Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Semalam di Frinjan..

4 comments

Semalam 25hb gua ke Pekan Frinjan,Shah Alam..meraikan kawan-kawan,menghargai para pemusik dan pengkarya yang berkarya,menjual CD’s..dan yang paling penting..bersantai..Gua rasa dah 3-4 kali juga program ni berlangsung..dan ianya semakin diterima,buktinya semalam orang ramai dan semakin ramai..Ingat nak perform juga,tapi dah ramai sangat yang ambil bahagian..maybe next time lah..Berjumpa pulak dengan seorang kawan dari paper Suara Keadilan..dia tanya gua,kau menulis lagi kan kat SK..aku gelak..just cakap tak ada idea..dan lagi satu tanyanya..kau tak merajukkan..hahaha..pun aku gelak..Dah makin tua ni aku selalu berfikir rasional adalah yang terbaik…Suara Keadilan(SK)bagi aku Zunar punya..thats it.Dan dia yang lebih berhak dan tahu..jadi kalau dia ditendang dari situ..tak best lah..Aku pun bukanlah penulis sepenuh masa..cuma menghargai kawan-kawan yang ada prinsip..Untuk album DRUR yang akan dikeluarkan nanti adalah sajak Zunar yang memuja heronya..tapi bila dia kena tendang,aku terus tak ada hati nak masukkan lagu tu dalam album..tak guna dimasukkan kalau feel nak menyanyi pun tak ada..Macam lagu pasal Shamsiah Fakeh yang sajaknya dari Rahmat Haron,ianya berbeza sebab aku pun hormat juga pada cerita dan perjuangannya perempuan yang bernama Shamsiah Fakeh ini..Jadi aku masukkan lagu tu dalam DRUR…
Aku kenal Zunar sejak tahun 1990,bukan sehari..walau jarang berjumpa..tapi Zunar adalah Zunar..dan sudah semestinya aku respek dia atas sebab-sebab itu..Mungkin dilain album projek lagu dari sajak Zunar akan dimasukkan,cuma bukan dalam album DRUR ni..Permainan,manupilasi,kepentingan dan agenda kadang buat kita letih,penat dan menyampah..meyampah dengan suasana dan keadaan juga sekeliling..Tapi dah begitu ceritanya hidup ini,apa yang kita boleh expect sangatpun..Zaman sekarang ni,manusia semakin gila..gila kuasa,sebab kuasa boleh beli apa saja didunia ini.Kuasa boleh beli agama,kejujuran,imej..semuanya boleh dibikin..kejujuran dan iklas nilainya hari ini hanyalah dibibir yang tak lekat dihati..macam angin lalu..semua Parti sedang bercerita tentang kebenaran dan kemuliaan..cuma dari segi perlaksanaannya yang kebanyakannya menghampakan..sangat menghampakan.Sebab yang membikin dasar-dasarnya itu manusia..manusia yang punya akal dan fikir untuk bab-bab nafsu saja.Yang bab-bab Iman itu sekadar dimulut sajalah..mulut bersuara untuk didengar orang ramai..Orang ramai pulak mendengar dan kebanyakannya masuk dan lekat dihati.Orang ramai biasanya tak punya kepentingan sebab kuasa bukan milik mereka.Jadi kita adalah mangsa diatas kelemahan kita sendiri sebagai warga yang punya hak untuk bersuara dan menyatakan tentang hak kita mengikut undang-undang dan perlembagaan negara.

Kita adalah watak yang sedang kita mainkan..Dalam setiap watak yang kita lihat..ada yang berkenan dan tak berkenan dihati kita..kita pun kata baik atau tak baik..itu adalah pilihan kita,mengikut apa yang kita faham..Jadi yang tak kita suka tu..lebih baik di deletekan dari ingatan..simpan kat dalam boleh jadi berat folder atau mungkin boleh jadi virus..he he

Share This Article On Facebook

468 ad
  1. zunar dan kite meti terus hidupp!!

  2. YOOOO bro wa lagi asyik layan Rindu Ibu dari Pak Samad yg lu lagukan…TQ.

  3. ya kita kena hargai juga kalau mengikut hukum alamnya,sebab itu sebahagian dari hidup dan cerita kita,cuma dari segi hukum masyarakatnya kita akan memilih mengikut apa yang kita rasa selesa dan sesuai..tq

  4. da blus says:

    dunia hari ni..bukan dunia dulu.tu lah penat dan bodoh jadi ikut2an ni…jalan sendiri je lah.”cukup lama aku jalan sendiri..”

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.