Notes:
Sakrat-2008…45 minit ini misteri
Album Sakrat dibikin tahun lepas-2008..Aku masa tu bersembang dengan Hanim dan Syed dirumah diorang.Aku pun masa tu masih tinggal di Meru,Ipoh.Idea/mood/ilham yang datang secara spontan aku luahkan..Nak berkolobrate dengan Amirul melalui sajak-sajaknya.Amirul pun kebetulan tinggal di Ipoh juga.Jadi aku pun jumpa Amirul dan bagitau hajat nak bikin album marhaen..Jadi bila Amirul setuju aku pun mulalah cari sajak-sajak Amirul melalui ‘Buku ‘Fosil’ dan ‘Sajak-sajak Naif’(belum diterbitkan)beliau.Fosil aku dapat agak lama sebelum itu.Cuma kesempatan untuk menghayatii itu lambat datang.Semuanya tunggu mood.Jadi bila aku libatkan diri dengan membaca,membelek dan mengkaji sajak-sajak beliau.Aku pilih yang aku rasa sesuai untuk dilagukanlah.Dan prosesnya semudah ABC atau alif,ba,ta..Sebab hingga kini aku tak merasakan untuk mencipta lagu itu suatu masaalah yang besar.Cuma kalau ada idea,aku bikinlah..kalau tak ada..tak adalah.Jadi waktunya bila aku nak on PC dekat opis,sementara menunggu masa untuk kerja-kerja lain .Aku pun bikinlah lagu-lagu dari sajak-sajak beliau.Dan dari hari ke hari aku akan berjumpa Amirul di Saro maju,kedai mamak yang kita selalu lepak di meru.Kasi dia dengar..ok ke atau tak ok..Jadi bila semuanya dah siap dibikin..Aku jumpa Si Kamal Sabran,mintak tolong dia design cover…dan terus record kebanyakan lagu-lagu di Homestudio dia.Segalanya telus dan lancar aku rasa.Album sakrat adalah hasil nukilan Amirul Fakir..kontribusi aku dalam menghargai sajak-sajak yang dia bikin.Aku menghargai sebab beliau memang layak untuk dihargai sebagai seniman terutamanya untuk golongan Marhaen.Kalau Amirul masih sihat,banyak aktiviti yang boleh melibatkan beliau sebenarnya.Sangat menghampakan bila sakitnya masih belum sembuh,walau kalau kita berbalik pada cerita takdir..apalah yang boleh kita lakukan.Segalanya didalam perancanaan Dia yang maha tau.Jadi kolobrasi antara aku,Kamal,Amirul juga Hanim dan Syed menjadi.Dan album Sakrat mendapat review yang sangat baik didalam akhbar The Star tanpa perlu budget besar dari segi rm.
Amirul bagi aku seorang yang agak misteri dan sukakan subjek kesendirian,dia dan dunianya.Dan aku akui kalau berjumpa beliau kita selalu bermuzakarah tentang ilmu terntang alam,manusia dan Tuhan dalam konteks kefahaman yang kita rasa selesa bila berbicara.
Amirul sedang dan masih sakit..sakitnya pun misteri juga.Masih belum sembuh.
Aku ada perancangan untuk buat satu persembahan bersama kawan-kawan..Baca sajak dan nyanyi-nyanyi dengan gitar tong.Sambil buat donation/sumbangan untuk Amirul dan keluarganya.Perancangannya selepas album D.R.UR dilancarkan.Insyaallah..Hanim boleh jadi tukang urusnya..:)















no problem demi persahabatan
bro…bila mau sambung cerita ….gila musik
gua sokong!
kekawanlah yg bikin kite hidup..
tak ada sakit misteri dlm dunia ni. kita yg menjadikan segalanya misteri.
semoga segera disembuhkan dan diberikan kebaikan yg ditakdirkan kepadanya.
Mudah2 Allah mempekenankan doa kita.