Notes: untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq
Sama antara sesama
Itu hari gua busking,ada anak mat saleh, umurnya mungkin 7 tahun, dia dengan familynya..gua perasan dia keluar kaunter ticket dulu dari family dia..gua busking berdekatan kaunter ticket..jadi bila dia keluar dari kaunter ticket tu, dia nampak gua tengah busking..lepas tu dengan bersahaja dia buka dompet duit dia,terus letakkan beberapa syilling kedalam topi yang gua letak atas bag busking gua,lepas tu bapak dan mak dia tengok dia, mereka pun senyum..gua agak terkesimah, bukan sebab duit yang dia bagi..tapi budaya menghargai yang ada dalam diri mereka..mereka dah didik anak mereka supaya beljar menghargai seni..bagaimana pun bukanlah semua orang putih gitu sikapnya..tapi kebanyakannya gitu..yang datang ke negara kita ni kebanyakannya backpackers..mereka pun dari golongan yang sederhana juga..but budaya menghargai diorang memang tinggi..selalu gua busking, diorang akan say hi, dan senyum. walaupun tak bagi sumbangan, penghargaan gitu pun dah cukup untuk gua..
orang kita? masa gua tengah busking…ada seorang bapa dan anaknya berjalan kearah gua..dia ada duit ditangannya..umurnya sama dengan budak mat saleh tu gua rasa,mungkin 6 atau 7 tahun gitu..jadi bila dia nak letak duit kat topi gua..bapa dia tegur anak dia, dia macam marah anak dia dari ekspresi muka dia gua tengok..jadi dia tarik tangan anak dia,sekilas pandang dia tengok gua..jadi anak dia pun tak jadi nak letak duit kat dalam topi gua…hahaha…gua ok..no problem..terus dia berlalu pergi dengan anak dia…gua senyum je la, inilah kenyataannya..pun bukan semua..ada yang tahu menghargai..itu gua tak payah tulisla..yang tak nak menghargai pun kita tak boleh nak kata apa, sebab masing-masing punya pandangan..persepsi..jadi gua no hal..
cuma anak-anak gua, kalau berjalan jumpa perngemis, atau peminta sedekah, mahu pun pemusik jalanan..gua akan galakkan dia bagi duit, walau tak banyak, itu tanda kita menghargai..yang kalau pengemis pun kalau kita bersedekah, apa salahnya…lantak le apa niat dia..setakat seringgit dua, bukannya luak duit kita pun..
ada juga masa gua busking, golongan marhaen, dari gaya dia kita tahu dia bukan orang senang..wajah dia penuh luka, dan agak tidak terurus..pun dia bagi sumbangan juga pada gua.. jadi benda-benda gini yang banyak buat gua termenung mengenangkan perihal hidup kita yang ada orang susah, ada orang senang..
dan ada orang gila/isim/malaikat..?entah gua tak tau..cuma hari tu memang hari yang teruk,sangat perlahan,cuaca dijiwa mendung,duit tinggal rm 2 dalam poket..gua punya mood untuk menyanyi pun tak best..collection pun tak best..haha… lepas gua nyanyi, tengok collection pun gua naik fed-up dan mulalah keluar keluhan pada Tuhan yang gua pun rasa tak best, but kalau tak ada lain tempat mengadu , lu boleh berbicara dengan pencipta sebenarnya dalam konteks yang telus..apa yang terlintas dibenak lu dia akan tahu, cuma kisah dengan tak kisah je..yang itu terpulang pada dia..jadi gua pun busking lagi..dalam setengah jam lepas tu ada seorang mamat datang..memang macam orang tigasuku, agak ranggi pakaiannya..dia pakai key lilit kepala dia, warna kuning kot…pakai cermin mata hitam..sampai je ketempat gua, dia cakap..” dah lama aku cari kau ni”..haha…jadi gua pun cool saja, sebab memang banyak orang yang macam gila datang tengok gua busking..gua tanya dia dari mana? lepas tu dia cakap dengan gua gini..”kau dari mana?”..so bila dia cakap gitu gua fahamlah…jadi gua gurau dengan dia..”ni ilmu tinggi ni,hahaha..”.lepas tu dia cakap..”kita sama saja, hamba dia..aku tak payah nak cerita, kau pun dah tahu”..lepas tu dia dia belek cd-cd dan buku gua..dia tanya berapa semua?gua cakap rm 80..so dia kata, ”ok ,aku angkat semua,cuma kau kena nyanyi lagu yassin,tajuknya kerana dia..”lepas tu gua cakap…”lagu yassin aku tak tau,sorry bro..hahaha”,..lepas tu dia suruh gua nyanyi lagu ketuhanan je..lagu lain dia tak nak..jadi gua dalam hati fikir dah lain macam..bulu roma dah tegak..gua pun nyanyi lagu ebiet la,”dia lelaki ilham dari syorga”dedicate untuk mamat ni..so dia pun masa gua nyanyi dia merapu,berjoget..enjoy betul dia…berdiri sebelah gua..minyak attar dia pakai pun kuat baunya,sampai kerumah tak hilang..hahaha..”
