Notes:
RUMAH
Cukup susah untuk mencari rumah sewa bagi warga marhen seperti saya ni hari ini. Sewanya mahal dan akan bertambah mahal. Kadang-kadang saya fikir juga, beruntungnya menjadi anak orang kaya. Tak payah susah-susah nak cari rumah, segalanya sudah diuruskan. 10 bilik, 20 bilik semudah ABC. Ini kita nak cari rumah sewa dua bilik pun payah. Ha ha ha
Bagi saya rumah asal ada kemudahan asas itu sudah mencukupi, menjadi tempat kita berteduh dari hujan dan panas. Ini nak cari rumah sewa pun susah.
Tuan rumah sudah menjual rumah yang saya sewa dengan kadar harga yang tidaklah mahal sangat. Pun saya tidak mampu untuk membeli. Mahu tak mahu terpaksa cari rumah lain. Alhamdulillah dapat juga akhirnya.
Itulah bila saya bersembang-sembang dengan kawan saya beberapa hari yang lalu. Kata saya kawan saya itu beruntung kerana berjaya memiliki dua buah rumah yang mana sebuah telah disewakan kepada penyewa. Orang yang punya rumah ni bagi saya orang yang mampulah.
Saya agak pincang sikit dalam bab-bab beringat ni. Ni dah tua baru nak beringat. Pengajarannya itulah, kita kena beringat untuk anak cucu kita juga. Tapi tak apalah, benda yang lepas kita nak kenang pun tak guna juga.














