Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Politik dan kehebatannya

0 comments

Saya bersembang-sembang dengan kawan saya tentang orang politik dan kehebatan mereka. Katanya dia salute orang politik kerana mental mereka sangat kuat. Bayangkan permainan yang terpaksa mereka hadapi. Memang sangat menduga minda dan iman. Orang biasa memang tidak sama dengan orang politik. Itu saya bersetuju dengan pandangannya.

Bukanlah kerana isu porno atau liwat atau apa saja yang mengaibkan. Kita tidak bercakap tentang parti politik kiri atau kanan. Orang politik kanan pun permainan dan dugaan mereka berat juga. Semuanya berat-berat belaka dan saya salute mereka sanggup menghadapi permainannya.

Kita ni kalau kawan-kawan kutuk belakang pun dah terasa hati dan sebagainya. Orang politik ni lagilah, satu negara menyaksikan cerita baik dan buruk mereka, hatta cerita dalam kelambu pun masyarakat tahu, jadi bayangkanlah kalau kita manusia biasa yang menghadapinya. Ha ha ha

Saya rasa itulah harga yang perlu dibayar bagi mereka yang sanggup menggauli arena politik. Caci maki, keaiban, fitnah, tipu daya adalah sebahagian dari permainannya. Saya tidak sanggup! Tak apalah jika saya duduk dalam dunia orang biasa, inipun kadang-kadang kita pun tension dengan kerenah kehidupan dan persekitarannya.

Saya baca cerita tentang orang politik pun saya pening. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana mereka dan keluarga mereka menghadapinya. Memang berat. Atau mereka masih boleh tidur lena waktu malam? Atau badan berpeluh tidak mampu melelapkan mata walau bilik tidur mereka berhawa dingin kelas satu? Ha ha ha…

Dari segi hasil mungkin lumayan, tapi harga yang perlu kita bayar yang itu saya rasa ramai yang tidak sanggup menghadapinya. Tambahan bak kata kawan saya yang seorang lagi bahawa permainan politik di tanahair kita sangat menakjubkan? Ha ha ha

Pink Floyd – Brain Damage
Waters

The lunatic is on the grass.
The lunatic is on the grass.
Remembering games and daisy chains and laughs.
Got to keep the loonies on the path.

The lunatic is in the hall.
The lunatics are in my hall.
The paper holds their folded faces to the floor
And every day the paper boy brings more.

And if the dam breaks open many years too soon
And if there is no room upon the hill
And if your head explodes with dark forebodings too
I’ll see you on the dark side of the moon.

The lunatic is in my head.
The lunatic is in my head
You raise the blade, you make the change
You re-arrange me ’till I’m sane.

You lock the door
And throw away the key
There’s someone in my head but it’s not me.
And if the cloud bursts, thunder in your ear
You shout and no one seems to hear.
And if the band you’re in starts playing different
tunes
I’ll see you on the dark side of the moon.

“I can’t think of anything to say except…
I think it’s marvellous! HaHaHa!”

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.