Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Ranting kenangan..

0 comments

Saya bikin album sejak 1993 lagi sebenarnya..waktu itu dengan kumpulan muzik saya ‘Society’..sebuah lagu saya yang berjudul ‘Holocaust’ telah dimasukkan ke dalam album yang diterbitkan oleh Joekidd.

Album tersebut adalah ‘cult’ untuk anak-anak muda waktu itu yang suka dan memberikan sokongan pada muzik alternatif. Sehinggalah ke hari ini, ramai mereka kenal saya sebab lagu ‘Holocaust’ itu. Walau saya dah ada 9 album..mereka tetap suka lagu itu..ha ha ha…Saya pun tak boleh nak kata apa..Yang saya tahu saya cuma dapat rm 300 sahaja untuk lagu ciptaan saya yang saya nyanyikan sendiri dengan dibantu oleh Che Mat(drum) dan Mamal(bass)

Album itu sangat berjaya sebenarnya, dan credit harus diberikan kepada Joekidd. Dia memang antara manusia hebat yang saya kenal dari pertengahan 80an sampailah ke hari ini. Kami pun semakin berumur. Itulah kenyataannya.

Hari ini saya tubuhkan semula Society dalam bentuk yang baru. Banyak sebab sebenarnya. Dari segi pencapaian saya dalam muzik walau dalam konteks yang sederhana saya dapat apa yang saya mahu. Penghargaan walau dalam kolompok yang minoriti itu sudah mencukupi bagi saya. Tidak ada apa yang perlu saya buktikan lagi. Terer? ha ha ha..Saya pun tak tau nak kata saya terer/hebat ke atau tidak..Saya ni tak ada apa sangat sebenarnya, cuma saya berjaya capai apa yang saya mahu dalam muzik. Ego, kita perlu ada ego..Itu prinsip..

Waktu makin kedepan..Musim berubah..Saya pun mahukan kejayaan juga dalam bentuk material, bukan untuk saya..untuk keluarga, itu sahaja. Saya mahu mereka bahagia dan dapat mengecapi hidup dengan lebih ceria dan bermakna. Untuk mereka. Saya macam ni lah, tidak ada yang berubah..ha ha ha..

Selama ini bini pun asyik mengeluh je mengenangkan nasib dan karier muzik saya. Album dah 9, cerita dalam suratkhabar Inggeris memang hebat-hebat belaka, show pun banyak juga, cuma bayaran untuk show je yang tak banyak. Ha ha ha..Tapi tak apalah, sebab itu jalan yang saya pilih..

Jadi itulah..musim berubah, manusia pun berubah juga..sama-samalah kita meraikannya..

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.