Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

protes minyak 6.7.08..hehe

13 comments

Kecoh di media dan dimana-mana pasal program protes yang tersangkut dek kerana band punk carburatur dung dan lagu-lagunya dan muzik mereka yang dikatakan tak sesuai untuk program tersebut.Kebetulan aku dijemput sama menjayakan program tu oleh Ishamuddin rais dan Black..so,aku pun perform walaupun diorang tak bayar..cuma dalam bab ni kita tak calculative sangat pasal bayaran..dan dalam part aku,rasanya ok kot sebab aku dan nik perform akustik konsep jer,muzik pun santai..lagu pun banyak lagu-lagu fals dan ebiet..ada satu dua lagu aku ,aku nyanyikanlah…dan semuanya ok..cuma orang-orang pas dah start boikot masa sebuah band’Lawan tetap Lawan’ perform,waktu tu dalam pukul 3 petang gitu..muzik diorang Punk..dan dari situ bagi aku personally band-band rock/punk memang tak sesuai main kat tempat macam tu,sorry to say,percaturan isham silap kat situ…

masa ura-ura nak dijemput ella dan mas idayu pun diorang dah kecoh,ini kan pulak band rock/punk..hehe..jadi kedua-dua pihak perlu rasional dan ada tolenransi bila tiba bab yang macam ni…things are happened..tak boleh nak kebelakang untuk betulkan keadaan…jadi penganjur kena faham sentimen orang-orang pas,sebab itu prinsip diorang..dan dalam masa yang sama mereka juga perlu rasional dalam menangani apa juga keadaan walau pun negatif,emosional bukanlah jalan terbaik menyelesaikan masaalah..

personally carburatur dung adalah sebuah band punk yang tight,drummer dia bullet,adalah bekas drummer kumpulan Punisher ditahun awal 90an dulu,dan fendi,alak,bullet,dan joe kidd adalah kawan baik aku…especially joe kidd..dia adalah god father dalam dunia underground,especially dari segi knowledgenya dalam bidang yang dia tahu dan faham..aku banyak tahu pasal muzik punk/hardcore dari dialah,atau genre folk yang rare dan pure dia banyak tahu..and he is a very nice person…even until now kita kawan baik..sejak tahun 91 lagi…tak per,lepas ni saham carburatur dung akan naik melonjak..hahahaha…

berkenaan liirik-lirik  diorang ,ianya berbentuk luahan dan marah atau kita boleh kata berbentuk satira..punk itu muziknya memang anti mainstream..bising,bingit..ekspresi,anger..itu memang asasnya..aku pun peminat dead kennedys dan henry rollins…dululah..la ni..umur dah 40 lebih,rasanya banyak cool…ialah,ini hanyalah sebuah kehidupan saja..percaturan hidup manusia yang begitu dan begini…so kita hanya jalani hidup kita sebagai manusia yang seadanya dan semampu kita memadailah…..

apapun…life goes on bro..hehe

Share This Article On Facebook

468 ad
  1. ha..ha..ha..sori bro gua lambat dpt Msg lu ari tu..kalau tak bole kita jumpa.Ye la gua pun dah tua..so jiwarasa orang tua ni lain sikit..bab-bab londeh seluar and tongeng2 buntut bukan selera gua…muda-muda dulu gua jenis rebel rugged ala2 Charles Bronson tapi tak tergamak londeh seluaq kecuali di tempat yg sepatutnya…santai-santai je la idup ni..jgn keras-keras sgt kut..ha..ha

  2. bro…lu pergi ke blog husam musa…tengok pendapat dia,gua respek sifat keterbukaan dia dalam menilai..hehe

  3. Sayang tak datang. Kalau tak boleh tengok persembahan sdra. Dah lama nak dapatkan album2 sdr, belum berkesempatan.

    🙂

  4. TQ,gua dah baca komen beliau…gitulah orang yang berilmu yg mengamalkan ilmunya..Menda solid ni kalau dititiskan air lama-lama akan cair gak kan.Hopefully bebudak tu akan sampai gak ke period santai-santai macam kita..ha..ha..

  5. jp,no problem…kalau ada kesempatan datang show di KL pac..18,19&20hb DI KL..ada program singer/songwritter kat sana…saya ada perform kat sana juga…tq

  6. one day si mat2 metal tu akan jadi macam kita..back to basic…cool…santai..no more rebel2 nih…

    depa londeh tu sbb suka sgt tgk citer Braveheart kot…tapi dlm filem tu bukan londeh, tapi selak ‘kilt’. time selak tu pulak ditujukan kepada pihak lawan(English). tapi kita terbalik, tunjuk punkuq kat kawan…

    gua hari2 tunjuk punkuq gua kat toilet bowl…haha

  7. almak bro time tu gua ngan ben ada hal cari makan plak…kalau tak mesti gua chow turun K.L pnya teringin sgt tengok lu perform..he..he..

  8. ubilepih:tak per,ada masa blh tengok lagi..18hb tu gua perform untuk MALAM KESENIAN PAKSI di kelana jaya..dirasmikan oleh Tuan guru Haji Nik Aziz..hehe..ahad tu di KL pac..singer songwritter…but if ada masa gua nak busking kat cm dulu..hahahaha

  9. Bro,lu kenal syed amir,kat kampung orang panggil pak mim kalau tak silap,di cakap kat kg.rumah lu orang bejiran n dia pun lu punya kawan.
    Syeh ni kawan kamcing gua…gua suka dia sebab di warak orangnya..kita orang selalu masuk hutan camping sama-sama.Dia buka company accounting kat bangi sekarang.

  10. ya gua kenal dia,kawan baik satu kampung..sama2 masuk jawi…sama2 mengaji masa kecik..dan dia memang warak orangnya..ada jumpa dia few years back..kirim salam sama dia bro..hehe

  11. Insyallah,nextweek kalau tak ada aral kami berjumpa.Akan gua sampaikan salam lu.

  12. lama x update ni bro..bz bebeno ye..

  13. hehe…baru masuk opis,mlm sabtu ada perform depan Tok Guru Nik Aziz..dan ahad ada kl singsong program..jap lagi gua update..

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.