bila gua habis nyanyi..dia pun cakap..”ok,aku nak balik dulu..ini rezeki kau,innalillah”..dia pun taruh sekepul duit dalam poket baju gua..lepas tu gua dah tak sedap hati..gua tengok dia terus gua cakap..”allahuakbar”..lagi satu sebab kalau orang yang belajar ilmu tasauf ni..dia akan cakap innalillah..maknanya segalanya untuk dari dia,untuk dia..jadi gua pun sedia maklum mamat ni memang orang yang belajar ugama, cuma lepas ke tak lepas itu wallahualam…lepas dia taruh duit dalam poket baju gua..dia pun balik menghala ke rapid LRT..dah le dia tertinggal roti dia kat tempat busking dia..banyak berplastik-plastik..tapi dia datang balik untuk ambik roti dia, dia tanya gua..anak gua berapa orang?..gua cakap 4 orang…lepas tu dia kata..”ambik,rezeki kita kongsi sama-sama,nanti aku akan datang cari kau lagi”..dan dia pun berlalu pergi,lenyap dari pandangan..gua pun termenung..tengok kat poket gua..lagi gua punya jiwa sudah kacau..tegak bulu roma gua..gua pun cakap dalam hati..”yang aku jumpa ni sapa ? hantu ke malaikat?hahah…sebab gua kira duit yang dia kasi tu banyak sangat…rm 800..mana ada orang bagi rm 800? paling tinggi pun rm 50 ada..jadi gua pun sudah tak fokus..pun gitu gua sempat pergi bank in kan duit du dalam akaaun..takut jadi kertas ataupun daun..hahaha…but lepas tu gua punya jiwa jadi tak tentu hala..its not becu of rm 800 yang dia kasi tu,yang buat gua panik sebab yang keluhan gua itu sampai kepada-Nya , dan dia datang dengan utusannya..jumpa gua? 2 hari gua bengong beb..hahaha..
ni gua dok tunggu mamat ni datang lagi…hahahhaha….but itu once in a blue moon la..but..terimakasih la walau siapa pun dia..















bro…kalu dia datang lagi…suruh dia melawat gua jugak,…..
kalau dia datang lagi..gua tak nak duit dah..but gua akan layan dia merapu ..pekena teh tarik kedai mamak..dan tanya dia bila gua nak mati..haha
..terhibur gua bro…
bagus2..tq..haha
baca. hadam kejap. fikir balik, Tuhan nak balas kat mana mana bucu dia boleh balas. dia nak hantar orang tiga suku ke, hantar apa ke, yang penting, dia ada kuasa nak balas.
moga rezki murah. insyaAllah.
rezeki memang datang dari celah sudut yg tak pernah kita duga. tapi aku lawak.. sebab kau kelamkabut pegi bank-in duit cepat2 takut jadi daun.. teringat aku kisah tamar jalis dlm siri – bercakap dgn jin.
gua ada dedicate satu ruang posting di blog gua tentang bro.meor.. singah-singgah lah kalau sudi – http://gojigoji.wordpress.com/2010/07/05/buskin-lepak-lepak-di-cm-dan-kl-sentral/
fatah:ya betul tu bro..sekarang gua percaya pada malaikat…haha
hairul..act benda ni dah 2 bulan..hari maulidur rasul yg lepas..ada gua tulis dalam blog yang lepas tapi dalam bentuk yg umum..apapun semuanya boleh jadi kalau Dia nak..nanti gua lu punya blog kat sini..tq
Rezeki tu dari Allah dan Dia boleh bagi dari tempat, orang, keadaan yang kita takkan sangka-sangka.. bro nanti nak pinjam cerita lu nie utk buat talk
boleh bro..no problem..
..best..
rezeki jgn tolak bro he he
sepanjang aku baca post kau…ini la post yang paling ultra menarik. tapi memang betul, kalau kita mengharapkan sesuatu dengan ikhlas…kita akan sure akan dapat pertolongan…apsal ko tak amik no tepon mamat tu?hehhee
ambik no phone?aku pun tak tau dia orang ke malaikat bro..haha