Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Selesa ini Sementara ..

0 comments

Kehidupan ini hanya sementara, itu ungkapan yang selalu kita suarakan. Cuma yang sementara itu sebenarnya susah untuk kita terima, terumatanya jika kita sedang berada di ruang yang selesa.

Keselesaan juga mungkin akan bikin kita tertipu dengan siri-siri takdir yang sedang kita jalani.

Dulu sewaktu saya menjadi artis rakaman Canggun Mendonan pada 1994, saya cuba menjadi mencongak takdir mengikut acuan saya. Dapat advance rm 1000, setelah berbelanja lebih kurang saya ambil keputusan untuk tinggal di kampung. Apa yang saya impikan bila ada show atau hal-hal melibatkan seni dan karier saya akan turun KL. Itulah yang saya cuba buat, tapi takdir adalah mengikut acuan dan rencanaNya, bukan kita. Kita hanya menjalani sahaja. Kita memiliki ruang yang terang dan malap, indah dan murung. Tidak ada apa bezanya. Akhir selepas 2 bulan tinggal di kampung, saya kembali ke KL, kembali mengharungi nasib untung yang turun naik. Di kampung ada hijau dan damai, tidak cukup untuk saya waktu itu yang sangat bersemangat dengan cita-cita untuk menjadi seorang pemuzik. Saya tidak perlu bersikap hipokrit untuk itu, di waktu itu. Kepada siap saya nak bercerita tentang muzik? Di KL ada Foad, Wan dan Joekidd dan ramai rakan yang sealiran.

Kita gembira sebenarnya untuk menyambut musim baru, mimpi baru. Terlalu gembira akan buat ghairah mungkin. Kita perlu berada di tahap gembira yang sederhana. Rasional masih yang terbaik berbanding emosional.

Selamanya kita bukan Malaikat. Selamanya juga kita tidak akan sempurna di mata manusia.

‘Stigmata’- Movie orang putih yang suka saya tonton. Ceritanya tentang ‘syariat’ dan ‘hakikat’. Hakikat adalah yang terbaik kerana di dalamnya tidak ada tipu dan kilau materi, seperti ungkapan dalam movie itu, ‘carilah Aku di dalam batu atau di celah kayu’. Syariat juga seiring cuma kita akan sering tertipu dengan tipu kilau materi yang kita anggap indah walau ianya hanya pesona yang membuai kita ke alam angan. Cerita hakikat bukanlah cerita yang popular kerana di dalamnya tidak ada elemen materi yang menyilaukan mata, bahkan kehendak materi itu akan terkubur dengan sendirinya jika kita telus berjalan di jalan yang sederhana yang kita pilih sendiri, pun dengan kehendakNya juga.

Saya suka jika kita anggap hidup ini hanyalah sekadar lawak jenaka siang hari. Janganlah serius sangat kerana bukankah semuanya sudah tertulis? Memang ada babak-babak sedih dan haru yang akan kita terima, kalau mengharap kita akan kecewa, bila kecewa susahlah..apa kerja pun kita tak boleh buat. Apa yang kita expect sangat tentang level sempurna kita para insan ini? Selamanya kita bukan Malaikat, selamanya juga kita hanya manusia, yang penuh dengan salah dan silap.

Matahari dan bulan itu hanyalah indah yang sementara. Sementara kerana bila kita mati semuanya lenyap di telan zaman. Matahari dan bulan itu menyuluh kita siang dan malam kerana itu kewajipan untuk kita menghargai makna keindahan yang semu.

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.