Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

REDUP – DI DALAM DAN DI LUAR

0 comments

Dua tahun tanpa album penuh, untuk tahun ini saya akan terbitkan album saya yang ke 11..yang judulnya REDUP…

1-PESTA JIWA (2001)
2-PESTA JIWA 2 ( 2002 )
3 – ITU PADANG…AKU DI SITU ( 2003 )
4- AKU DAN BULAN ( 2004)
5- YANG TERLINTAS DI FIKIRAN ( 2007 )
6 – SAKRAT ( 2008 )
7 – DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT ( 2009 )
8 – SAJAK A.SAMAD SAID ( RINDU IBU ) DILAGUKAN OLEH MEOR YUSOF AZIDDIN ( 2010 ) ( SINGLE 3 LAGU )
9 – KOMPILASI KOMPLIKASI ( 2010 )
10 – SOCIETY – JALAN ( 2011 )
11 – TIKA HUJAN KUBERDOA ( 2013 ) SINGLE

Untuk album baru yang ke 11 ini, terdapat 7 lagu semuanya yang saya rakam di studio ‘Kerbauworks’milik Joe Kidd dan Bullet. Konsepnya akustik sepenuhnya hanya dengan 1 gitar dan vokal.

Menyanyi pun secara live untuk 7 lagu. Lagu-lagunya ..Rumah kita, Blues buat aminah di Nano Kaca, Hidup untuk mati, Kita manusia…inilah ceritanya, Percayalah,Bulan dan Indah yang terindah. Lagu Bulan saya rakam semula. Lagu itu saya rakam pada tahun 2004 sewaktu dengan RS Murthi.

Mesej di dalam album ini adalah sepenuhnya tentang kehidupan dan tahap redupnya cuaca dalam diri kita, Untuk mereka yang sukakan suasana yang redup dan nyaman. Umur pun dah 46 tahun .

Memang sangat cepat waktu berlalu. Saya pun nak rileks, perjalanan pun semakin ke dalam. Saya tidak impikan apa-apa cuma kalau album ini laku, senang lah sikit kehidupan saya dan anak bini saya. Kalau tak jalan yang ini pun sudah terbiasa…hidup perlu diteruskan!

Dalam hidup ini saya mampu lakukan apa yang saya mahu lakukan terutamanya dalam hal-hal yang melibatkan citarasa dan idealism. Ada lagu bercerita tentang kesederhanaan, ada yang bercerita tentang kehidupan yang jujur. Ada cerita tentang semangat dan kepercayaan.

Ada lagu bercerita tentang kehidupan yang biasa-biasa saja..Dan ada cerita tentang dalam hidup ini, ini lah kita seadanya..ia memang personal, tapi kita boleh berkongsi dalam bentuk kefahaman yang kita faham. Masing-masing punya interprasi…

Sehingga hari ini dengan sejumlah album yang saya hasilkan, semuanya adalah dari pertolongan Tuhan semata. Prosesnya kadang telus, kadang senget tapi itulah, kita masih berkepentingan walau apa pun istilah yang kita cuba huraikan untuk menterjemahkan makna tersirat atau tersurat. Hakikatnya kita hanya manusia, bukan malaikat.

Pun nilai kepentingan bagi warga marhaen seperti saya tidaklah keterlaluan…Kenyataannya sebagai seorang pengkarya dan penyanyi folk indipenden, saya masih tidak mampu hidup senang sebagaimana mereka yang berada di arena mainstream dan komersial…

Saya berterimakasih dengan Joe Kidd dan Bullet untuk sesi rakaman di studio Kerbauworks milik mereka. Juga tuan punya gitar akustik yang sudi meminjamkan gitarnya untuk saya guna dalam studio, Mr Manan dengan gitar miliknya, Gibson acoustic Hummingbird Artist.

Menarik tentang gitar tersebut adalah kerana ia limited edition keluaran syarikat tersebut. Hanya 40 buah gitar saja diedarkan di seluruh dunia. Bodynya dreadnought dan kayunya Sitka Spruce.

Main gitar mahal ni dari segi soundnya sama juga dengan gitar biasa. Dari segi note bunyinya sama. Cuma dari segi feel dan karakter. Justin Bieber pun pakai gitar yang sama juga(Hummingbird) cuma dia bukan pemain gitar akustik. Satunya dia banyak duit dan mampu beli apa saja barang yang dia mahu.

Saya pada mulanya nak guna gitar milik seorang kawan walau akhirnya saya rasa untuk rakaman body dreadnought yang paling digunakan. Tapi bila Bullet cakap” hang pakai gitar ni!”, saya rasa seronoklah juga..

Untuk mendapatkan tone menggunakan gitar yang berjenama seperti Gibson Hummingbird yang saya guna itu, kita perlu mendapatkan feel akustik. Saya memang pemuzik folk yang bermain gitar tong dari dulu sampai sekarang.

Saya boleh main elektrik tapi tidak menyeluruh atau solid seperti saya bermain akustik. Antara pemain gitar akustik yang saya suka itulah Mike Oldfield.

Cuma acuan permainan saya agak agresif dan kasar, itu sebab pembawaan dalaman yang penuh dengan nilai-nilai abstrak di dalamnya, yang saya terjemahkan melalui karya.

Untuk tajuk album, saya akhirnya judulkan tajuknya ‘Redup’…itu sesuai dengan keadaan dan situasi saya saat ini. Saya sudah letih sebenarnya hidup sebagai seorang manusia yang banyak berfikir, kita perlu berehat dan merehatkan minda kita dengan perkara-perkara yang memenatkan minda.

Jiwa statik kerana ia folder yang maha luas, pun akhirnya kita bersetuju nilai keseimbangan itu lebih bermanfaat untuk jiwa, sebab ke dua-duanya perlu seimbang dan senada untuk menghasilkan makna kesederhanaan…

Terimakasih untuk mereka yang terlibat dalam pembikinan album ini, Dome Nikong, Joe Kidd, Bullet dan En Manan.

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.