Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

RTM- SATU PENGHARGAAN

0 comments

Saya selalu dihubungi oleh pihak wartawan atau media yang berminat berkongsi pengalaman dan bertanya-tanya tentang dunia busking yang saya ceburi sejak tahun 2000 lagi. Mereka memberikan sokongan dan penghargaan. Dewan Budaya contohnya, majalah berbentuk akademik kesusasteraan terbitan Dewan Bahasa pernah menemubual saya secara ekslusif untuk majalah keluaran mereka pada penghujung tahun lepas. The Star, New Strait Times, Utusan Malaysia dan beberapa tabloid pernah menemubual saya juga.

Selagi tujuan mereka menulis untuk memberi sokongan, saya alu-alukan.
Saya busking kerana minat yang mendalam dengan aktiviti tersebut. Saya pernah menjadikan busking sebagai satu kerjaya tetap selama setahun lebih..
2004 sehingga penghujung 2005 dan ianya adalah pengalaman terbaik bagi saya sebagai seorang busker. Saya belajar banyak benda di situ. Ianya terlalu berharga yang tidak dapat di beli dengan nilai segunung intan sekalipun.
Saya bangga kerana saya menjadikan kerjaya busking waktu itu dengan niat untuk menyara anak bini. Anak saya waktu itu 3 orang. Memang tough dan susah. Berhadapan dengan pelbagai pandangan dari masyarakat. Semuanya saya terima sebagai pengalaman.
Ada yang memuji dan ada yang mengeji, itu biasalah. Apabila kita pilih jalan yang kita suka, kena terimalah kesannya samaada suka mahupun duka.

Musim ini saya masih di sini, busking walau saya ada buat benda lain juga seperti mengajar gitar, menulis dan bekerja. Musim yang ini saya dapat merasakan segala hasil penat lelah saya selama ini sebagai seorang pembusker dan pengkarya mula mendatangkan hasil.

Ianya sebuah perjalanan yang panjang. Proses demi proses. Saya terima seadanya, mungkin ini rezeki untuk anak bini saya.

Saya tidak mahu kehilangan ‘roots’ saya walau di mana atau siapa saya, saya akan busking jika ada kelapangan.

Saya tidak merasakan apa-apa sangatpun, sebab ianya bila-bila masa dan terpulang kepadanya jua. Umur pun makin meningkat dan saya bahagia menjadi diri saya sendiri. Sokongan dari kawan-kawan dan keluarga banyak membantu nasib saya, hasilnya saya masih hidup sehingga ke hari ini dan masih saya yang dulu.

Saya selalu bayangkan jika kesenangan itu jika ianya akan membuta atau membantutkan perjalanan hidup saya sebagai seorang pengembara, saya bersedia untuk kembali kepadanya. Ambillah nyawa saya. Hidup pasangannya mati.Itu kenyataan alam.

Baru-baru ini saya di temuramah lagi di RTM, mulanya saya agak keberatan sebab saya sudah melaluinya sejak dulu lagi, di kenali atau tidak di kenali saya tetap jalan terus dan saya sangat konsisten mengenai hidup dan pilihan. Ini yang saya pilih dan tiada penafian walau sedikitpun tentang itu.

Memandangkan usaha pihak RTM yang punya inisiatif dalam memartabatkan golongan busker ke tahap yang lebih baik, saya bersetujulah.

Hasilnya saya terharu dengan kesungguhan dan kejujuran mereka dalam misi untuk memartabatkan kami ke satu arah yang lebih terang dan cerah. Saya tidak tahu dari mana datang idea ini, tapi RTM mewakili pihak kerajaan telah melakukan satu usaha yang murni dan patut di puji. TERIMAKASIH.

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.