Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Sehari itu sedetik cuma

0 comments

Baru-baru ini sewaktu saya busking di KL Sentral, adalah 2-3 orang bertanyakan hal anak saya, Adam. Saya selalu bawak 2 orang je anak saya, Aqeef dengan Gibran. Aqeef dah 9 tahun dan Gibran 6 tahun. Adam hari ini sudah berumur 13 tahun, dah jadi orang bujang. Jadi bila saya bawak anak-anak saya, yang bertanya tu ingat Aqeef dan Gibran ni Adam. Mungkin sebab saya ada menulis tentang anak saya Adam dalam buku STJ saya. Saya juga ada menulis tentang anak perempuan saya, Amy(Kamelia). Amy sekarang dan 15 tahun, dah jadi anak dara.

Adam pulak susah nak dibawa ke sana-sini kerana selain dari rumah dan sekolah, dia tidak akan berasa selesa. Dia suka berjalan tapi dalam tempoh yang sekejap. Dia mudah bosan dengan persekitaran dan bila jadi gitu memang masalahlah. Kadang-kadang masyarakat melihatnya sebagai anak yang normal kerana fizikalnya sempurna. Di rumah Adam sudah boleh berdikari, cuma dia tak suka bila adiknya Aqeef suka sangat atau sedih sangat. Dia akan meraung bila tengok adiknya itu ketawa atau menangis. Saya dan ibunya pun pening kepala. Adiknya Gibran tak ada pula dia berkelakuan begitu. Itulah, hal-hal yang begini memang sayapun tak ada jawapannya. Seakan ada sistem sarafnya yang terganggu bila dia melihat adiknya Aqeef itu ketawa atau menangis. Jadi masalahnya takkan adiknya itu tak boleh menunjukkan sebarang reaksi atau emosi?

Tentang hal sekolahnya dia agak gembira dengan dunia persekolahannya cuma keadaan kewangan yang terhad membuatkan kami tidak mampu untuk meyekolahkannya di sekolah khas untuk kanak-kanak Autisme. Di sini itulah seperti saya kata, kemudahan dan kepakaran yang kita miliki masih terhad. Maknanya hanya golongan kaya sahajalah yang mampu, golongan sederhana seperti saya ni agak tersepit di celah kerenah birokrasi dan mentaliti pembangunan di negara membangun. Kalau di negara maju sekolah khas seperti NASUM itu disediakan secara percuma, kerana itu tanggungjawab negara kepada rakyatnya. Di sini segalanya duit, duit dan duit.

Apapun masalah memang seiring dalam hidup kita. Kenalah terima. Cuma kalau boleh kita minimisekan problema jika ianya tidak penting untuk kita fikirkan. Hidup mesti diteruskan walau apapun, sebab hari ini kita memerlukan duit untuk terus hidup. Duit penting untuk keperluan hidup kita sehari-hari. Untuk saya begitulah, Hal-hal yang berat jangan kita fikirkan sangat, jika ianya boleh memudaratkan diri dan pembentukan jiwa.

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.