Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

sama antara sesama..

0 comments

Meor yusof aziddin terbentuk bukan dalam satu hari.Ianya melalui proses yang panjang.segala suka duka proses..dosa,pahala,nestapa,syorga mahupun neraka..takdir sejak benih peratama wujud didalam rahim ibunya selama 9 bulan,lahir kedunia dan diberi nama..membesar sebagai seorang manusia yang punya agama, duduk dibawah tanggungan ibubapa,lantas sehabis sekolah meninggalkan orang tua dikampung..ke Kotaraya yang menjanjikan sebuah skrip/cerita yang tak berpenghujung..Disini pada mulanya memang ada impian..Sebab takdirnya adalah muzik.Bukan sekadar minat..tapi hidup/nyawa..Impian untuk menjadi pemuzik yang berjaya..namun dipertengahan jalan disebabkan oleh permainan yang kotor didalam industri muzik itu sendiri..bukan muzik,hiburan sebenarnya..dia memilih jalannya sendiri..Jalannya tidak menjanjikan apa-apa sebenarnya..sebab kehendak jiwa itu bukan material atau bernafsu yang basa basi cirinya.bernafsu hanya sebagaimana seorang manusia yang masih berkehendak itu dan ini dalam konteks yang minimal..asas..Jadi sejak album pertama…impian sebenarnya sudah mati disitu..sebab nirvana itu bukan ambisi..nirvana itu bahagia yang ada dijiwa..bahagia pulak tidak ada pengertian yang khusus..definisinya kamu cuma campurkan suka dan duka menjadi satu..itulah bahagia..Ditengah perjalanan juga penuh dengan cerita itu ini yang penuh dengan filosofi untuk meyakinkan batang tubuh agar lebih mantap dan tegap sebagaimana layaknya seorang manusia yang dikurniakan roh atau semangat,cuba menyatu dalam keakuan wujud diri yang tanpa nama..dan diberi nama..begitulah…innalillah akan segalanya kerana disini sekadar permainan cuma..melayan watak demi watak,juga tanggungjawab insan yang tetap akan berjalan sehingga keakhirnya.
Cuma saat ini aku sedang meraikan suasana..diterima atau dibenci..sementara aku masih disini..

Meor yusof aziddin juga boleh disuka atau dibenci..aku telah halalkan perasaan suka duka dalam persepsi kefahaman manusia,bergantung pada tahap fahamnya .

Aku cuma mahu meraikan suasana kehidupan dalam dunia yang aku faham dan jalani..sebelum ketitik permulaan sebuah kehidupan yang abadi..itu ketentuan..dan itu kepercayaan..

dulu pun muzik aku hanya berlegar disekitar yang minoriti..tanpa ada angan-angan,aku mungkin pejalan yang resah walau itulah kemahuan jiwa yang agak kejam membentuk jatidiri,membunuh mimpi..tapi apalah daya..aku hanya pejalan..sampai saat ini pun setiap mimpi yang datang aku tidak pernah percaya atau indahkan…sebab ianya hanya sekadar moment yang datang dan pergi..

ada review/reply komen yang aku baca dari seorang ..orang Indonesia yang menyatakan ..tidakkan kamu berbangga dengan artis kamu..Aku mahu betulkan kenyataan..aku suka pada sikap dan perjalanan seorang artis yang biasa-biasa saja..bukan sebab dia orang indonesia atau malaysia..aku suka yang sesuai dengan citarasa aku sebagai pemuzik..kebenarannya..kalau kamu temukan aku dengan iwan fals,sawong jabo,leo kristi,atau dylan,atau cat steven..aku tak rasa aku akan menyapa mereka sebab namanyal.semuanya aku sudah tidak perlu lagi..tapi sudah tentu aku akan menyapa dan menyatakan sokongan pada rakan-rakan pemuzik aku..atau para aktivis/penyajak yang rapat dengan aku..Black lebih bagus dari iwan fals..Nik jauh lebih bagus dari sawong jabo ..rahmat haron jauh lebih bagus dari rendra atau sutardij,mahupun chairil anwar..Pak samad jauh lebih hebat dari semua sasterwan ulung didunia ini..aku rasa aku lebih hormat dengan kawan-kawan seperjuangan dari yang lain-lain.,.yang hebat-hebat hanyalah semalam..guide..
Cumanya disini cerita muzik/industrinya tidak ada yang bagus untuk dibuat rujukan…sebab semuanya bengap dan sukakan hiburan..bukan ilmu muzik itu sendiri..itu lah..

aku lebih suka pada asal usul persaudaraan..roots..this is my roots..aku membesar dengan kawan-kawan disekeliling yang faham muzik dan karier..kami perlu membesar..membentuk ruang menjadi lebih luas..aku 100% tidak memelukan liputan di TV mahupun media arus perdana..yang cenderung sifatnya kearah hiburan yang bodoh semata..im not into it…kamu boleh sebut semua artis komersial hebat dimalaysia..aku untuk menyebut atau menceritakannya pun aku akan merasa rugi..jadi ianya tidaklah penting,sebab aku tidak merasakan perlu untuk disimpan dalam list otak dan pemikiran…cuma aku hanya menganggap mereka adalah sebahagian dari cerita hidup didunia ini..jadi aku bukan Tuhan untuk menghukum itu ini..

album DRUR dah siap..ini cover nya…terimakasih atas sokongan kawan-kawan..meor-dari-rakyat-untuk-rakyat-cover-2-02

terimakasih..

Share This Article On Facebook

468 ad

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.