking je jururawat-jururawat yang hodoh ni, sebab mereka memang layak untuk dihina sedemikian rupa. Memang sial!!

Itulah, nasihat saya kepada kawan-kawan yang isteri mereka mahu melahirkan anak, korbankanlah sejumlah wang ringgit walau ianya sebesar gunung sekalipun, kita tidak akan menyesal untuk itu..percayalah ..Jadikan kisah saya ini sebagai pengajaran.

Emosi sungguh saya untuk entri kali ini, apa boleh buat..semuanya sudah tertulis..

Come Away Melinda lyrics

Daddy, daddy, come and look, see what I have found
A little ways away from here, while digging in the ground
Come away Melinda, come in and close the door
It’s nothing, just a picture book, they had before the war

Daddy, daddy come and see, daddy, come and look
Where there’s four orfive little Melinda girls
Inside my picture book
Come away Melinda, come in and close the door
There were lots of little girls like you
Before they had the war

Oh daddy, daddy come and see, daddy hurry do!
While there’s someone in a pretty dress
She’s all grown up like you, won’t you tell me why
Come away Melinda, come in and close the door
That someone is your mummy, you had before the war

Daddy, daddy tell me if you can
Why can’t things be the way they were, before the war began

Come away Melinda, come in and close the door
The answer lies in yesterday, before they had the war . . . .

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.