Notes:
Ramadhan datang lagi
Ramadhan datang lagi – Semua umat islam akan menyambutnya seperti biasa. Saya suka menjenguk masa lalu saya di alam kanak-kanak sewaktu berpuasa. Dengan beraneka hidangan yang dihidangkan olek mak, saya makan dengan penuh nafsu. Bukak puasa minum ais banyak sangat, lepas tu siang memang dahaga sangat . Jadi jangan banyak minum ais di bulan puasa. Ha ha ha
Tahun ini juga saya menyambut ramadhan dengan sebuah lagu raya, tajuknya ‘matahari syawal’ yang mana liriknya ditulis oleh Jimadie Shah Othman. Harus saya akui Jimadie menulis lirik lebih baik dari saya, skop dan ceritanya menarik. Saya cuba juga tulis lirik untuk lagu raya, tapi bagi saya, lirik lagu raya yang saya buat ‘not up to that level’. Saya hanya mahir dalam bentuk yang saya faham, itu harus saya akui juga. Apapun itulah, segalanya berjalan seperti yang telah di rencanakan. alhamdulillah.
Proses rakaman untuk lagu single ini di bikin di studio milik kawan saya, saudara Ammir( Pekan Maya record). Salah satu sebab saya memilih untuk membuat rakaman di studio beliau kerana jarak studionya yang terletak di Ukay Perdana 1 berdekatan dengan rumah saya.
Semua kita saya yakin punya hasrat untuk memiliki kehidupan yang lebih sempurna sesuai dengan status kita sebagai manusia yang punya kehendak dan keinginan. Itu tidak salah bahkan itulah sebahagian dari tanggungjawab kita selagi masih di sini.
Apapun waktu semakin cepat berlalu, segalanya bergerak pantas. Kita perlu bangun dari mimpi yang meleka dan melalaikan.
Yang saya pasti setiap kita punya tugas masing-masing di dalam hidup kita. Selagi kita ada sikap hormat menghormati saya percaya hidup kita akan lebih diberkati. Inysyaallah
Selamat menyambut ramadhan kepada semua pembaca, terimakasih.














