Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Robot dan Kreativiti

0 comments

Di dalam keluarga saya, sayalah yang paling ‘rebel’, degil dan ikut kepala sendiri dalam mengemudi haluan hidup. Kadang-kadang lemas, kadang-kadang kandas. Hikmahnya dari lemas saya belajar untuk bagaimana untuk tidak lemas, dari kandas saya belajar bagaimana untuk melepasi semua dugaan dalam hidup. Hasilnya saya masih hidup sehingga ke hari ini.

Kerja kilang, bermain muzik di pub, bekerja di Yamaha muzik dan Bentley muzik, itu semuanya pilihan saya. Menjadi busker juga merupakan pilihan yang paling sukar yang pernah saya buat. Sukar kerana saya sudah beranak pinak waktu itu. Kadang-kadang kita calculate berapa pendapatan kita dalam sehari busking, pun ianya tetap tidak praktikal juga sebab busking ni sebahagian besarnya adalah nasib kita di hari itu, waktu itu.
Apapun untuk belajar ilmu hidup, itu sangat bagus dan saya sokong!

Anak-anak saya pun bila mereka sudah menjelang dewasa, jika mereka nak merasai pengalaman busking, saya akan memberi sokongan asal tahu jaga diri. Cuma janganlah jadikan busking sebagai satu kerjaya tetap, kalau untuk sekadar mencari pengalaman itu saya setujulah. Menjadikan busking sebagai satu kerjaya bukannya saya tidak bersetuju, cuma ianya bukanlah semudah yang kita bayang dan mimpikan. Apapun kita hanya dapat menduga saja, perjalanan takdir kita tidak akan tahu.

Saya pilih apa yang saya mahu dalam hidup kerana saya mahu rasa apa itu hidup dan apa itu mati melalui apa yang saya rasa. Saya tak mahu jadi robot yang diprogramkan untuk menjadi begitu atau begini. Kehidupan ini singkat oleh itu lakukan apa yang kita mahu itu dari jiwa. Biarkan jiwa itu berpesta dan meraikan suasana dalam suka mahupun duka. Hidup ini perlu berlandaskan kenyataan, bukan mimpi.

Akhirnya saya memilih kreativiti sebagai hala tuju jiwa. Pun prosesnya bukanlah semudah yang kita bayang dan mimpikan. Kita sedang belajar dan kita akan terus menjadi pelajar sehingga ke akhirnya.

Saya akui saya tidak kaya tapi saya taklah miskin sangat..ha ha ha

Apapun, bagi anak-anak muda yang mahu belajar hidup, berdikarilah. Binalah hidup sendiri, dari situ kita akan banyak belajar akan makna hidup yang lebih realistik. Saya dulu seluar dalam pun kakak saya belikan, seluar baju, kasut masut sehingga sampai satu masa saya menjadi manusia yang takut untuk menempuh kehidupan tanpa bantuan keluarga. Dan dari situ juga saya keluar dari sangkar keluarga dan saya tahu itulah pilihan yang tepat untuk saya.

Muzik- Sudah lama saya cari lagu ‘anak wayang’ ciptaan Sawung Jabo. Lagu tersebut terdapat dalam album Iwan Fals dan kolobrasinya dengan Jabo. Judul albumnya ‘anak wayang’. Saya suka sangat lagu ini kerana liriknya yang pure dan mistik. Saya rasa Sawong Jabo lebih berbakat berbanding Fals dalam penulisan lirik cuma suaranya tidak se komersial Fals. Dari segi komposisi lagu, Fals lebih bernasib baik kerana melodi-melodi ciptaannya mudah di terima pendengar berbanding Jabo.

Apapun lagu ini memang menyentap dari segi kejiwaannya seperti salah satu baik kata-katanya,” mencintaimu adalah mencintai hidup”

Anak wayang- Sawong Jabo

Mengembara memahami makna cinta
menghurai kata di lautan jiwa
Di hadapanmu ku tak bisa berdusta
mencintaimu adalah mencintai hidup

Anak wayang di ambang gamang
berlayar di samudera telanjang
membawa api menjelajahi cakerawala
Di MANA AIR MATA BUKAN LAGI DUKA….

MERINDUKANMU DI SAAT HILANG ARAH
MEMELUK LALU MENINGGALKANMU
AKU SUDAH BASAH, AKU PASRAH
MENCINTAIMU ADALAH MENCINTAI HIDUP

Aku bukan sedang berduka
aku sedang menghadapi cinta
aku sedang menghadapi prahara
di mana air mata bukan lagi duka..

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.