Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

SEORANG ‘MONK’ DAN SYURGA YANG HILANG…

0 comments

Semalam ( ahad ), seorang Monk (sami Buddha) datang membeli buku Syurga yang Hilang sewaktu saya sedang bekerja. Sehari sebelum itu dia telah datang dan membelek-belek isi kandungan buku tersebut. Bahasa Malaysianya sangat baik dan katanya dia suka cerita dalam buku itu. Katanya lagi kefahaman saya tentang Buddha agak baik. Cuma tidak ada dalam versi Inggeris? Saya kata tak ada…dan dia pun berlalu pergi..saya pun tidak pernah memaksa siapa pun untuk beli buku yang saya tulis..itu pilihan masing-masing..

Saya tidak rasa sesiapa yang baca buku saya akan sesat akidahnya..kerana antara falsafah dan agama itu dua perkara yang berbeza bagi saya. Falsafah penuh dengan bunga-bunga perlambangan dan kiasan. Ibarat syurga yang hilang, itu bagi saya perlambangannya adalah kedamaian..

Semalam kelibat sami itu muncul semula sewaktu kawan saya Dome Nikong pun ada sama waktu itu. Saya sambil kesempatan sekejap berbual-bual dengan beliau. Umurnya sudah 62 tahun. Dahulunya sebelum memilih untuk menjadi sami, punya kerjaya yang baik dan banyak duit. Bila banyak duit banyaklah masalah..

Pilihan untuk menjadi sami katanya datang dengan sendiri, takdir. Saya tanya pasal meditation, juga tentang roh yang mampu keluar jika kita berjaya mengosongkan fikiran seheningnya. Saya pernah cuba dulu waktu tengah gila mencari, tapi badan berpeluh, dah jadi lain macam saya stop! ha ha ha…kalau dalam bentuk ritual keagamaan jika kita bersuluk, gitulah…ada juga yang mengamalkan zikir nafas…

Katanya hal yang begitu bagi mereka hanya ‘kacang putih’, tak ada benda pun…walau pun katanya dia sering meditate dan mengalami pengalaman roh yang keluar masuk, pun dia tidak boleh mengesahkan atau menidakkan…kerana ia hanya faktor ‘moment’ sahaja…dan katanya lagi…neutral adalah perkara yang paling susah untuk kita praktikkan…

Saya pun kata saya bukanlah pengamal ajaran Buddha, saya suka mendalami apa juga ajaran dan falsafah untuk pengetahuan. Saya juga tidaklah se dalam mana ilmu pengetahuan tentang bab-bab yang bersangkut dengan roh ni. Cuma tahap faham itu saya rasa saya capailah juga, ia proses yang panjang sebenarnya…dan sangat subjektif

Jika kita berzikir di dalam hati dalam jiwa yang tenang, kita juga akan mengalaminya. Itu kita kata pengalaman mati sebelum mati. Dan itu bagi saya 100% tulin dan tidak berkepentingan..itu bukan tentang kamera rm 30 ribu, itu bukan Porshe, itu bukan kopiah dan janggut panjang sampai ke dada, itu bukan bikin ceramah sana-sini mengutip hasil dunia sambil menjual nama Tuhan…itu hanya untuk mengenal Dia saja, Dia bukan benda…Dia bukan objek..Dia bukan nama…

Biasanya gitulah, bila kita mengalaminya…kita tidak akan kalut sangat dengan cerita dunia ni..ya, masing-masing mahu hidup dan bekerja…pun begitulah juga sepertimana saya menganggap mereka yang menjual nama Tuhan di sana-sini pun bekerja juga, untuk cari makan, cuma tamak haloba itu elakkanlah…sebab qada dan qadar itu nyata dan kita akan menerimanya baik buruk cerita kita di dunia ini, bergantung pada niat kita….

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.