Notes:
Phil Ochs-The legend series..
Tajuk lagu ni here’s to the state of Richard Nixon..Penyanyinya Phil Ochs..Yang ini lebih real dari Dylan sebenarnya..lebih radical dari Malcom X..Aku dulu peminat lagu-lagu Billy Bragg..penyanyi Folk Sosialis ..yang juga legend selepas keluar dengan sebuah album rabak gitar letrik dengan nyanyi..Spy vs Spy kot tittlenya…Billy diintroduce pada aku oleh Joekidd juga tahun 90 dulu..Jadi selepas tu..aku pun collect la album-album Billy Bragg..Jadi aku ada baca pendapat Billy tentang Bob Dylan..Dia kata Dylan ni masih hensem juga..berbeza bila dia dengar Phill Ochs..jadi ini lah yang real..sebab dia tak hensem sangat..hahaha,maksud aku lagu-lagu dia…Sama juga bila kamu tanya aku pasal Nasir..aku akan cakap Nasir tak ada benda melainkan lagu-lagunya mengajak pendengar menjadi individual yang kuat berangan dengan lagu-lagu ketuhanan yang tidak matang…Aku lebih suka Wahid Busker..tanpa prejudis atau prasangka..atau dia itu siapa..cuma aku sangat menghormati Wahid Busker..Sama juga bila aku kata aku menyampah bila dengar lagu-lagu Tacy Chapman..sebab suaranya sedap dan bergetar..aku tak membesar dengan mendengar suara penyanyi..hahaha..Dan sama juga bila pertama kali aku dengar Leo Kristi penyanyi Folk Indon..bilamana aku membaca review 10 page pasal Iwan Fals..yang mana dalam temuramah dengan Franky Sahilatua..Dia cakap Fals tak ada beza dengan Ebiet,Gombloh,atau mana-mana penyanyi Folk Indon lainnya melainkan kalau dia dengar Leo Kristi..Jadi akupun kelamkabut pi cari album Leo Kristi..Sementelah Zunar ke Indon ditahun 90an dulu,sempatlah dia belikan aku album Leo Kristi.memang berbeza pun..
Kita suka yang real sebenarnya..yang tak real bukannya tak bagus..Cuma bukan selera kita…Phil Ochs?Dia legend..Kalau nak tau detail boleh search kat Google…memang dia real..
Aku membesar dengan lagu Dylan juga..Ebiet,Kembara,Fals,Gombloh,Leo,Cohen,Gilbert O Sullivan..bla bla bla..banyak sangat…Ini sebab kita bercerita tentang subjek ‘Real’…Pakatan itu real..Non pakatan itu tak real..Non Partisan itu?hahaha…
Terbaru..BN bungkus lagi diPermatang Pasir..dan Gedung Kartun milik Zunar mula diserbu…hahaha..jadi orang yang glamer tak suka pada subjek yang real..sebab yang real itu adalah kebenaran…walau ianya subjektif untuk kita bincangkan dengan lebih detail..
Apa la nak jadi dengan negara aku la ni?hehe…















..meor dah mula balik dahhh..he he teruskan bro..teruskan..
Bro wa bru nak cadangkan lu tulis satu kolum pasal alam music yg real dan tak hensem ni kat GeDung Kartun..tapi KDN dah kacau plak..ha..ha..kesian Rabak n Raban aku.
hahaha..promosi free tu bro…dt worry..Tuhan itu suka pada subjek kebenaran,ssaham akan jadi makin tinggi