Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

SAKSIKAN BAHAWA SEPI LEBIH BERERTI DARI KERIUHAN

0 comments

Saya sedang menyaksikan bahawa sepi itu lebih bererti dari keriuhan. Kesendirian itu lebih baik dan nyata melegakan ketegangan di akal kita yang kadang-kadang cerdik dan kadang-kadang bodoh ini. Kita perlu duduk diam di sini untuk musim ini…menilik diri…

Guruh berdentum dan suara dari langit mungkin menyedarkan kita tentang kiamat yang akan muncul. Kita perlu buat biasa saja, walau itu suatu yang luarbiasa. Bukan kerja kita, kita hanya perlu buat kerja kita. Kerja-kerja kiamat ni atau hidup mati itu urusanNya. Kalau kita berjaya duduk di dalam lorong takdirNya, kita akan lebih relaks dan saya sangat percaya itu.

Lorong takdir maknanya kita terimalah buruk-baik kita ini seadanya, suratan yang telah tertulis, hidup yang yang pinjaman ini kita telah bersedia untuk kembalikan. Perjalanan hidup kita dari bayi sampai tua kerepot, segalanyalah..Semuanya milikNya. Nafas yang kita hirup inipun milikNya. Jadi jika kita boleh faham tentang itu, apa yang tinggal untuk kita lagi? Jika begitu, kita akan bersedia saya percaya.

Saki-baki nafsu duniawi ini penuh dengan cerita-cerita sedih suka-duka yang tak ada kesudahannya. Jadi kitapun penat juga kadang-kadang melayan cerita-cerita yang begitu. Saya pun penat. Saya nak rileks menghabiskan musim ini dengan melayan kemahuan dan kehendak hidup yang tak sehebat mana ini seadanya. Adakah kita punya pilihan lain?

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.