Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Rindu itu umpama neraka yang di dalamnya terdapat syorga kecil

0 comments

Syorga itu bolehlah kita umpamakan sebagai lambang kebahagiaan manakala neraka itu kita umpamakan sebagai subjek kesengsaraan. Ianya hanyalah perlambangan. Kehilangan adalah kesengsaraan yang nyata yang mendatangkan mood-mood kerinduan yang tebal.

Rindu adalah fitrah manusiawi. Rindu datang apabila kita berjauhan dengan orang atau benda yang kita sayang. Manusia yang punya sifat kasih dan sayang memang begitu. Dan kerana kasih sayang jugalah kita lahir ke dunia ini. Jadi bukanlah satu kesalahan jika kita berkasih sayang malah itu adalah amanah untuk kita juga.

Rindu akan datang bila saya berjauhan dengan anak-anak dan isteri. Seminggu atau dua minggu kita akan terasa kehilangan dan ianya adalah lumrah. Rindu terlerai apabila keadaan kembali seperti sediakala.

Rindu itu harus kita hadapi dengan matang dan bijaksana. Ianya mainan perasaan yang akan membuatkan kita risau dan bersifat prasangka yang bukan-bukan jika kita menilainya dari sudut yang negatif.

Isteri saya serta ahli keluarganya telah kehilangan orang yang mereka sayang di dunia ini yakni bapa mereka yang telah meninggal dunia 3 tahun lepas , ianya adalah pengalaman yang sangat sukar untuk mereka tempuh dan rasai dan ianya juga akan menjadikan mereka perindu yang sejati.

Setiap minggu anak-anaknya akan melawat kubur arwah bapa mereka, membaca doa dan sebagainya. Kehilangan adalah neraka yang di dalamnya ada syorga kecil. Kehilangan akan membuat kita hilang kewarasan jika kita menghadapinya dengan emosi yang berpanjangan dan putus asa. Kepercayaan adalah syorga, ianya adalah bekal dari doa-doa yang disemai setiap waktu dan ketika, insyaallah.

Iwan Fals penyanyi legenda Indonesia telah kehilangan anak kesayangannya beberapa tahun lepas. Beliau meratapi kematian anaknya dengan penuh hiba dan sedih yang amat. Kita boleh lihat dari
segi perubahan cara hidup sebelum dan selepas kematian anaknya.
Kalau dulu lagu-lagunya penuh dengan emosi dan ekspresi marah atau suka, hari ini beliau semakin matang dari segi kefahamannya tentang duniawi dan ukhrawi. Malah intonasi suaranya juga menampakkan jiwa sederhana yang luhur dan bijaksana dan ianya adalah sesuatu yang menarik yang boleh kita jadikan iktibar dan pengajaran.

Kita tidak akan tahu apa akan jadi di masa depan. Mungkin hari ini kita seorang perokok yang tegar, namun atas satu sebab yang tidak dapat kita elakkan kita akan berhenti merokok? ha ha ha…

Rindu yang tak sampai akan membuat kita hiba apabila mengenangkan. Malangnya ianya hanyalah sekadar waktu yang hanya datang dan berlalu. Dari itu marilah kita belajar untuk lebih menghargai waktu.

Seperti kata seorang peng’komen’ mengenai lagu ciptaan Titiek Puspa yang dinyanyikan Iwan Fals di bawah ini..

the song get sadder when you look at iwan’s expression..seems like he was put his heart out singing this song for his late son..keep up the good work iwan fals..

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.