Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

SELAMAT MENYAMBUT RAYA

0 comments

Sepanjang bulan puasa saya bekerja seperti biasa, cuma bermula agak lambat sikit dari biasa. Mula lambat habis pun lambat juga…Kerja itu tanggungjawab jadi kita perlu bekerja tidak kira samada kita ada duit atau tidak, itulah disiplin yang saya terapkan selalu.

Khamis ini kita akan menyambut Raya. Di sini saya dan keluarga ucapkan selamat berhari raya pada semua pembaca blog Pestajiwa. Jika anda memandu kereta balik beraya di kampung, berhati-hatilah di jalanraya.

Terimakasih juga kerana memberikan sokongan dan terus membaca cerita-cerita yang terkandung di dalam blog ini. Moga bermanfaat kepada kita semua. Terimakasih juga kepada pembaca yang terus membaca artikel-artikel, ulasan serta kritikan saya dalam portal online The Malaymail Online, Prisma juga The Malaysian Insider.

Terimakasih..

SELAMAT HARI RAYA…MAAF ZAHIR BATIN

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.