Notes:
Semalam telah mati…
Kalau kamu berpegang pada tanah,kamu masih berpegang pada elemen nostalgia dan angan-angan..Kalau kamu berpegang pada Roh..Kamu sewajibnya tetap seperti yang sediakala,yang gitu-gitu saja,yang tak perlu mengenang tentang semalam yang indah dan haru.Yang tak perlu berkeluh-kesah tentang cerita esok kamu.Kamu akan lebih relaks,dan kalau kamu kata kamu percaya Dia,semuanya akan ok..Bukankah segalanya cerita kita ini seperti yang telah direncanakan,hukum Tuhan,hukum alam,takdir..segalanya telahpun termaktub.Kalau kamu masih mengagak-agak tentang perjalanan nasib kamu,kamu akan nampak makin tua dan selalu risau.Dan waktu yang akan buat kamu percaya pada Dia,bilamana kamu telah semakin tua dan semakin tidak punya apa..Apa yang masih kamu miliki hanyalah kekayaan,kalau kamu kaya.Itupun keindahan semu yang tak menjamin kebahagiaan dijiwa kamu.Kamu yatim,kamu pun piatu..Dan tahap percaya kamu makin solid bila kamu semakin nampak kelibatnya menggamit kamu,mengajak kamu pulang..sebagaimana termaktub dalam firmannya.Barulah kamu tahu rupanya hidup ini hanyalah sebagai tempat singgah cuma.Betapa kamu telah ditipu oleh maya.Betapa kamu selama ini merasakan hidup ini milik kamu yang mutlak..Ha ha ha..Kamu hanya menikmati hidup,kamu tidak memiliknya..Pun menikmatinya seperti menghirup angin lalu yang berdebu atau udara yang segar seperti dipuncak pergunungan.But moment itu hanyalah sekadar moment..detik yang datang dan pergi..
Untuk jawapan yang lebih meyakinkan..tataplah wajah kamu dicermin..1 jam?2 jam?Sampai lah kamu akan lebih percaya dan percaya bahawa kamu adalah sebahagian dari cerita hidup ini.Kamu adalah sebahagian dari ciptaan yang maha sempurna ..Innalillah…















justeru, mengapa gundah gulana? ayuh jalan terus!
ya betul itu shekh…jalan terusssssssss
aku rasa..semua akan merasa..
bila sampai masa..tapi apa nak kira..
ni hidup namanya..kena jalan je ler.
minggu ni teman tinggalkan kota.
nak ke desa jenggok mak & pak saudara
yg makin jauh usia.
teman mikir pula nanti time kita.
Dah beli amp yop? luit takde?..cari jer sponser..
oh..desa?bagus tu yob..teman akan beli amp nanti..insyaallah..
kemana saja kamu pandang dan tatap….semuanya adalah wajah Aku….mana nak nak pegi tu meor…
semoga saudara meor berjaya. di sini dan di sana.
Respect lu bro!A simple,candid man yet full of deep thot…