Notes:
Pertemuan dan kesunyian
Pertemuan selalunya membawa berita gembira untuk cerita kebahagiaan. Kebahagiaan adalah jarak dari A ke B yang mana itu kita namakan proses. Proses itu ada suka juga duka. Mana ada proses yang penuh dengan episod sukacita dari awal sampai habis? Ha ha ha
Di penghujungnya adalah kesunyian. Itulah kenyataan. Nyata bahawa suatu hari nanti kita akan meninggalkan cerita suka mahupun duka hidup ini. Nyata bahawa di penghujung usia kita akan kesunyian. Sunyi apabila anak-anak akan membawa hala hidup dan cerita mereka masing-masing. Nyata bahawa cinta yang hakiki itu adalah kepadanya jua. Di waktu itu segala mimpi indah dunia semakin kita kuburkan. Nafsupun semakin mengendur. Kita pun semakin lesu dan layu di mamah usia.
Itulah betapa pentingnya di usia yang muda, kita tanamkanlah minat untuk belajar mengenal Alam dan pencipta, bukan setakat mengenalnya melalui nama sahaja. Bukan setakat mengenalnya melalui kata-kata puji. Kita wajib menyusuri jalan ke lubuk hati kita sendiri kerana di situlah terletaknya bening kehidupan. Di situlah terletaknya segala punca.
Mungkin jalan menuju ke sana akan ada semak dan samun lagi pulak lorong mungkin sudah lama kita biarkan. Jadi kenalah kita tebas semak samun dan apa jua halangan. Tak apa, pelan-pelan kita kayuh!
Hasilnya? Hasilnya kita akan lebih mengerti bahawa apa yang dicari itu bukannya di sana. Semuanya ada di sini belaka.
Keberhasilan dalam mengenalnya akan buat matahati kita akan lebih tawadhuk dan redha akan nikmat suka dan duka kehidupan.
Itu subjek yang paling penting kerana redha itu maknanya kita belajar menerima cerita suka duka kita dalam hidup ini. Usaha atau ikhtiar adalah proses untuk mendapat apa yang kita mahu dalam hidup ini, selebihnya adalah penyerahan dan redha.
Perjalanan saya dalam mengenalnya pun tidaklah sehebat mana, mungkin tak ke mana-manapun. Mungkin kat situ juga. Ha ha ha
Cuma saya suka jika kita manusia ni carilah siapa diri kita. Kerana kita ini telah dibekalkan dengan ‘roh’. Roh itu inti cerita.
Mungkin jalan kita tidak sama, tapi tujuannya ke situ juga.
Kita boleh juga mengenal hidup ini melalui kehidupan yang sedang kita lalui. Persekitaran, perjalanan hawa nafsu dan mimpi indah mahupun duka. Semuanya adalah mata pelajaran untuk kita pelajari.
Apa yang bestnya lagi jika kita kenal alam ini dan penciptanya?
Yang paling bestnya adalah daripada kita ini merasakan kita punya apa-apa, sampailah akhirnya kita ini sedar yang kita sebenarnya tidak punya apapun, sebab semuanya bersifat pinjaman. Ha ha ha
Jadi kesedaran itu akan buat kita ketawa sendiri, mengenang nasib diri.
Bagaiamanpun itu hanyalah permulaan. Selebihnya? Kita sama-sama lihat nanti, insyaallah.
Elvis Presley – Solitaire
Recorded: 1976/02/03, first released on “From Elvis Presley Boulevard”
(Words & Music: Neil Sedaka / Phil Cody)
Lyrics:
There was a man, a lonely man
Who lost his love, thru his indifference
A heart that cared that went unshared
Until it died within his silence
And solitaire is the only game in town
And every road that takes him, takes him down
While life goes on around him everywhere
He’s playing solitaire
And keeping to himself, begins to deal
And still the king of hearts is well concealed
Another losing games comes to an end
And deals them out again
A little hope goes up in smoke
Just how it goes, goes without saying
There was a man, a lonely man
Who would command the hand he’s playing
And solitaire is the only game in town
And every road that takes him, takes him down
While life goes on around him everywhere
He’s playing solitaire
And keeping to himself, begins to deal
And still the king of hearts is well concealed
Another losing games comes to an end
And deals them out again
And solitaire is the only game in town
And every road that takes him, takes him down
While life goes on around him everywhere
He’s playing solitaire
…














