Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Sehari-hari yang malas..

2 comments

Sehari dua ni gua malas.Memang dalam kategori pemalas pun.Dok melangok,melayan hari yang murung,hujan,beku,macam nak demam tapi tak demam.Malas membaca,menulis,nak update blog pun malas..ha haa ha..itu lah,dulu masa gua dok melepak di Luncai Emas,tahun 94 dulu teringat kata-kata Wan Rastari,dia ni sound engineer..kerja dengan Nasir..dia kata ..Lu tak serius untuk jadi artis..La ni gua setuju apa yang dia cakap..Tapi serius yang macamana tu?Sebab kalau nak jadi artis yang gilang gemilang,kemilau cahaya bintang..gua memang tak nak..yang gua nak yang macam ni la..macam tak serius,tapi serius beb!!Ini hidup dan bentuk yang gua mahu..yang biasa saja,tidak berlebihan sebab yang berlebihan itu penyakit.Memang tak glamour,memang tak laku sangat..tapi tak apa lah..lu hidup puas dengan glamour dan kayaraya pun ,sampai dipenghujung jalannya lu jalan jugak..Memang bukan senang nak senang..tapi kalau senang buat kita lupa itu ini..pun tak kemana juga..

Apapun disini gua nak ucapkan terimakasih pada yang datang ke program TAF..Tabung untuk Amirul Fakir..seronok dan sukahati sebab ramai yang bagi sokongan pada Amirul dalam meniti hari-hari yang begitu menekan dan menduga hidup dia dan keluarganya.Apa yang boleh kita bantu,itulah…moral support semoga dia kuat dan tough dalam menjalani hidup yang memanglah tak semudah yang kita janjikan.Mengikut perkiraan collection hari tu..lebih kurang 4k..Alhamdulillah..Kalau boleh gua nak 40 k…tapi 4k pun ok lah..sebab duit la ni kecik sangat valuenya..dulu nasi lemak dan mee goreng 15 sen..la ni dah rm 2..dulu beras murah sangat..la ni semuanya dah jadi barang dagangan milik kapitalis,yang kerjanya bermuka-muka dan menindas golongan bawah..macam kita.La ni beras 10 kg..dah rm 28..apa diorang peduli pun masaalah rakyat..hehe..Malas nak cerita,sebab solutionnya pada dioranglah..ha ha..
Apapun..Alhamdulillah..pada yang bagi sokongan pada Amirul…terutama Datuk Lat dan bapak A.Samad Said..

tq

Share This Article On Facebook

468 ad
  1. ha..ha..ha..bedebah sungguh sang kapitalis..

  2. hah! bali aku takde,kamu main lagu tu. time aku ada tak pulak dimainnya. hah!

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.