Notes:
SEMANGAT
Baru-baru ini saya berjumpa dengan seorang kawan yang dalam perancangan untuk menerbitkan sebuah filem pendek. Selepas sibuk dengan shooting dan proses memasukkan bunyi sountrack, dia senyap dan sunyi. Katanya dia tak ada ‘mood’. Selepas dua bulan dia masih belum edit lagi, nak tunggu mood mari, katanya..Ha ha ha..Mood ni kalau dalam bahasa melayunya semangat. Saya bersetuju denga bab mood atau semangat ni. Mood bukanlah sesuatu yang statik. Ianya berubah-ubah. Saya katakan kepadanya kita samada ada mood atau tak ada mood, kena adakan mood itu juga. Seperti bara, perlu terus menyala, jangan sampai ianya padam.
Itu sesuatu yang sukar sebenarnya. Melalui pengalaman, bagi saya kita kena anggap mood itu seperti tanggungjawab. Seperti busking contohnya. Kita kena ada mood yang berterusan. Tidak dinafikan kadang-kadang mood itu ok dan kadang-kadang ko. Kita perlu teruskan dengan apa yang kita suka buat. Umpamanya kawan saya ni tadi suka berkarya dan punya cita-cita tinggi dalam bidang pengarahan. Kita kena anggap produk atau hasil kerja kita itu sesuatu yang berharga untuk kita, seperti anak kita sendiri. Ni kalau kita dah tak ada mood, payahlah..Ha ha ha..
Inilah cabarannya jika kita berkarya melalui konsep D.I.Y atau indipendent..Kalau maintreams itu tak ada cabaran sangat sebenarnya. Sebab selepas album siap biasanya bab-bab promosi dan marketing bukan kita yang uruskan. Tapi kalau indie, kitalah yang kena buat cara kita sendiri. Saya bernasib baik kerana setiap album saya mendapat kritik yang baik di akhbar inggeris khususnya. Maknanya setiap produk yang kita hasilkan mendapat penghargaan, itu sudah mencukupi..maknanya juga ada pendengarlah walau dalam jumlah yang minoriti.
Semangat. Bagi saya tempoh musim busking saya yang paling real, itulah sewaktu saya menjadi pemuzik jalanan sepenuh masa pada tahun 2004 dulu. Daripada ada mood sampailah tak ada mood. Bila sesuatu yang kita suka buat itu kita kena lakukan hari-hari ianya kadang menjadi beban dan tanggungjawab pulak. Itu kita dah tak bercerita pasal mood dah. Kalau nak ikutkan mood, alamat dapur rumah tak berasaplah. Ha ha ha . waktu itu juga kita fikir pasal nak teruskan hidup, pasal nak sara keluaga dengan melakukan apa yang kita suka buat. Ianya bukan semudah yang kita rancangkan sebenarnya. Tapi itulah cabarannya, dan itulah musim yang paling berharga selepas kita berjaya melepasinya..
Saya suka dengan attitude rakan busking saya, Nan Blues. Beliau bagi saya seorang busker yang berdedikasi dan jujur dengan apa yang dibuatnya. Kita sama-sama mencintai muzik sebenarnya. Kita buat apa yang kita suka buat walaupun di jalanan. Penerimaan masyarakat adalah penghargaan dan kepuasan. Nan Blues ni jika kita tengok dia busking, kita akan nampak dia memang suka dengan apa yang dia lakukan, apabila bermusik dan bernyanyi, nampak dia enjoy menyanyi dan menghiburkan khalayak ditambah dengan kebolehannya dalam menghafal lirik-lirik lagu yang panjang tanpa melihat kertas lirik. Umpamanya lagu ‘American Pie’( Don McClean) atau lagu ‘like a rolling stone’. Ha ha ha
Saya pulak mood tak menentu, kadang ada masa mood best, ada masa rasa boring juga..itulah..Enam bulan berehat dari dunia busking, habis lupa lirik-lirik lagu yang ada dalam kepala, ni tengah refreshkan balik…Kita ni terlalu memanjakan diri kita sebenarnya..
Enam bulan menyepi dari dunia busking, nasib baik semangat itu masih ada. Umpama bara, masih menyala..Kalau padam terus, habislah..
Musim ini berbeza dari musim yang sebelumnya. Hari ini orang dah kenal kita, kerana kita agak lama dalam scene busking, cabarannya agak kurang sebenarnya. Sayapun ada sejumlah album sejak berkarya tahun 2001 dulu. Saya suka jika kita produktif, itu maknanya kita sentiasa bersemangat. Hidup ni kena ada semangat.
Umpama sesuatu yang kita sayang, contohnya keluarga kita. Kita perlu sentiasa menyayangi dan hargai apa yang kita sedang miliki. Itu kita katakan dalam konteks kasih-sayang. Iblis itu kita boleh kata subjek yang negatif yang memang suka jika kita lemah dan tidak bersemangat. Jika kita bersemangat untuk bermuzik, buat betul-betul mengikut cara kita, itu sesuatu yang baik.
Cabaran itu perlu ada dalam setiap siri hidup kita. Melarikan diri dari cabaran bermakna kita kalah dalam pertarungan hidup. Cabaran orang kaya adalah bagaimana nak menambahkan hasil kekayaan. Cabaran orang marhen macamana nak cari duit untuk teruskan hidup. Ha ha ha
Apapun seperti kata seorang kawan baik saya, dilahirkan sebagai anak orang kaya dengan orang miskin memang tidak sama skrip dan jalan ceritanya. Anak orang kaya walau sesusah mana, balik rumah ada pillow lembut, makan minum akan terhidang . Anak orang miskin balik rumah semuanya kena cari sendiri, kena berusaha dan cari duit sendiri untuk meneruskan hidup. Teringat cerita tentang kawan sekolah saya, anak seorang penoreh getah yang kerjanya menoreh walau masih bersekolah. Kadang-kadang tak ada duit untuk ke sekolah, dia terpaksa ponteng sekolah untuk menoreh getah menyara keluarganya. Saya tidaklah sesusah itu waktu itu, tapi hari ini saya faham kerana saya pernah melalui musim di mana kita tak punya satu sen dalam poket, kita kena cari duit walau dalam keadaan yang bagaimana sekalipun.
Berbalik kepada cerita mood ni tadi, nyalakanlah ia sebelum ianya padam.















