Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

sembang lagi yob!!

2 comments

Ha Ha Ha…pagi ni gua gelak sakan bila baca blog si Abdullahjones…ha ha ha..Ada ke dia kata gua Mawii versi Indi?ha ha ha…Biasa gua baca blog Tukar Tiub,gua dah gelak..untuk hiburan waktu pagi,exercise mulut..Tapi idea jones sudah kasi gua gelak..Macamana kamu boleh fikir sampai kesitu Jones?ha ha ha….Gua tak layak sebenarnya untuk jadi Mawi versi Indi..banyak golongan anak muda yang lebih menonjol yang lebih layak..Gua punya perjalanan hidup ni akan semakin menguncup dan menguncup..dan semakin tidak ada keghairahan untuk menikmati nikmat untuk disukai mahupun tidak..Yang ada cuma kawan-kawan yang bagii semangat ..Bersama kawan-kawan akan bagi gua relaks dan merasai dihargai dan tidak lah rasa terasing dalam dunia yang penuh dengan elemen-elemen plastik hari ini..Gua pun tak tau apa cerita hari esok..Cuma gua tahu gua adalah sebahagian watak yang memenuh dan melengkapkan intisari rancangan yang telah disediakan untuk perjalanan cerita-cerita dunia..

Kelmarin gua berjumpa seorang kawan ,Ku Seman yang gua baru tahu isterinya telah meninggal dunia bulan oktober tahun lepas..cuma gua lewat dapat tahu..Takziah,danĀ  arwah menderita sakit selama 13 tahun,dan selama itu Ku Seman menjalankan tanggungjawab dia sebagai suami dengan penuh tanggungjawab dan setia..Sebab arwah lumpuh sebelah badan…Dan gua tahu beliau sangat sangat berasa kehilangan..Sedih atau suka adalah sebahagian dari subjek yang perlu kita terima..Dah namanya hidup ini ada sukaduka..ada suka dan adalah duka..itu pasangannya….Kita hanyalah pejalan diatas titi yang namanya takdir.._dom5751stjphoto oleh dome(www.tokeikedai.net.my)

Share This Article On Facebook

468 ad
  1. salam… Sembang Tepi Jalan udoh keluor buku ke yob?

  2. belum lagi yob..bulan 5 kot..nanti dibagitau kalau confirm date..

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.