Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Selepas Tsunami

0 comments

Apabila Tsunami melanda, saya jadi kelam-kabut mencari arah. Hidup memang tidak seindah yang kita gambarkan sebenarnya.

Apabila saya lihat ombak itu datang, yang pada mulanya saya anggap kawan namun saya silap di situ, gagal menterjemahkan makna alam, saya pun karam. Matikah saya waktu itu seperti kawan saya yang pernah mati sebelum mati. Dia melihat jasadnya terbujur, tahulah dia bahawa dia masih memerlukan dunia lantas dia pun kembali memasuki jasadnya semula.

Berbalik pada kisah Tsunami itu tadi, apabila tersedar, saya tersadai di atas pokok kelapa. Yang menghairankan pokok kelapa itu tidak pula tumbang atau punah dibawa ombak deras Cina Selatan. Namun apalah yang nak dihairankan tentang keajaiban alam ini kerana akal itu sifatnya adalah kepentingan, kira-kira dan hukum. Hukum ada baik ada jahat.

Saya pun mula berfikir secara matang, alangkah baik jika saya ini pengidap Autisma seperti anak saya, Adam.

Adam dunianya adalah dia dan sekeliling yang rapat dengannya. Dia melihat tapi tidak melihat. Dia seakan tidak tahu tapi kita tidak dapat menduga apa yang dia tahu dan faham. Dia tahu sakit tapi sejauh mana sakit hanya pada kita yang dapat mengagak, makna sakit pada dia mungkin hanya sekadar ekspresi atas makna sakit. Mungkin dia sedang dilindungi kerana kekurangan akalnya adalah kelebihan untuk dia lebih dekat dengan penciptanya.

Kita tidak tahu dunia dan apa yang dialaminya. Kita hanya manusia biasa yang dikurniakan akal tetapi selalu menyalahgunakan kesempurnaan yang telah Tuhan kurniakan. Tidak boleh buat apa juga kerana kerja kita adalah mencorakkan hidup ini berbekalkan akal. Akal ada pendek ada panjang. Kadang-kadang akal kita pendek, kadang-kadang akal kita panjang. Ha ha ha..

Apapun bersyukurlah kita masih di sini, menterjemahkan makna hidup seadanya kita yang bernama manusia. Bukan senang nak senang!

*fb lama gua dah tak mandang, kena virus, bagi member-member yang nak add boleh ke fb baru ‘ pesta jiwa meor’

tq

Muzik- Di bawah ini adalah video klip yang dibikin oleh saudara Abid. Lagu dari saya dan lirik oleh penulis tersohor Ramlee Awang Murshid. Sebenarnya lagu ini bertajuk ‘Sutera bidadari’ yang akan dimuatkan dalam album band saya ‘Society’ yang dianggotai oleh saya sendiri, Amin Iskandar dan Daiyan Trisha sebagai penyanyi utama. Saya perform untuk majlis pelancaran buku tersebut pada beberapa minggu lepas di PWTC. Novel tersebut laku macam goreng pisang panas. Ha ha ha
Bagaimanapun lagu dalam videoklip ini masih di tahap demo, akan direkodkan semula dengan susunan muzik dram, bass, akustik gitar, gambus, elekrik gitar dan lain-lain instrumen.

Trailer untuk Novel Terbaru Ramlee Awang Murshid dari sekuel epik Laksaman Sunan dalam suntingan baru dengan latar lagu Sutera Bidadari Nyanyian Saudara Meor Yusof Aziddin yang dicipta oleh penyanyi sendiri dan lirik oleh Ramlee Awang Murshid. Video ini adalah sempena Pelancaran Sutera Bidadari di PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.